1 minit telahpun berlalu. Masih berbaki 60 saat lagi sebelum kotak pandora benar-benar tertutup.
Tiba-tiba jantung Syaheera berdegup kencang. Bukan kerana menunggu orbital tetapi dia dapat merasakan ada sesuatu yang menakutkan bakal berlaku selepas ini, tidak pasti sama ada nalurinya berkata benar mahupun sebaliknya.
Dia memejamkan mata untuk meredakan debaran yang menguasai diri.
"Kenapa dengan aku ni?" soalnya. Dadanya digosok berulang kali bagi menenangkan fikiran.
Di belakang, kiri dan kanannya kedengaran orang ramai mula membuka mulut. Mereka ketawa melihat Syaheera yang dianggap bodoh pada mata mereka. Malah semakin lama semakin kuat. Semakin lama semakin menyakitkan hati.
"Haha. Dasar bodoh. Memang tak akan adanya Orbital nakkan kau." laung salah seorang daripada mereka. Lelaki orangnya.
Namun, tak sampai beberapa saat. Tiba-tiba..
Shiup!!! Bunyi sisipan anak panah menembusi ruangan udara kedengaran.
"Purgh!!!!!" Tidak semena-mena lelaki itu mengerang kesakitan. Darahnya tersembur keluar daripada mulut. Dia terjatuh ke lantai dan terbaring di situ.
Syaheera terkejut. Matanya membulat luas tatkala melihat seorang lelaki terlantar di lantai dengan tusukan anak panah tepat di dada. Seminit kemudian lelaki itu senyap. Tidak lagi meraung. Tidak lagi bergerak. Darahnya pula mengalir perlahan keluar dari tempat anak panah itu berada.
Semua yang berada di situ dihantui dengan rasa ketakutan. Ada yang cuba membantu tetapi semuanya telah terlambat. "Dia dah mati. Tak mungkin!"
Masing-masing mula menjauhi si mati. Ada sesetengahnya menangis dan menjerit tak henti-henti.
Syaheera berlari ke arah mayat yang terkujur itu. Sadis melihat keadaan mangsa yang mulutnya ternganga luas dengan mata yang terbeliak. Mesti dia sedang terseksa ketika hembusan nafasnya yang terakhir.
Syaheera meroma. Tengkuknya berasa seram sejuk. Memang betul! Ada sesuatu yang tak kena dengan tempat ni! Matanya melilau melihat keadaan sekeliling sehinggalah berhenti ke arah anak tangga dewan. Matanya tertumpu di situ.
15 orang berjubah hitam, berhoodie sedang berdiri dalam kedudukan rawak di atas tangga yang setinggi 8 meter itu. Mereka membawa sebuah busur besi yang besar di tangan.
Tiba-tiba salah seorang daripada mereka mengangkat tangan kanan paras bahu, memberi satu arahan.
Kesemua mereka mengangkat busur, anak panah perak diletakkan ke busur lalu tali busur ditarik mereka.
"Si, siapa mereka?" soal Syaheera terkejut.
Hakim yang turut sama melihat orang yang mencurigakan itu, memberi respon cepat.
"Semua! Lari ke tempat selamat! Sekarang!" jerit Hakim memberi arahan.Namun, tidak sempat mereka semua bergerak. Tidak sempat neuron aferen menghantar maklumat, anak panah dilepaskan oleh kumpulan berjubah hitam. Sasaran mereka adalah kepada para peserta.
Haru-biru jadinya dewan itu dengan jeritan demi jeritan kedengaran. Dengan gemaan, tangisan demi tangisan.
Semua orang lari lintang-pukang, menyelamatkan diri. Namun, semua jalan telah disekat dengan benteng magic.
"Cepat selamatkan diri!"jerit Hakim.
Syaheera berlari, bersembunyi di bawah pentas dewan. Manakala Hakim dan ketua kampung pula menyelamatkan rakan-rakannya yang lain.
Hakim menggunakan kuasa air untuk memperlahankan pergerakan anak panah supaya yang lain sempat menyelamatkan diri.
Syaheera
"Apa yang telah berlaku sebenarnya ni? Siapa diorang?"
YOU ARE READING
Dark Crystal Wizard
FantasyCopyright © all reserve Cacian, makian, hinaan serta kutukan sentiasa diterima Syaheera. Gara-gara Zero Magicnya iaitu tidak mempunyai sebarang kuasa seperti orang lain. Dia terpaksa hidup di dalam umpatan manusia. Namun, keyakinan serta kesabaran...