Syaheera merebahkan badannya ke hamparan padang rerumput yang terletak di atas sebuah bukit. Tangannya disilangkan ke belakang kepala. Menjadikannya sebuah bantal empuk beralaskan lengan manusia.
Kemudiannya, dia melihat ke arah awan putih yang seakan-akan sedang bermain-main di kaki langit membiru.
Senyuman manis dilemparkan tatkala melihat keindahan alam semulajadi ciptaan tuhan. Ciptaan yang memberi seribu ketenangan kepadanya.
Angin.
Cuma bertiup sepoi-sepoi bahasa, bersama bunyi deruannya yang merempuh celahan dedaun hijau menyebabkan ia melambai-lambai mesra. Lambaian alam yang menenangkan hati dan fikiran.
Lagi bertambah tenang, jikalau dirinya mampu berjauhan daripada umpatan mulut manusia.
Fikirannya mula terganggu,
Sekaligus, menukarkan suasana tenang menjadi muram. Tiba-tiba imbasannya berada di dalam kalangan orang kampung kembali berlegar-legar di fikiran.
Mulut mereka sangat busuk, sangat pedih umpama bawang yang baru sahaja dikupas kulit. Dengan aroma baunya sahaja, mampu menangiskan seluruh manusia di pelusuk dunia tanpa sebab. Menyebabkan titisan air mata muncul dengan rasa perit di dada.
Begitulah dirinya setiap hari, setiap saat, setiap detik. Tak kiralah dimana-mana sahaja keberadaannya, dirinya tetap menjadi bualan utama, menjadi umpatan buruk mereka dan menjadi bahan penghinaan. Banyak kali air matanya tumpah tanpa henti kerana tewas dengan kata-kata semasa umurnya masih muda. Namun, apabila umurnya menginjak remaja, penghinaan itu adalah suatu kebiasaan tadahan telinga.
Buat-buat pekak adalah jalan terbaik. Biarpun bermacam-macam cara kutukan yang diterima, dia akan cuba sedaya upaya untuk mengelakkan daripada menggunakan kekerasan sebaliknya tetapkan hati ke arah mempositifkan perkara yang negatif. Itulah 'mindset' yang selalu memenangkan dirinya di dalam pertempuran masalah kehidupan.
Hanya kerana satu sebab kenapa dia dihina...
"She is Magicless plus Quirkless"
Di dunia ini, setiap individu dianugerahkan kuasa Magic yang diberi nama Orbital. Orbital adalah sebuah kuasa Magic kuat yang bercahaya di dalam gelap. Ianya terletak di dalam sebuah kristal abadi yang disimpan di dalam sebuah kotak pandora yang dibuka setiap 10 tahun sekali. Setiap kali Orbital diaktifkan, senjata baru akan mula terbentuk bersama bilangan pecahan diamond di atas senjatanya mengikut kekuatan magic pemiliknya masing-masing.
Kuasa Orbital akan diperolehi oleh setiap orang dengan cara perwarisan(inheritance). Daripada moyang kepada datuk dan nenek, ibu ayah sehinggalah diwarisi oleh anak-anak. Setiap orang yang memiliki Orbital, tidak semestinya mempunyai jenis Magic yang sama walaupun mereka daripada keturunan yang sama.
Kesinambungannya, Orbital akan tetap diturunkan dari generasi ke generasi. Itulah sebabnya kenapa menjadi suatu keganjalan jika seseorang itu tidak mempunyai Magic.
Syaheera memejamkan mata.
Nafasnya ditarik sedalam-dalamnya, lalu mengimbau kembali kejadian pagi tadi.
Bibirnya diketap. Tangannya digenggam kerana terlalu geram dengan tuduhan palsu orang kampung mengenai tarafnya dengan ahli keluarganya.
###
"Woi, lembik! Kau nak tahu, kenapa kau Magicless? Tak ada kuasa?"
"Sebab kau anak buangan!! Hahaha!!!"
YOU ARE READING
Dark Crystal Wizard
FantasyCopyright © all reserve Cacian, makian, hinaan serta kutukan sentiasa diterima Syaheera. Gara-gara Zero Magicnya iaitu tidak mempunyai sebarang kuasa seperti orang lain. Dia terpaksa hidup di dalam umpatan manusia. Namun, keyakinan serta kesabaran...