Part 1

1.3K 21 2
                                    

Aku Sulli . Pelajar perempuan Kirin Art School . Baru umur 15 tahun .  Aku tinggal di asrama . Aku memang suka menari sejak kecil lagi . Dan , aku antara pelajar yang dapat biasiswa di sekolah tu sebab aku juara pertandingan menari peringkat kebangsaan dua kali . Tak lekang juga , pelajaran aku semakin membaik sejak aku sekolah sini . Kecuali ..

“Sulli ! Apa yang kamu buat ni ? Orang suruh buat karangan tentang ‘Ciri Ciri Pelajar Cemerlang’ kamu pergi buat karangan  pasal ‘Ciri Ciri Anak Solehah’ pulak dah kenapa ?” bising Ms.Hara .

“Erm , erm . ekh ? Tapi , tu lebih kurang je cikgu . Saya punya lagi kompleks isi isi karangan ni cikgu . ngee” Kata aku sambil memberikan senyuman kelat pada Ms.Hara .

“Cikgu tak kesah , siapkan dan hantar karangan ni sebelum balik . Kalau tak , cikgu akan contact parents kamu !” Ms.Hara meninggikan lagi suaranya .

“Baik cikgu , saya akan siapkan secepat mungkin” sergah aku mengambil buku latihan tersebut .

*Bunyi loceng sekolah menandakan waktu rehat*

Aku duduk di pondok bacaaan sendirian sambil menyiapkan karangan tadi tu .Bukannya senang . Haih

“Ishh , dari tadi tak dapat satu isi yang berkaitan pun . Hm , macam mana ni” rungutku seorang diri .

Tiba tiba , seseorang mencuit pinggang aku dari belakang . Aku hampir termelatah . Segera aku memandang hamba Allah tersebut .

“Hurm . Kau rupanya Yoona . Nak apa ?” Tanyaku dengan nada geram .

“Kau ni , sikit sikit marah . Apasal ? Tersalah buat karangan lagi ?” Tanya Yoona sambil ketawa kecil .

“Gelak pulak ekh ? Weyh ? Daripada kau gelakkan aku , baik tolong aku siapkan karangan ni . Dapat pahala . Aku untung kau pun untung . Ini namanya mutualisme” kataku sambil merenyukkan kertas tersebut .

“Tak susah pun nak buat karangan ni . Tu lah kau , terlebih belajar sains . Bahasa ibunda sendiri pun kau tak dapat nak kuasai . Budak budak zaman sekarang ..” Kata Yoona sambil mengambil pen dan buku latihan daripada aku . Yoona pun menulis isi isi karangan yang berkaitan .

“weyh , aku pergi kantin jap ekh . Kejap lagi , aku datang balik . Hehe” Aku mempercepatkan langkah aku ke kantin . Kesian Yoona buatkan kerja aku . Hehe . Tapi , lama lama pun tak pe jugak . Biar dia siapkan sampai habis . wakawaka .

*Sesampainya di kantin*

“Erm , aku nak beli apa ekh . Banyak makanan dah habis dijual . Hm” kataku dengan nada sedih . Tiba tiba seseorang menyapaku dari belakang . Aku memandang ke belakang .

“ Kris . Kau tak bertugas ke ?” tanyaku kepada Kris , salah satu kawan lelaki yang aku paling rapat kat sekolah .

“ani . aku laparlah . ni pun baru turun sebab lambat siapkan kerja” katanya dengan suara comel . Eisyh , mentang mentanglah dia ramai peminat senior . kerek je .

“Hm. Makanan macam tak best je.” Aku terus merungut nada kesedihan.

“ Aku dengar citer kelas 5S ada buat jamuan sempena kemenangan kelas diaorang dalam acara portable cooker . Jom lah datang . Ramai orang pergi kat sana .” Kata Kris sambil menarik tangan Sulli.

“Haa? Aku seganlah . Kita bukannya dijemput pun . Kau tak malu ke hah?” Sulli cuba melepaskan lengannya dari Kris .

Kris terus menarik lengan Sulli sambil berjalan menuju ke kelas tersebut . Sesampainya di sana ,

“ Pergh . Tak sangka aku semeriah ni . cikgu pun ramai datang .” Kata Sulli memandang sekeliling .

“Ha! Kan aku dah cakap , kau tak nak dengar . Jomlah masuk .” Kata Kris dengan selamba lalu menarik tangan Sulli .

“Eh, kau ni tak tau malu ke . Kita tak dijemput lah” Kata Sulli sambil berpatah balik .

“Sulli” Panggil Min Ho , pelajar terbaik ‘tahun lepas’

Sulli menghentikan langkahnya . Jantungnya berdegup kencang . Badannya berpeluh peluh .Sulli memandang ke belakang . Min Ho lah.

“Hyung . Annyeong” Kata Sulli sambil mengesat titisan lembap di dahinya .

“Mari lah masuk . Seronok tau majlis kami ni” Kata Min Ho dengan nada kelelakian .

“Erm . Aku segan lah . Aku bukannya dijemput pun” Kata Sulli dengan .segan .

Seketika kemudian , perutnya berkeroncang sehingga didengari Min Ho dan Kris . Kris tergelak melihat Sulli . Min Ho hanya tersenyum melihat Sulli .Sulli amat malu . Entah mengapa perutnya membuat masalah pada waktu dia sedang berkomunikasi dengan Min Ho .

“Perut kau dah berkeroncang dah tu . Mari lah masuk . Tak pe , aku ambilkan makanan untuk kau . Marilah Kris” Min Ho menolak perlahan badan Sulli dan Kris ke dalam . Kris memandang ke arah Sulli sambil menunjukkan ibu jarinya .

“ Hai Kris . Marilah makan dengan kami” Kata kakak senior sambil menarik Kris ke dalam kelompok mereka . Muka Kris tak lain macam beruk sedang merungut . Haha .

“Kau duduk sini sekejap aku ambilkan makanan” Kata Min Ho sambil ambilkan makanan untuk Sulli .

Min Ho kembali dengan membawa makanan . Min Ho duduk di sebelah Sulli.

“Kamsamhanida Min Ho . Kau tau tau je aku tengah lapar . Dah la perut aku berkeroncang tadi . Maaf menyusahkan.” Kata Sulli lalu memasukkan cupcake ke dalam mulutnya .

“Petang ni kau datang latihan tak ? Aku rasa aku tak boleh datang lah” Tanya Min Ho sambil membetulkan kedudukan jam di tangannya .

“Apasal kau tak datang ?” Tanya Sulli dengan hatinya yang berkobar kobar.

“Aku ada hal . Kau bagitau cikgu tau yg aku tak datang petang ni” Kata Min Ho.

Sulli menundukkan kepalanya .“Cupcake ni sedap lah . Kau tak makan ke ?”

“Aku yang bake cupcake ni , buat apa aku nak makan. Haha”

“Haa ? Biar betik! Aku baru tau kau pandai buat cupcake. Mana kau belajar?”

“Benda ni simple je. Cara kau cakap ni macam kau tak pernah pergi dapur je” Perli Min Ho .

“Erk. Aku pandai masak lah. Kau ni tak baik tau memperlekehkan aku” Sulli menafikan kenyataan Min Ho . Padahal memang Sulli tak pernah pegang sudip apatahlagi pergi ke dapur . Haha.

Sulli menghabiskan makanannya. Sulli berdiri serentak dengan Min Ho berdiri .

“Aku masuk kelas dulu . Terima kasih sebab pelawa aku makan kat sini . Lain kali ,ajaklah lagi ekh . Hihi . Bye” Kata Sulli lalu berjalan keluar dari kelas tersebut .

“Ye lah , bye” Kata Min Ho lalu memberikan senyuman manis kepada Sulli .

Miracle In DecemberWhere stories live. Discover now