ST 6

11 0 0
                                    

Tergamam aku merenung insan insan dihadapan mata. Apa semua ini?

*****************

Kelihatan seorang jejaka terhangat di pasaran sedang memutar mutarkan kunci motosikal miliknya sambil membuang pandangan ke arah jiran di hadapan rumahnya. Kelihatan wanita wanita berpangkat puan mahupun perawan sedang mengintai dirinya dari celahan tingkap rumah mereka.

Dia mempamerkan wajah geli dan mengusap lengan nya. Perempuan zaman sekarang memang menakutkan. Sanggup tinggalkan orang yang menyayangi mereka demi mengejar apa yang diorang nak. Pftt. Gila. Laju kaki panjang itu menapak kearah pintu masuk rumah.

Apabila masuk saja ke dalam rumah agam milik keluarganya, dia tercengang. Kelihatan pembantu rumahnya ke hulu hilir menghias ruang tamu dengan tema minimalist.

"Along?"

Tersentak empunya badan apabila di sergah begitu. Jejaka tersebut menjeling tajam adik perempuannya, Izzara Hanis.

Tersengih tidak bersalah gadis cantik itu pamerkan apabila di jeling begitu.

"Where Angah?"

"Date?"

"Huhh tak padan bulat. Kutuknya selamba lalu mengibas rambutnya sambil membuat muka diva geli.

"Yang Zara kata bulat tula yang selalu manja kan Zara" balas jejaku tu perlahan sambil menghayunkan kaki ke arah sofa lalu menghempaskan tubuh nya dan mencapai remote televisyen dan ditekan punat on.

Gadis cantik tersebut atau panggilan manja daripada abang sulungnya Zara, hanya memandang kelakuan abangnya seperti beruang kutub. Malas semacam.

"Tengah hari nanti ada orang datang. Ayah kata mereka semua akan jadi orang penting dalam keluarga kita. " kata Zara lalu melabuhkan punggung disebelah abangnya.

Tanpa aba aba tubuh tinggi lampai itu berdiri tegak dan memandang adiknya dengan pandang betul-ke-apa-abang-dengar-ni. Terhinjut sedikit bahu gadis itu lalu mengangukkan kepala.

Jarinya digigit perlahan. Betulkah apa yang pernah terlintas di fikiran nya sebelum ini?.

Endflashback

Satu persatu wajah yang merenungku aku perhatikan. Abang long, Kak Ngah, Kak Za dan secara ringkasnya kesemua adik beradikku berkumpul di sini. Keadaan ini membuatkan aku tidak senang duduk. Or like something fishy here. Sehingga kan seseorang yang tidak disangka dan dijangka membuat darahku berderau. Ya, dialah. Zaquan Harith.

Aku pandang wajah Ummi dengan pandangan minta penjelasan . Renungan dan senyum kelat daripada Ummi membuatkan aku terkesima. Takkan aku bakal berkeluarga dengan jembalang ini?. Oh, i'm dead!

"Err jemput makan semua " kata lelaki yang sudah berumur sekitar 40 an itu memecahkan suasana kekok kami sekeluarga. Ini padahnya kalau kau baru tahu sesuatu benda. Semua jadi huru hara. Memalukan.

Kami bergerak ke meja santapan untuk makan tengah hari. Mataku melilau melihat dekorasi mewah dan minimalist yang menyerikan suasana ruang makan itu dengan perasaan kagum. Terkelip kelip mataku melihat meja santapan yang macam dalam filem-filem yang pernah ku tonton sebelum ini. Ini meja ke cermin?. Berkilat sungguh. Kalau gini caranya sambil makan pun boleh betulkan tudung. Boleh jimat masa dan tenaga. Pfftt. Apa aku fikir ini?

Aku merenung makanan yang sudah terhidang dihadapan kami. Urmm, Lamb Chop. Kening yang terasa gatal aku garu. Apabila tersedar kami berada di rumah orang, segera aku jatuhkan tangan sambil melihat mereka. Takut-takut ada yang ternampak. Buat malu aje. Aku mengerling Saf dan Fiq bersebelahan aku, tekun benor nak memotong tu. Untung badan, tapi aku? Hampeh, pernah makan benda-benda Western ni tapi makan pakai tangan. Tak ke naya kalau aku buat macam tu dirumah orang. Kalau ayam boleh tahan lagi. Ni daging kut. Agak-agaklah nak buat perangai tidak semenggah tu. Ada karang kes daging terbang. Aku menyiku Fiq yang baru meletakkan gelas di tempat nya semula. Dia memandang sambil mengerutkan dahi. Marah lettuw orang kacau bila tengah makan. Hehehehe. Rasakan. Siapa suruh makan tak ingat kat satu-satunya adik gadisnya yang comel ini.

Lihat saja isi pinggan yang tidak berusik. Laju saja tangannya mencapai pisau dan memotong kepingan daging yang besar menjadi saiz sederhana. Yeay. Aku mengoyak senyuman dan mengenyit-ngeyitkan mata kepadanya. Fiq hanya mampu silent laugh dan menyambung suapan yang tergendala akibat gangguku. Hehehehe. Aum.

************
Usai saja perbincangan yang diutarakan tamat. Kami meminta diri untuk pulang setelah jam menunjukkan 4 petang. Kami bersalaman dan berbalas senyuman. But, i'm speechless. Gadis manis yang berbaju ungu itu kelihatan fanatik terhadapku siap sebut 'kakak' lagi. Dengan mata yang bersinar. She so cute, seriously i can't deny it.

Sejurus saja keluar dari pintu gerbang rumah mewah itu. Aku memanjat naik motosikal dan membetulkan kedudukkan di atas seat motosikal memandangkan Ummi dan adik beradik yang lain menaiki kereta keluarga milik abang sulung kami Aizat Mikhail. Helmet di pakai dan tangan ku memegang bahu Saf untuk mengekalkan keseimbangan badan. Sebenarnya boleh aje kalau nak naik kereta besar tu. Tapi hatiku bagai bola keranjang yang tidak mahu duduk diam selagi tidak tahu apa yang terjadi. Dan punca utamaku mahu membahas perihal ini dengannya kerana aku lebih selesa berbincang atau mengutarakan sesuatu perkara sama ada personal atau umum. Mahu saja aku mempersoalkan perkara ini kepada Fiq tetapi dia turut kelihatan terpinga-pinga. Tidak hairanlah dia sebegitu kerana kami memang tidak berapa menggalakkan Ummi berkahwin lagi. Maklumlah, kami tidak matang sepenuhnya lagi.

Aku memeluk tubuh kering Saf lalu menyandarkan wajah di belakang tubuhnya. Bau minyak wangi kesukaannya menerjah hidungku. Wangi. Teringat ketika dia mahu memilih minyak wangi untuk tahun baharu.

"Bang takyah nak memilih sangat. Kau ini dah macam Apek berada nak beli minyak wangi setiap kali nak Tahun Baru. Hang ingat beli minyak wangi baru setiap Tahun Baru ini boleh handsome macam Alvin Chong ke? "perli Aizat Syafiq selamba kepada abangnya.

"Diamlah budak aku tidak minta tolong kau pun mohon sila beredar dengan hormat nya." bidas Aizat Safwan pedas, tidak mahu kalah.

Seketika itu, adik gadis mereka lalu di lorong yang mereka berada. Kelihatan adik mereka tidak sedar akan mereka kerana terlalu tekun melihat telefon pintar itu ditekup mulutnya dari belakang. Serta merta telefon pintar di tangan di rampas kasar. Didapati dia dalam keadaan bahaya, laju saja dia menyiku 'si penculik' itu dan memusingkan tubuh. Dia bercekak pinggang lalu mencerlung mereka tajam.

"Woah woah ganasnya" kata Fiq sambil mengusap bahagian yang disiku oleh si ganas.

"Jangan layan babun tu. Nah cuba bau perfume ini, mana yang best. Minta tolong kat babun tu dia tidak boleh diharap langsung " kata Saf lalu menyerahkan dua botol minyak wangi yang berlabel ' try' kepadaku.

Aku sambut lalu didekatkan ke hidungku. Wangian yang bernama Fresh Ocean itu aku serahkan kembali kepadanya. Dia mengerti maksudku lalu mengambil kotak yang terisi botol minyak wangi yang telah dipilih wangian lalu menarikku meninggalkan babun yang merajuk dihempuk Saf.

"Oh myyy, why left me alone babe! How dare you guys!" teriaknya sambil buat gaya ala maknyah terakhir.

Aku tersenyum nipis. Apabila teringat hal Ummi yang baru melanda kami. Air mata mulai memenuhi takungan mata lalu mengalir perlahan. Sungguh, aku buntu.


Saf yang sedang memandu mengeluh perlahan apabila belakang badannya terasa basah.

"Kenapa, benda yang selalu Airaa fikir terjadi?" soalku sambil teresak.

"Cause, Allah is a good planner"

Vote and stay tune🙌

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Dec 30, 2018 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Seindah Takdir {slow update}Where stories live. Discover now