Bab 5 (Grasp the Dream)

81 12 0
                                    

Syaheera berlari memasuki ke dalam hutan mati. Di sana, banyak kayu-kayan reput dapat dijumpai. Nama pun lagi hutan mati, sudah pasti hutan itu sunyi sepi.

Dia berhenti berjalan, mengambil nafas. Duduknya dia menyandar pada sebatang pokok yang coklat warnanya. Dia penat tidak terkata. Sangkanya kumpulan itu mungkin sudah jauh ketinggalan di belakang. Jadi dia mengambil keputusan untuk berehat di situ.

Namun, sangkaannya meleset sama sekali. Dengan sekelip mata, satu anak panah perak meluru ke arahnya.

Hampir-hampir sahaja dia terkena anak panah, pokok yang disandarnya menjadi sasaran. Mujurlah dia sempat mengelak. Kalau tak, makan lubanglah jawapnya.

Walaubagaimanapun, Hoodienya di bahagian yang menutupi kepala terkoyak rabak akibat momentum kuat anak panah. Sayang seribu sayang. Dia sangat sayangkan baju berhoodienya. Satu-satunya baju kegemaran yang selalu dipakainya. Yang selalu menjadi identitinya di kampung.

Rambut panjang berwarna ungu terdedah keluar dari hoodie. Beralun lembut, dari atas ke bawah. Bermain dengan arah angin. Warna bertambah indah tatkala pancaran matahari menembusi sisiran rambutnya. Seakan-akan warna galaksi bima sakti.

Dia menoleh ke belakang, Zetch semakin menghampirinya lebih kurang 10 meter dari tempatnya berada.

Syaheera sekali lagi membuka langkah untuk melarikan diri tatkala melihatkan kehadiran Zetch yang semakin hampir. Tiba-tiba dia terlanggar sesuatu yang lembut dari arah depan menyebabkan dia jatuh terjelopok ke tanah. Rupa-rupanya Zetch dan kumpulannya sudah ada di depan mata.

Syaheera membulat mata, terkejut kerana dia telahpun dikepung dari arah depan dan belakang.

Zetch mendekati Syaheera. Kemudian dia duduk mencangkung sama paras dengan kedudukan Syaheera. Dia merenung muka Syaheera dan tersenyum sampai ke telinga.

"Zupp!"
Mulut Syaheera dibisukan dengan mantera menyebabkan Syaheera tidak mampu berbicara.

Begitu juga dengan tangan Syaheera, diikat dengan manteranya juga.

Mata Zetch merenung tajam Syaheera.

"Heh~ Tak sangka, kau perempuan rupanya? Boleh tahan lawa. Ingatkan lelaki."

"Hey perempuan! Kau ingat, dengan lari laju macam tu kitorang tak dapat kejar? Kau ingat aku tak tahu siapa kau? Useless like a rubbish macam kau ni sepatutnya dah lama kena makan dengan naga! Tak cukup ke kau rasa terhina depan orang ramai tadi?"

Syaheera diam. Dia tidak meronta-ronta meminta untuk dilepaskan seperti ikan yang baru naik ke darat. Malah renungan tajam bak pisau diberikannya tatkala melihat Zetch. Dia menjadi berani entah kenapa.

"Kenapa kau tengok aku macam tu? Haha!" Zetch mengilai. Tiba-tiba tangan Zetch mencapai rambut ungu Syaheera. Diusapnya rambut itu pada mulanya.

"Cantik!"

Kemudian, tidak semena-mena ditariknya rambut panjang Syaheera ke atas menyebabkan Syaheera mengerang menahan kesakitan.

"Hihi! Aku suka keberanian dan kesungguhan kau. Kalau kau nak tahu orang macam kau nilah selalu gagal dalam kehidupan. Sebab kenapa ya? Sebab dia tak pernah serik. Kau faham!"

Tiba-tiba Zetch diterjah. Lehernya dihunuskan sebilah pedang katana tajam yang pada pemegangnya berwarna putih.

"Pembetulan. Apa yang kau cakap, salah. Bukannya tak pernah serik tapi tak pernah putus asa. Sekurang-kurangnya dia dah cuba sehabis baik dan pernah rasa kepahitan kegagalan. Kau pernah ke? Tak, kan? Kalau kau nak tahu. Orang yang tak pernah gagal itulah akan merana seumur hidupnya sebab dia tak pernah tahu betapa pahitnya gagal."

Zetch tersenyum.

"Hmph. Suara tu?"

Dia berpaling ke belakang. Syaqiran sedang berdiri di belakangnya dengan muka selamba.

Qiran melambai tangan dan pandangan tajam diberikannya seperti sudah lama kenal.
"Hai Zetch. Kau ingat lagi siapa aku?"

Zetch terkejut. Kumpulannya mahu menyerang Syaqiran kerana Syaqiran menghunuskan pedang pada ketua mereka. Namun, Zetch memberi arahan supaya jangan menyerang Syaqiran.

Zetch berdiri.
"Qiran? Kau masih hidup?"

"Of course. Orang kacak macam aku susah nak mati. Lagipun kau dah cari pasal dengan salah orang, Zetch. Aku nak kau lepaskan sekarang budak tu." kata Syaqiran.

Kemudiannya dia melihat ke arah kuncu-kuncu Zetch.

"Dan korang semua, lepaskan dia! Kalau tak hari ni jugak bos kau akan hilang kepala!"

Kuncu-kuncu Zetch mengambil semula pedang di dalam jubah.

"Nanti! Jangan buat apa-apa tindakan selagi aku tak bagi arahan."kata Zetch.

Zetch memandang Syaqiran.
"Hey, qiran, My friend. Bertenang. Macam nilah. Let's make this smooth. Just give me the orbital and this matter will done without blood. It's easy as 123 right? Lagipun kau nak ke, kejadian yang sama berulang lagi?"soal Zetch dengan ugutan.

"Ah! Hari tu kebetulan je. Kalau katana aku tak hilang masa tu jangan harap kau nak sentuh aku." ujar Syaqiran.

"Haha. Nampaknya aku rasa kau memang betul-betul enjoy pemandangan dekat cerun tu. Tapi aku peliklah. Sepatutnya kau dah mati masa tu. Hmm?? Kenapa! Kenapa setiap kali aku nak bunuh kau setiap kali itulah kau akan terselamat. Kau ni Qiran. Hanya habiskan Magic aku je kerja. Bila entah nak mampus!."

"Tch!"

Zetch menyeluk poket Syaheera. Kotak pandora diambilnya.

"Oi Zetch. Jangan kau apa-apakan dia! Kau lawan aku. Bukan dia!"

"Ops. Okay. Aku cuma nakkan benda ni je. Kan senang kerja aku."kata Zetch. Dia menunjukkan kotak pandora kepada Hakim.

"Bye,bye Qiran. Lain kali kalau kita jumpa lagi, aku akan pastikan kau betul-betul mati!"

Dengan sekelip mata, Zetch menghilang bersama-sama kotak pandora di dalam kabus tebal yang entah muncul dari mana. Begitu juga kuncu-kuncunya. Lesap sekali.

Dengan serta-merta mulut Syaheera dapat dibuka.
"Hah!"

Dia batuk kerana lemas tidak dapat bernafas dengan baik. Tangannya turut menggosok dadanya yang lelah.

Syaqiran menghampirinya. Tangannya menyentuh bahu Syaheera.

"Awak okay?"soalnya. Gelaran awak, saya digunakan tatkala dia membahasakan dirinya dengan perempuan. Almaklumlah pemalu orangnya.

"Awak? Euuww. Kau dah lupa ke siapa aku, Qiran?!?"

"Haaa????" -_-

"Siapa kau?!' ( _-_)

Syaqiran melihat baju Syaheera.

"Kelabu berhoodie?"

"Mak ai! Kau Syeeran ke? Kau perempuan rupanya!?" soal Syaqiran sedikit terkejut. Dahinya ditepuk kerana dia menganggap bahawa Syaheera adalah lelaki kerana kebiasaannya perempuan di sini memakai blouse yang berkain. Akan tetapi lain pula Syaheera, yang lebih suka memakai baju berhoodie dan berseluar. Dengan muka Syaheera yang bertutup, memang susah orang mengenalinya sebagai seorang perempuan.

"Adui. Terkena jugak aku. Aku ingat kau lelaki. Tak boleh ke kau pakai sopan sikit. Pakai blouse macam perempuan lain??!"

Syaheera jeling menyampah.
"Oh, Tolonglaa. Apa salah aku? Aku cuma suka pakai baju berhoodie dengan seluar trek je...-_-" ujar Syaheera.

Dark Crystal WizardWhere stories live. Discover now