Kedengaran bunyi sayup serigala menyalak di atas bukit. Dua orang budak lelaki dan perempuan berumur 7 dan 9 tahun masih leka bermain walaupun langit semakin gelap menanti hari hujan.
Tiba- tiba si budak lelaki mendengar suara halus yang memanggilnya dari belukar yang berdekatan tempatnya bermain. Dia bagaikan terpukau. Adik perempuannya yang masih bermain ditinggalkan begitu sahaja.
'Zuhairie.....'
Suara itu kedengaran lagi. Kakinya perlahan- lahan melangkah ke arah belukar yang penuh dengan duri yang tajam. Suasana awan yang gelap langsung tidak mengugat keberaniannya.
'Andry Zuhairie Risley.....'
Suara itu semakin kuat kedengaran di telinganya. Kakinya terpaku. Liur ditelan kesat. Peluh seram mula merembes keluar apabila melihat tangan beserta kuku panjang hitam seakan pucat menyentuh dagunya.
Kakinya bagai digam di tanah. Tidak membenarkan dia untuk lari dari situ. Sebelah lagi tangan hitam itu memegang atas kepalanya dan suara itu seperti membaca sesuatu. Sesuatu yang tidak dia fahami.
Cahaya putih yang menerpa ke dalam retina matanya membuatkan dia menjerit kuat. Dia meronta ronta untuk melepaskan diri dari pegangan erat itu.
"Arhhh!!" Lantas Zuhairie membuka mata. Nafasnya berombak kencang dan jantung mengepam darah secepat yang mungkin. Peluh sudah membasahi baju yang tersarung di tubuh. Dia memandang sekeliling. Dia kini berada di biliknya. Mimpi yang sering menghantui setiap tidur bagaikan betul-betul berlaku. Peristiwa 18 tahun lalu seperti cekera padat yang sering mengulang tayang dalam mimpi. Meskipun kini dia berusia 27 tahun, namun peristiwa itu masih segar dalam ingatannya walaupun telah berlaku bertahun- tahun lamanya.
Dia segera bangun untuk turun ke bawah. Mahu memastikan Ain Amani masih berada di dalam. Hanya gadis itu harapannya sekarang untuk pulih dari sumpahan ini. Super Blood Blue moon semakin mendekat iaitu 31 Januari 2018 ini. Masih ada 4 hari untuk dia bersiap sedia.
Pintu bilik yang menjadi tempat penculikan Ain dibuka. Terpampang tubuh gadis itu yang tidur di atas lantai tanpa berlapikkan apa apa. Dilihatnya Ain sedikit menggigil menahan kesejukan lantai simen itu. Mata Ain Amani yang tertutup rapat bagaikan menariknya untuk mendekati gadis itu. Seperti ada tarikan magnet untuk dia terus menatap wajah itu. Lebam yang membiru di tepi bibir dipandang.
YOU ARE READING
Dia Vampire
VampirePengenalan singkat Ain Amani dengan Andrea Az Zahra Rislea membawanya kepada kehidupan yang penuh dengan misteri. "Tadi aku nampak macam ada orang kat depan rumah kau. Tapi, tak tahu la... Aku kan rabun" - Ain Amani Namun, perpisahan antara mereka...