"Jom keluar dari hutan ni. Kau boleh bangun tak?" Soal Syaqiran sambil menghulurkan tangan. Katananya dimasukkan elok ke dalam sarung.
"Boleh." Kata Syaheera dengan nada lemah.
"Urgh"
Dia menggagahkan diri mengangkat badan sendiri. Namun, kakinya tidak mahu memberikan kerjasama dengannya. Langsung tidak mahu bergerak apatah lagi berdiri sama sekali.
Syaqiran melihat keadaan Syaheera. Berusaha betul nampak.
"Hmph. Jangan paksa diri kau. Memang kebanyakan orang yang terkena sihir Zetch, semua akan jadi macam tu. Termasuklah aku. Aku pernah kena sihir dia. Kalau kau nak tahu aku boleh ada dekat cerun tu disebabkan Zetch semata-mata. Zetch ni bahaya orangnya. Magicnya bukan sahaja kuat malah melemahkan orang yang terkena sihirnya."
"Huh.. Kalau tak boleh bangun cakap jelah. Aku tolong." Keluh Syaqiran.
Syaqiran membantu Syaheera lalu memapah Syaheera.
Pada masa yang sama pipi Syaqiran mula memerah kerana malu. Tak pernah lagi seumur hidupnya dapat dekat dengan perempuan dalam jarak sebegini. Kalau ada pun, dia akan lari menjauhinya.
Pada mata Syaqiran, Syaheera cantik dan unik orangnya. Dengan mata syaheera berwarna biru seperti lautan dan rambutnya berwarna ungu gelap seperti galaksi menyebabkan dia jatuh cinta pada pandangan pertama. Tambahan lagi dengan wajah Syaheera yang tiada cacat cela, sangat bersih dan lembut seperti bayi membuatkan dia bertambah geram untuk menyentuhnya.
Jantung Syaqiran berdegup kencang.('⊙ω⊙') Dup dap. Dup dap.
Syaheera tengok ke arah Syaqiran dengan muka selamba.(¬_¬) Dia merasakan ada sesuatu yang tak kena.-_-
"Oik. Berbunga-bunga nampak? Apa yang kau tengah berangankan tu hah!?" jerkah Syaheera.
Syaqiran menggeleng.
"Eh? Sorry,sorry. Takde apa. Hehe."kata Syaqiran serba salah. Cuba menyelindungi perasaan sebenarnya.Syaqiran melihat ke depan.
"Kita akan ke sungai. Jaraknya lebih kurang 500 meter dari sini. Dekat je. Kalau tak larat, beritahu aku. Tak pun kita boleh berhenti berehat."Syaheera berkerut.
"Kau nak buat apa dekat sana? Tak boleh ke hantar aku balik terus?."
Soal Syaheera. Macamlah lelaki ni boleh percaya."Maaf. Bukan aku tak nak hantar kau balik. Muka kau tu, dah pucat lesu. Kalau kita berjalan lagi, kemungkinan kau akan pengsan dekat tengah jalan. Itu lagi bahaya. Lagipun, aku nak cari makanan dan minuman. Dekat sana bolehlah kau berehat sekejap. Tidur ke. Rumah kau jauh, kan? At least, kau boleh balik dengan ada tenaga."
"Hmm. Boleh percaya ke kau ni?."
"Jangan risau. Aku janji takkan apa-apakan kau. Percayalah."
......................
Di sebatang sungai yang jernih airnya, kelihatan Syaqiran sedang menangkap ikan.
Bajunya ditanggalkan menampakkan bentuk badannya yang sado.
Begitu juga, peralatannya, senjatanya ditinggalkan di tempat kering semasa dia berada di dalam sungai . Hanya seluar sahaja dipakai ketika menangkap ikan. Itupun disinsingkannya supaya air tidak terkena pada pakaian.
Syaheera menyandar di sebatang pokok yang hijau daunnya sambil melihat Syaqiran menangkap ikan. Matanya mula terasa berat bagai langit di hadapannya mahu runtuh. Tanpa disedari matanya terpejam lama-kelamaan.
Syaqiran yang sedang mengumpulkan ranting kayu kering, mengeluarkan api dari tangannya lalu membakar ranting kayu tersebut untuk memasak ikan.
Tiga ekor ikan dibakar, dipanggang sehingga masak.
YOU ARE READING
Dark Crystal Wizard
FantasyCopyright © all reserve Cacian, makian, hinaan serta kutukan sentiasa diterima Syaheera. Gara-gara Zero Magicnya iaitu tidak mempunyai sebarang kuasa seperti orang lain. Dia terpaksa hidup di dalam umpatan manusia. Namun, keyakinan serta kesabaran...