"Abang... Petang ni sayang balik dengan Andrea tau" Ain memberitahu perancangannya kepada Zuhairie.
Andrea mengangguk laju. Lagipun dia mahu meluangkan masa bersama teman baiknya itu. Jam tangan yang menunjukkan pukul 12.45 tengah hari dikerling sekilas. Andrea datang sini kerana mahu teman Ain dan Zuhairie pergi lunch.
"Kenapa nak balik dengan Andrea? Abang kan ada" Zuhairie kerut dahi sambil memandang Ain. Tangannya yang lincah mengemas meja pejabat berhenti seketika.
"Lepas makan, sayang nak ajak Andrea beli buku pasal bayi di kedai. Lepas shopping, kitorang balik rumah terus" kata Ain.
Memandangkan ini pengalaman pertamanya sebagai ibu, dia perlu menimba banyak ilmu mengenai bayi. Bayi pertama ini perlu diberi sepenuh perhatian supaya lahir dengan sihat dan sempurna akalnya.
Lagipun, tiada siapa di rumah itu yang mempunyai pengalaman. Nak harapkan Andrea? Dia kahwin pun belum. Apatah lagi mahu jaga bayi. Ada juga Ain meminta untuk tinggal bersama Puan Aisyah sehingga bayi ini selamat dilahirkan tetapi masih tiada balasan dari Zuhairie.
"Tak boleh. Abang tak izinkan" putus Zuhairie. Wajahnya bertukar serius dan tegas. Langsung tiada senyuman seperti tadi.
"Ala.... Sayang pergi dengan Andrea je pun. Takkan tak percaya dengan adik sendiri" Ain merungut perlahan di hujung ayat. Risau juga kata-katanya boleh menimbulkan kemarahan lelaki itu.
"Kenapa nak ajak Andrea padahal abang ada boleh temankan sayang?" wajah Ain ditenung dalam-dalam. Kalau boleh, apa yang berkaitan dengan bayi itu dia mahu lakukan bersama Ain. Dia tidak mahu Ain berasa penat untuk berjalan ke sana ke mari bersama perut yang memboyot itu.
Andrea memandang dua orang manusia di hadapannya silih berganti. Dia yang berada di situ sejak tadi hanya memasang telinga. Kalau menyelit karang tak pasal-pasal kena sepuk.
"Abang kan kerja. Sayang tak nak susahkan abang. Dengan cuaca panas kat luar tu mesti abang tak tahan. Sebab tu sayang ajak Andrea. Lagipun, Andrea tahu pilih buku yang sesuai" Ain memberi alasan sambil mencebikkan bibir. Ha, buat la mulut macam tu. Turun kat anak baru tahu.
"Habis tu, ingat Andrea tak ada kerja ke? Dia pun ada banyak kerja la" balas Zuhairie kembali. Dia bersandar pada meja sambil meletakkan tangan dalam poket seluar. Wajah masam Ain direnung dalam-dalam.
"Aduhhh! Gaduh laki bini pulak" Andrea mengomel perlahan. Kepala yang tak gatal digaru perlahan.
"Ala... Boleh la abang" rayu Ain. Dia menggoncang kuat tangan Zuhairie. Merayu agar Zuhairie memberikan keizinan.
YOU ARE READING
Dia Vampire
VampirePengenalan singkat Ain Amani dengan Andrea Az Zahra Rislea membawanya kepada kehidupan yang penuh dengan misteri. "Tadi aku nampak macam ada orang kat depan rumah kau. Tapi, tak tahu la... Aku kan rabun" - Ain Amani Namun, perpisahan antara mereka...