ST4

23 4 0
                                    

Aku meletakkan kepala perlahan lahan diatas meja. Memandang ketiadaan guru dan seisi kelas tekun membuat kerja masing masing, kesempatan ini aku ambil untuk merehatkan minda dan tenaga. Mataku pejam perlahan cuba untuk mengusir perasaan bengang dan malu ketika terlanggar cikgu tadi. Masih terasa kaki berdenyut kerana dihempap sesuatu yang keras. Mana tak sakit oi mata tengok mana jalan pun tah kemana. Nak cakap teringat 'boyfriend ' tidak pula.

Kelas yang sunyi sepi tadi menjadi riuh rendah secara tiba-tiba. Aku mendengus kasar. Malaun mana yang memekak pulak ni? Menggangu ketenteraman patik sungguh. Kepala aku angkat untuk melihat punca kebisingan. Mata ku kecilkan melihat figura di hadapan pintu kelas. Eh tu bukan ke Zaquan? Kenapa pula dia kat sini. Demi meredakan keadaan. Aku berdiri sambil membetulkan baju lalu menyusun langkah ke arah 'manusia tanpa diundang tersebut.

"Mamat ni serupa jembalang ada je kat mana mana. Pastu tayang muka handsome la konon. Tak sedar muka 'handsome' tu serupa jebon mintak kena hantuk kat jamban". Omel ku perlahan. Kalau bebel kuat kuat pula nanti 'hakak diva' tu kecam. Malas nak cari pasal.

Dia yang perasan akan kehadiranku pantas menoleh.

"Kau buat apa kat sini?" soal kami serentak.

"Aku tanya kau dulu so kau yang kena jawab dulu"

"Nope! Aku yang tanya dulu la"

"Eh pendek aku yang tanya dulu"

Wait! Dia kata aku pendek? Tak sedar ke kau tinggi macam zirafah afrika. Aku mengemam bibir menahan geram. Panahan matanya aku tentang. Heh fikir aku kecik comel molek ni takut? Ni Airaa Umairah okay!

"Ok fine aku jawab"balas aku mendatar. Dia memberikanku senyuman sinis. Fikir senyuman tu laku ke kat aku ha jembalang? Dasar jembalang tak sedar diri.

"Ke kau keluar nak jumpa aku sebab rindu huh?

"Aku. Keluar. Sebab. Nak . Hentikan. Bising. Dalam. Kelas okay. Tak de masa aku nak layan spesis jembalang crazy gaban stage macam kau.

Matanya membulat pabila aku mengutuknya berdepan. Ini memang aku. Tak puas hati cakap terus. Takde nak simpan simpan. Majoriti yang selalu kena tegur ada yang boleh terima dengan hati terbuka dan ada juga yang memberontak. Biasalah. Bila dah kena tegur tu mestilah ada secalit perasaan malu bukan. Tapi itu memang tugas pengawas mengawal disiplin pelajar.

Dia berlalu sambil menggengam penumbuk. Aku tersenyum mengejek. Baru cakap sikit dah blah. Gaya cakap macam berani aje tapi haprak. Kena sikit hati dah terusik. Ni baru sikit. Dia buat pada aku dulu jauh lebih teruk.

***************************

Akan ku simpan
kenangan cinta kita
yang tak akan terpadam selamanya
Kehangatan cinta mu masih aku terasa
Seperti baru semalam kita berpisah~~~

Lagu yang berjudul masih aku terasa yang di dendangkan oleh kumpulan Gersang itu menjadi pilihan ku malam ini. Gitar di riba aku letak ke tepi. Kepala ku didongakkan agar dapat melihat taburan bintang yang bersinar di dada langit. Kerinduaan terhadap walid makin mencengkam.
Lagi lagi apabila aku mendendangkan lagu masih aku terasa yang juga merupakan lagu kegemarannya. Aku mengukirkan senyuman apabila teringat bicara kami ketika aku masih berumur 4 tahun.

Flashback

Kelihat seorang kanak kanak tekun memerhati seorang lelaki yang sedang leka menyanyi sambil memetik gitar. Kanak kanak kecil itu berlari lari anak mencari walidnya.

"Walid...walid.....walid" laung si kecil itu.

"Ya sayang walid ada dekat sini"

Apabila kanak kanak kecil itu mendengar suara ayahnya, laju sahaja kakinya menuju ke arah suara tersebut. Hampir sahaja dia tersungkur namun tindakan walidnya yang pantas itu mampu menahan anaknya daripada tersungkur .

"Kenapa sayang lari lari ni? Kalau terlanggar gitar gitar yang berat ni macam mana? Ujarnya walidnya sambil mengusap kepala anaknya dengan penuh kasih sayang yang melimpah ruah bagai menatang minyak yang penuh. Baru si kecil itu perasan bahawa dia berada dalam kedai muzik.

"Tadi iya (ira) ada nengok oyang (orang) pegang benda tu. Balas anak kecil itu sambil jari telunjuknya menunjukkan sesuatu.

"Oh itu gitar.

"Yitar?

"Gitar.

"Acam ane iya nak cebut iya tak tau laa.

Tertawa seisi kedai muzik tersebut pabila melihat kepolosan anak kecil yang mempunyai perasaan ingin tahu yang tinggi bak Gunung Kinabalu.

Bibir si kecil itu mencebik kerana dipersendakan.

End flashback

Tersenyumku terkenang kenangan lama.

Ketukkan di pintu menyentak lamunan ku. Serta merta wajah ummi bersama senyuman yang tidak lekang dari bibirnya menjadi santapan mata.

"Esok balik sekolah datang butik ummi terus . Tolong ummi siapkan baju untuk Datin Sharifah. Lagipun Datin Sharifah tu teringin sangat nak jumpa sayang ummi yang sorang ni. Mana tahu dia nak booking dengan ummi awal awal kan.hahaha. "

Balik sekolah terus pergi butik tu takpe la jugak tapi booking? Ingat aku tiket ke nak ke nak booking booking bagai?

"Ummiii....!Airaa sekolah lagi laaa. SPM pn tak lepas lagi tau."

"Ummi gurau jela sayang dah tidur awal esok sekolah jangan nak mentelaah game je"

"How you know ummi?"

"Well ummi kan awesome. Airaa je tak tahu."

"Erk please la ummi jangan pekena penyakit poyo plus perasan okay."

Tertawa ummi mendengar bebelan ku. Tawanya sungguh menyenangkan hati.

*********************
Buku latihan ku letak perlahan lahan di atas meja Puan Hannani. Jam dipergelangan tangan ku tilik. Waktu rehat dan masa untuk meronda. Buku nota kecil dia kocek baju kurung berwarna biru yang tersarung ditubuhku,aku keluarkan. Rondaan ku bermula dari blok tingkatan 5. Memandang tingkatan 5 mempunyai banyak kelas, mengambil masa jugalah aku memeriksa setiap kelas. Sedang leka aku berjalan sambil mencatat sesuatu di atas kertas terasa tubuh ku melanggar sesuatu.

Bukk!

Bertaburan kertas kerja dan buku latihan di atas lantai. Dengan kalut ku menolong insan yang telah aku langgar tanpa sengaja. Sedang aku ligat menyusun kertas kerja mata aku tertacap pada tanda nama yang berwarna merah putih aku mengeluh . Tak de manusia lain ke aku nak langgar selain jembalang ni? Tanpa diminta satu muncul suara yang amat menyemakkan dan menyakitkan hati menyapa gegendang telinga.

"Kau memang jalan tak tengok depan ke? Tak de mata? Mata kat lutut? Ke tertinggal kat rumah hah?"

Berdesing telingaku mendengar bidasan si mamat tak sedar diri itu.

"Tak sengaja pun. Tak hingin aku nak langgar kau. Dah la tinggi macam pokok kelapa. Dahlah kering macam tak cukup zat. Ke tak cukup kasih sayang?" balas aku sinis

"Eh dia ni mata dah la macam hantu warna hijau."

Aku mengetap bibir. Dia kata aku hantu? Halah halah mata dia pun bukan warna hitam or  coklat pun macam biasa kita nampak. Tahu la mata kau warna kelabu ,cantik,bersinar tapi tak perlu la nak riak sangat.

"Aku tahulah mata aku cantik. Tapi tak payah la nak hina sangat" balas aku keras. Suka suki atok nenek kau je nak kutuk kutik ciptaan Allah. Kaki nak ?

"Iyeke cantik. Kalau cantik kenapa budak budak sekolah kita dulu sisihkan kau?"

Aku mendengus. Dia ni memang sengaja buat darah aku naik ke? Memang dari dulu lagi aku tidak mempunyai ramai kawan sebab warna mata yang kononnya seram. Hanya yang betul betul mengenali dan memahami aku akan rapat dengan aku. Tiba tiba hati terasa sebak. Tanpa sedar laju sahaja cecair panas mengalir di pipi cepat cepat aku sapu air mata yang mula turun dengan kasar lalu meninggalkan dia yang termangu mangu sendirian.

*****************************

Abaikan typo..penat jugak perah otak siapkn chap ni. Enjoy💞. Btw sesiapa setuju Airaa dan Zaquan gaduh besar?
Kalau setuju komen la nanti author fikir balik.

#byee#enjoythischap
#sorrytakbest

Seindah Takdir {slow update}Where stories live. Discover now