Suasana kekok menyelubungi kediaman itu ketika Jiwoo dan Jungkook sama-sama duduk di sofa ruang tamu itu. Jiwoo yang berasa segan tidak dapat mengelak dari memandang vakum, meja kopi dan televisyen yang sebelum ini dirasakannya tidak pernah menarik. Wajahnya asyik kemerahan setiap kali dia tertentang mata dengan Jungkook. Sejak dari 20 minit yang lalu, budak lelaki itu tidak henti-henti dari memandangnya. Bahkan matanya juga hampir tidak berkelip. Dah kenapa dengan dia ni? Gila ke? Patut ke aku telefon polis?
Sungguhpun begitu, Jiwoo berasa sangat lega apabila suasana itu segera dipecahkan oleh Aera yang baru sahaja kembali dari dapur dengan dulang berisi air kopi, serta beberapa biji cawan dan sepinggan biskut chip coklat. Senyuman manis dipamerkan di wajahnya ketika dia menuang kopi untuk Jungkook. Matanya dikelipkan beberapa kali untuk menarik perhatian lelaki kacak itu. Atas sebab yang aneh juga, Aera tiba-tiba telah menukar pakaiannya kepada sehelai dress merah yang sangat menawan. Kelakuan gadis ini yang pelik sedikit sebanyak telah membuatkan Jiwoo terasa janggal dan kekok. Kalau tak sebab mamat kaya yang datang dari mana ntah ni bertandang, mesti kau tak nak jejak dapur pun kan? Namun begitu, seperti digam dengan pelekat yang sangat kuat, perhatian Jungkook hanya tertumpu pada Jiwoo.
Setelah beberapa minit yang semakin menyeksakan (Jungkook mula tersengih pula memandang Jiwoo), gadis itu yang tidak dapat menahan dirinya lagi akhirnya bersuara. Dia menguatkan dirinya untuk memandang tepat ke mata Jungkook dan wajahnya sekali lagi kemerahan. Lelaki ini betul-betul kacak...
"Saya tak bermaksud untuk kurang ajar. Tetapi saya rasa apa yang Encik..."
"Tuan Jeon!" potong Aera sambil tersenyum manis lagi kea rah Jungkook tetapi diabaikan lelaki itu.
Jiwoo membetulkan ucapannya, "... Tuan Jeon lakukan ni langsung tak boleh diterima. Tuan masuk ke dalam rumah saya, Tuan duduk dalam rumah saya, Tuan tak buat apa-apa, Tuan tak ada tujuan. Sejujurnya apa yang Tuan lakukan ni dah dikira sebagai menceroboh! Saya boleh telefon polis!"
Jungkook tersenyum kecil, "Saya tak rasa saya buat kesalahan apa-apa. Saya masuk ke dalam rumah ni dengan izin awak berdua. Bukannya saya pecah rumah awak pun!"
"Tapi..." Jiwoo menarik nafas geram. Wajahnya kemerahan. "TUAN DAH PANDANG SAYA TANPA HENTI SEJAK SETENGAH JAM YANG LALU!! TUAN RASA TU BUKAN KESALAHAN KE?!! INI DIKIRA SEBAGAI GANGGUAN SEKSUAL TAU!!!""
Jungkook ketawa kecil.
Jiwoo yang terkejut dengan reaksi lelaki itu menaikkan keningnya. "Apa yang kelakar?!"
"Awak..."
"Huh?"
"Awak comel sangat kalau marah. I didn't know that you have this kind of charm... I like this side of you"
Wajah Jiwoo sekali lagi kemerahan. Apa ni?! Apa ni?! Apa ni?!!
Aera yang tidak tahan diabaikan sejak dari tadi tiba-tiba merapatkan dirinya dengan Jungkook. Gadis itu mengambil pinggan berisi biskut tadi dan segera menyuakannya ke hadapan lelaki itu. "Tuan Jeon!! Makanlah biskut yang Aera bawak ni!! Aera bake sendiri tau!! Lagipun..."
"Boleh tak awak ke tepi sikit? Saya sedang berbual ni..." kata Jungkook dengan nada sedingin ais. Matanya langsung tidak memandang Aera ketika dia menuturkan kata-kata itu.
Aera yang terkejut dengan reaksi Jungkook itu terpaku. Jungkook baru reject aku ke? Seumur hidupnya tidak pernah ada lelaki pernah menolak gadis itu! Wajahnya yang cantik, tubuhnya yang menggiurkan. Ianya sering menjadi pujaan lelaki-lelaki yang melihatnya. Ini mustahil! Tak mungkin Tuan Jeon tidak tergoda langsung! Tidak berputus asa, Aera mencuba lagi nasibnya. Kali ini, dia merangkul pula lengan Jungkook dan membaringkan kepalanya di atas bahu lelaki itu.
"Ahhh, sakitnya kepala saya!! Tak tahu kenapa tiba-tiba rasa tak sedap badan..."
"Kalau kau tak alihkan badan kau yang kotor tu dari tubuh aku dalam masa 5 saat, aku bersumpah tidak akan ada perkara yang baik berlaku terhadap kau. Mungkin mati, mungkin nyawa-nyawa ikan, mungkin hilang tanpa dikesan... Jadi, kau pilih yang mana?" kata Jungkook lagi dengan nada yang semakin dingin. Wajahnya yang tadi manis ketika melihat Jiwoo serta merta dipenuhi dengan kebencian. Entah kenapa bulu roma Jiwoo terus meremang ketika lelaki itu menuturkan ugutan itu. Dari sudut hati Jiwoo, entah kenapa gadis itu percaya yang budak lelaki yang duduk di hadapannya ini sangat berkemampuan melakukan apa yang dikatakannya itu.
Aera juga yang dapat mengesan bahaya yang bakal melanda dirinya terus melepaskan rangkulannya. Matanya berair dan dia kelihatan hampir menangis. Jiwoo tidak pasti ianya kerana dia takut akan ancaman itu atau kecewa ditolak Jungkook. Namun, apa yang pasti gadis itu pasti sudah serik untuk mendekati Jungkook kerana tidak lama kemudian dia terus berlari ke dapur dalam keadaan teresak-esak.
Setelah gadis itu pergi, Jungkook menyambung semula pekerjaannya untuk memandang Jiwoo. Wajahnya yang tadi sedingin ais kini mencair kembali dengan senyumannya yang hangat itu. Jiwoo yang tersentak dengan perubahan sikap lelaki itu yang drastik tidak dapat mengelak dari meremang bulu romanya sekali lagi. Lelaki ni... Dia ada split personality ke apa? Lebih baik aku berhati-hati...
"Berbalik kepada perbualan kita tadi... Cik Choi sedang bercakap pasal apa ya?" sambung Jungkook seolah-olah tiada apa yang berlaku. Jiwoo yang sudah mengambil pengajaran dari peristiwa Aera tadi segera membetulkan posisi duduknya. Dia memandang Jungkook dengan takut-takut.
"T-Tak... Saya Cuma nak tahu kenapa Tuan Jeon datang ke sini?"
Jungkook tersenyum manis lagi. Kini lelaki itu pula yang membetulkan posisi duduknya seolah-olah dia ingin bercakap sesuatu yang penting dengan orang kenamaan. Kedua tangannya digenggam sebelum diletakkan di atas ribanya. Jiwoo yang semakin tidak senang menelan air liurnya. Apa pula kali ni?
Mata Jungkook ditancap tepat ke arah Jiwoo. Wajahnya kini bertukar serius. Entah kenapa lelaki itu kelihatan cemas apabila dia asyik menggigit bibirnya.
"Sebenarnya saya datang nak menawarkan awak satu cadangan. Saya harap awak sudi dengar."
Jiwoo mengelipkan matanya.
"Kahwin dengan saya."
"Hah?!" Jiwoo membeliakkan matanya.
"Saya nak awak kahwin dengan saya. Awak sudi atau tak... Choi Jiwoo?"
______________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________
Sorry kalau chapter ni mcm merepek sikit.. XDXDXDXD hope u guys could enjoyyyyy
Author macam dah kering idea sikit and ni yang muncul dalam otak author
So, please bear w me kayyyy
and korang boleh imagine jk tgk dkt jiwoo mcm dkt gambar bawah ni kayy
sweet gituuu hehehhehe XDXD
- chasminexxo
YOU ARE READING
Enchanted :: JJK
FanficDihina. Diherdik. Dipukul. Dicaci. Kesemua ini sudah menjadi makanan ruji bagi Choi Jiwoo apabila dia dijaga oleh keluarga pakciknya sejak setahun yang lalu. Gadis itu yang sudah kehilangan kedua orang tuanya hanya mampu bersabar dan mengharapkan ke...