Bab 2 (The Sadness Soul)

80 12 1
                                    

Langkah Syaheera terhenti di sebuah rumah kecil yang berdindingkan batu merah. Dia kini berdiri di hadapan pintu yang diperbuat daripada kayu.

Kemudian diketuknya pintu kayu dengan lembut berulang kali untuk meminta kebenaran masuk. Namun, tiada siapa yang muncul selepas itu.

Dahinya berkerut. Hairan dengan keadaan rumah yang masih bergelap, tidak berlampu sedangkan langit sudah pun hitam pekat.

Bunyi suara keriangan kanak-kanak bermain yang kebiasaannya didengar pada waktu begini juga tidak bergema di telinga.

Syaheera memulas tombol pintu. Hairan, pintu juga tidak berkunci. Dia melangkah masuk ke dalam lalu membuka suis lampu. Lampu berwarna oren dinyalakan lalu menerangi seluruh ruang tamu.

Dia melihat ke arah jarum jam di dinding yang menunjukkan pukul 8 malam. Masih awal lagi tapi semua orang lesap, entah ke mana pergi.

"Aku rasa, aku dah sampai awal tapi mana semua orang?"soalnya dalam hati.

Dia menoleh ke kiri dan kanan.

"Mak! Ayah! Chiki! Aoi! Sarah! Hakim! Fiona! Thomas! Yui! Mana korang."laungnya menyebut satu persatu nama ahli keluarganya yang ada.

Tiba-tiba muncul seorang anak kecil di ruangan gelap.

"Kakak~" kata si anak kecil. Suara seperti 'loli' serak-serak basah yang baru bangun tidur menyahut.

Dia berdiri di dalam gelap. Berdiri di ruangan pembahagi antara dapur dan ruang tamu. Di tangannya terdapat sebuah teddy bear kecil.

Syaheera tersenyum lebar kerana lega ada yang menyahut. Dia berjalan menghampiri kanak-kanak perempuan itu, adik perempuannya. Kesian adiknya, terjaga dari tidur gara-gara dia melaung pada waktu malam begini.

"Chiki, Mana orang lain? Mak? Ayah?"

"Mak ayah dah tidur."

"('⊙ω⊙'). Dah tidur? Awal sangat nampaknya tidur, sampai kunci pintu pun tak ingat. Berapa kali nak pesan, kunci pintu ni kalau nak tidur. Bahaya. Kalau pencuri masuk macam mana?" bebel Syaheera.

Chiki buat-buat korek telinga. Bosan mendengar leteran kakaknya. Kenapalah dia boleh terjaga pada waktu begini. Tak pasal-pasal sekali kena tadah telinga malam buta.

"Logiclah sikit kakak. Kalau kitorang kunci pintu tu, kakak macam mana? Kalau kakak nak cuba tidur luar, Chiki takde masalah. Boleh je sediakan bantal.ヘ( ̄▽ ̄*)ノMuehehe. Tapi kakak tu? Nak jadi ular berlingkar tidur luar ke? -_-+ Lagi satu, mana ada awal kakak. Dah lewat malam ni."

"Aik?"

"Apa aik, aik? Dah pukul 11 malam dah ni. Bateri jam tu je dah sampai ajal dia. Jangan percaya luarannya. Dia dah mati dah."( ̄. ̄)

"Hehe. Oh yeke?."

"Iyalah tu..Selamat malam kakak. Kalau nak makan, nasi dan roti tu ada lagi dekat dapur. Jangan tidur lewat, besok ketua kampung nak umumkan Crystal wizard dekat perpustakaan Chisiki. Bye"\( ̄▽ ̄;)/ Chiki meninggalkan kakaknya di ruang tamu sambil ketawa kecil.

"Apa? Crystal Wizard! Betulkah ini semua? Yay, yay. Hari yang paling ditunggu-tunggu. Akhirnya aku akan dapat Magic aku jugak!.≧∇≦"

Bruh!!!

Tiba-tiba bebola air muncul dari belakangnya membasahi seluruh badan. Habis basah kuyup dibuatnya. Jawabnya, mandilah dia malam-malam buta ni.

Dia terkejut dan pada masa yang sama perasaan geram muncul dalam diri. Ini mesti kerja kembarnya tidak seiras, Hakim.

Syaheera berpusing ke belakang. Seperti yang dijangkanya, seorang lelaki berambut putih sedang bersandar di pintu sambil tangannya disilangkan ke paras perut. Senyuman sinis kelihatan terukir di wajahnya.

Dark Crystal WizardWhere stories live. Discover now