Sis update satu lagi part
Sempena 1K FOLLOWERS😵
Yahoooo !!!!🎆🎆
*percikan bunga api*Thanks pada yang follow sis dari awal
Sis hargai sangat 😭
*nangis terharu*Kalau korang ada depan sis, dah lama sis peluk² korang. Kecuali lelaki !
(°-°#)Kepada yang belum follow, boleh follow sekarang
100% akan difollow balik
Enjoy !!!
•••••
Tanpa sedar Ain tertidur di bawah pokok. Kandungan yang mencecah usia 6 bulan setengah itu membuatkan pergerakannya sedikit terbatas. Tambahan pula perutnya lebih besar berbanding ibu mengandung normal yang lain.
Andrea awal-awal lagi tinggalkan Ain di luar. Apa punya kawan da... Nasib baik tak hujan. Satu hal pulak nanti kalau Ain demam.
Tiba-tiba Ain rasa seperti ada benda yang bermain di sekitar wajahnya.
Snifff.. Snifff .. !!
Sesuatu benda menghidu wajah Ain. Tangan Ain digawang ke hadapan untuk menghalau benda itu. Matanya masih lagi tertutup melayan kantuk. Beberapa saat kemudian, benda itu datang mengganggu lagi.
Apa benda kacau aku tidur ni!! Getus Ain dalam hati. Matanya yang tertutup rapat dibuka perlahan-lahan. Kalau Andrea yang buat, tahu la dia nak kerjakan minah tu.
"Ahhh!!!"
Disaat matanya terbuka luas, hampir terlompat dia di situ. Ya Allah serigala! Bulu yang putih campur hitam dan gigi yang tajam amat menakutkan Ain. Serigala itu sedang merenungnya dari jarak dekat. Pantas Ain mengengsot ke belakang menjauhi binatang itu.
Dia rasa nyawanya berada di hujung tanduk. Haiwan pemangsa itu akan mengganas bila-bila masa sahaja. Kejadian kakinya digigit masih segar di ingatan. Bagaimana rasa sakitnya apabila gigi tajam itu mencengkam hingga ke tulang. Hingga kini masih ada parut di bahagian betisnya.
"Abang!!!" Jerit Ain apabila haiwan besar itu menapak mendekatinya. Terketar-ketar suaranya saat ini. Peluh dingin mula keluar membasahi baju yang dipakai.
"Abang!!" Jerit Ain lagi. Hanya lelaki itu sahaja harapannya sekarang. Air mata mula bertakung. Menunggu masa untuk merembes keluar.
Serigala itu semakin mara. Tinggal semeter sahaja jarak mereka berdua. Mana Zuhairie pergi? Mata Ain dipejam rapat dan air jernih itu mula turun membasahi pipi. Biarlah apa yang akan terjadi. Mungkin riwayatnya akan berakhir di sini.
"Sayang"
Suara garau yang memecah pendengarannya membuatkan Ain membuka kelopak mata luas. Lantas tubuh yang berada di hadapannya didakap erat. Rasa takut berkurangan apabila melihat Zuhairie di hadapan mata.
"Jangan takut. Ni haiwan peliharaan abang. Her name is Ries" kata Zuhairie setelah melepaskan pelukan. Sisa air mata itu dilap dengan jarinya. Kemudian, Ain menyembamkan wajah di lehernya. Aduhai manja sungguh Ain Amani seorang ni.
Tubuh Ain sedikit menggigil. Dia tahu isterinya mempunyai sejarah hitam berkaitan dengan serigala. Kesan gigitan di kaki gadis itu menceritakan semuanya. Sebab itu dia trauma sampai sekarang.
YOU ARE READING
Dia Vampire
VampirePengenalan singkat Ain Amani dengan Andrea Az Zahra Rislea membawanya kepada kehidupan yang penuh dengan misteri. "Tadi aku nampak macam ada orang kat depan rumah kau. Tapi, tak tahu la... Aku kan rabun" - Ain Amani Namun, perpisahan antara mereka...