Ain Amani memandang luar tingkap kereta dengan rasa teruja. Sepanjang perjalanan ke rumah Andrea, kiri dan kanannya hanya dipenuhi dengan hutan dan belukar sahaja. Tiada langsung rumah atau penempatan di situ. Tidak sangka pula rumah Andrea terletak betul- betul di atas bukit. Suasana sejuk pokok- pokok di situ menghasilkan kabus putih memandangkan baru sahaja hujan turun.
Kereta Honda yang dipandu oleh pemandu peribadi Andrea berhenti betul- betul di hadapan sebuah banglo putih. Rumah yang berkonsepkan english dan moden kelihatan agak menyeramkan dari luar. Mata Ain terpaku pada menara tinggi yang menggabungkan rumah itu.
Andrea melangkah keluar dari kereta meninggalkan Ain seorang diri. Lupa terus akan kawannya itu apabila bertemu dengan ibunya. Puan Marina hanya menggeleng melihat sikap anaknya.
"Assalamualaikum ibu.." Andrea memberi salam kepada ibunya yang berada di muka pintu. Tangan wanita itu dikucup penuh kasih.
"Waalaikumsalam. Anak ibu dah balik. Mana kawan yang Rea cerita semalam?" soal Puan Marina. Terjenguk -jenguk matanya melihat cermin kereta gelap yang hanya memantulkan dirinya sahaja.
Puan Marina tersenyum melihat seorang gadis yang sebaya dengan Andrea keluar dari perut kereta.
"Saya Ain Amani, kawan Andrea kat sekolah. Apa khabar makcik?" Tangan ibu Andrea disalam dengan hormat. Sempat Ain menjeling tajam Andrea yang tersengih seperti kambing.
"Sihat jer" jawab Puan Marina sambil tersenyum manis. Kepala Ain Amani diusap perlahan.
"Ha sebelum lupa, Mama saya kirim salam" Ain menyampaikan pesanan mamanya kepada Puan Marina.
" 'Alaiki wa 'alaihas salam. Jemput la masuk. Jangan malu jangan segan. Buat macam rumah sendiri" kata Puan Marina setelah menjawab salam yang dikirimkan.
"Terima kasih" Ain menundukkan sedikit kepalanya sambil tersenyum. Dia memandang Puan Marina yang menghilang di sebalik pintu besar itu.
"Rea... Aku segan la" tangan Andrea yang ingin berlalu ditarik pantas. Hampir tersadung kawannya itu.
"Tak payah acah segan. Tahu perangai gila kau tu" perli Andrea. Tangannya ditarik dari pegangan Ain kemudian dia berlalu masuk untuk ke bilik.
YOU ARE READING
Dia Vampire
VampirePengenalan singkat Ain Amani dengan Andrea Az Zahra Rislea membawanya kepada kehidupan yang penuh dengan misteri. "Tadi aku nampak macam ada orang kat depan rumah kau. Tapi, tak tahu la... Aku kan rabun" - Ain Amani Namun, perpisahan antara mereka...