Jiwoo baru sahaja keluar dari bilik stor ketika satu tangan menahannya secara tiba-tiba. Belum sempat dia mempertahankan dirinya, gadis itu terus ditolak ke dinding. Jiwoo mengerang kesakitan sebelum mendongak memandang pelakunya; sepupu bengisnya, Kim Aera!
"K-Kau nak apa?" soal Jiwoo tergagap. Dadanya berdegup dengan kencang. Dia takut sekiranya peristiwa semalam berulang lagi. Tidak sanggup rasanya Jiwoo diwrestling lagi oleh Aera. Kesan lebam lama juga masih belum surut. Jadi, tidak perlu rasanya hendak ditambah kesan yang baru.
"Baik kau cakap dengan aku! Apa yang kau bualkan dengan Tuan Jeon semalam?! Kenapa dia nampak mesra dengan kau?! Macam mana dia kenal kau?! Kenapa dia asyik pandang kau?! Apa hubungan korang berdua?!" soal Aera bertubi-tubi dengan wajah menyinganya. Tindakan gadis itu yang memandang tepat ke arah mata Jiwoo membuatkan dia tidak dapat mengelak dari terasa bagai disiasat oleh pihak polis.
"A-Aku tak tahu, Aera. Aku sendiri tak pernah jumpa dengan Jungkook... Jadi, aku...."
Aera tersenyum sinis. Matanya diputar. "Amboi, Jungkook lagi tu kau panggil dia! Nampak sangat kau rapat dengan dia! Baik kau cakap dengan aku sekarang! Jangan nak sembunyi lagi!" bentak gadis itu. Dia merentap kolar baju Jiwoo membuatkan gadis itu terpekik kecil.
"Sumpah! Demi Tuhan! Aku tak kenal dia Aera! Dia yang kata dia kenal aku! Yang pasal nama Jungkook tu, dia yang suruh aku panggil dia macam tu!" terang gadis itu bersungguh.
Aera merenung Jiwoo dengan pandangan curiga.
"Aku keluar rumah pun tak pernah, Aera!" tambah Jiwoo lagi terdesak.
Aera hanya mendiamkan dirinya, cuba berfikir kelogikan di sebalik penjelasan sepupunya itu.
"Ahhhhh!!! Aku tahu kau tipu! Kau pasti sembunyikan sesuatu dari aku kan?!"
"Bukanlah!!"
"Tak apa! Tak apa! Tengoklah! Aku akan pastikan aku akan berjaya tahu semuanya nanti! Kau tunggulah!" katanya sebelum segera melepaskan pegangannya pada kolar Jiwoo.
Jiwoo baru sahaja ingin menarik nafas lega apabila Aera yang tadinya sudah pergi mendapatkannya kembali. Gadis itu yang tersentak mengundurkan dirinya ketika Aera menuding jarinya ke hadapan mata Jiwoo.
"Lagi satu! Aku nak kau tahu yang Tuan Jeon tu aku yang punya! Aku dah lama perhatikan dia! Jadi, jangan sesekali kau dekati Tuan Jeon! Ingat tu!!"
Jiwoo segera menganggukkan kepalanya, ketakutan.
"Bagus!" kata Aera puas.
##
Jam baru sahaja berdenting 4 kali ketika bunyi kereta kedengaran dari halaman rumah agam itu. Beberapa minit berlalu dan pintu hadapan akhirnya terbuka mendedahkan susuk tubuh seorang wanita tua separuh abad yang wajahnya kelihatan luar biasa tegang bagi usianya. Wajahnya yang sedikit senget di beberapa bahagian juga membuktikan bahawa dia memang pernah melakukan pembedahan plastik.
"Jiwoo! Jiwoo!" wanita tua itu memekik nama anak saudaranya itu dengan suara seraknya. Tidak berlengah lagi, Jiwoo yang tadinya berada di dapur terus mendapatkan makciknya itu.
"Ya, Puan Besar Kim!"
"Ambil baju ni! Pergi seterika! Awas kalau kau rosakkan baju ni! Aku nak pakai baju ni malam ni!" arahnya dengan bengis. Tanda-tanda kemesraan langsung tidak terpamer seolah-olah sifat kemanusiaan itu sudah lama kering dari dalam dirinya.
Jiwoo yang patuh hanya menyambut bungkusan yang dihulur wanita tua itu sebelum mencicit berlari ke bilik dobi yang terletak bersebelahan.
Melihat situasi itu, membuatkan Aera yang sedang membaca majalah di ruangan yang sama tersenyum sinis. Good dog, fikirnya. Kemudian, dia mengalihkan pandangannya ke arah ibunya pula.
YOU ARE READING
Enchanted :: JJK
FanfictionDihina. Diherdik. Dipukul. Dicaci. Kesemua ini sudah menjadi makanan ruji bagi Choi Jiwoo apabila dia dijaga oleh keluarga pakciknya sejak setahun yang lalu. Gadis itu yang sudah kehilangan kedua orang tuanya hanya mampu bersabar dan mengharapkan ke...