Setelah mandi menyegarkan diri, Syaheera melabuhkan punggung di kerusi. Dia termenung di meja menulis biliknya sambil menyikat rambutnya berwarna ungu menawan.
Kata-kata Hakim sebentar tadi benar-benar membuatkan dia naik gila.
"Dasar psiko!"
Namun, pada masa yang sama dia sedar bahawa kata-kata Hakim ada benarnya. Kehadirannya ke perpustakaan Chisiki hanya akan membuatkan keluarganya menanggung malu seumur hidup kerana dirinya seorang.
Walhal tiada sesiapapun yang tahu tentang dirinya. Termasuklah tentang siapa keluarganya yang sebenar, tentang Hakim adalah saudaranya, tentang tempat tinggalnya. Semuanya dirahsiakan Syaheera kerana dia tidak mahu ahli keluarganya terlibat sama dalam masalah yang diciptanya sendiri. Tetapi lama-kelamaan sesusah mana rahsia itu disimpan suatu hari akan terbongkar jua.
Di hadapannya tertampal sebuah gambar besar yang dilekatkan di dinding. Dilihatnya dengan penuh rasa bangga gambar tersebut. Gambar Idolanya yang dikagumi sejak dia masih kecil.
Gossen Fertalis. Itulah namanya. Seorang wira yang tidak lokek dengan senyuman, walaupun nyawa hampir diambang kemautan. Gossen menjadi terkenal kerana telah menyelamatkan banyak nyawa di dalam peperangan cetusan oleh puak Akuma, puak magic hitam yang mahu menguasai dunia suatu ketika dahulu dan dia juga telah diangkat namanya menjadi Wira sepanjang zaman.
"Gossen. Agak-agaknya bila pulak aku mampu jadi macam kau. Aku harap sangat-sangat aku dapat jumpa kau suatu hari nanti."katanya dengan penuh kesayuan. Matanya mula layu. Kepalanya dibaringkan ke meja.
"Selamat malam. Esok adalah hari penting. Aku akan ke sana walau macam mana sekalipun halangan."
..........................................................................................................................................
Di perpustakaan Chisiki,
Orang ramai mula berkumpul pada pagi itu. Suasananya sangat meriah. Tidak kira tua mahupun muda masing-masing hadir. Ada yang datang sebab nak tengok sahaja. Ada yang datang nak beri sokongan. Ada yang datang nak sertai. Ada yang datang sebab nak jual barangan. Sekali tengok dah macam karnival pun ada.
Perpustakaan Chisiki (Ilmu). Sebuah perpustakaan terbesar yang pernah direkodkan di dunia. Perpustakaan ini bukan sahaja terdapat banyak buku berilmiah malah ia juga terdapat dewan bawah tanah yang sangat besar. Ia digunakan untuk perjumpaan antara pahlawan-pahlawan Chivalry Witches yang mana setiap 2 tahun sekali mereka akan datang ke sini.
.......
Hakim berjalan menuruni tangga menuju ke dewan bawah tanah bersama rakannya.
Tatkala dia menjejakkan kaki ke sana tiba-tiba sorakan gemuruh bergema di seluruh dewan.
"Hakimmmm!!" jerit mereka.
"Kyaa!!! Hakimmmmm!!!!!! Dia datang. Dia datang!"
Mata mula tertumpu pada Hakim yang baru tiba. Terutamanya golongan wanita. Macam mana taknya, memang itu lumrah perempuan tak boleh tengok lelaki kacak sikit terus disebut-sebut. Tambahannya, Hakim adalah seorang lelaki yang terkenal dengan rupanya yang kacak dan budi pekertinya yang mulia menyebabkan tidak kira tua atau muda, lelaki mahupun wanita, semua senang melihat keberadaannya. Kadangkala mereka juga menganggap Hakim adalah seperti ahli keluarga mereka sendiri.
Yang paling penting, Hakim sangat dikenali kerana kekuatan magic airnya yang luar biasa, yang orang lain tak mampu menguasainya.
Semasa dia berjalan, seorang gadis terlanggar Hakim dari arah depan menyebabkan gadis berambut panjang hitam itu terjatuh ke tanah.
YOU ARE READING
Dark Crystal Wizard
FantasyCopyright © all reserve Cacian, makian, hinaan serta kutukan sentiasa diterima Syaheera. Gara-gara Zero Magicnya iaitu tidak mempunyai sebarang kuasa seperti orang lain. Dia terpaksa hidup di dalam umpatan manusia. Namun, keyakinan serta kesabaran...