Part 10

250 10 0
                                    

Keesokannya, Sulli diarah oleh Ms.Hara untuk memanggil Tae Min dan Min Ho ke kelasnya. Namun, Min Ho tidak datang kelas. Dalam perjalanan ke kelas Sulli, Sulli terus menyanyakan tentang ketidakhadiran Min Ho pada hari tersebut kepada Tae Min .

“Erm , aku pun tak tau. Bangun je tidur semua barang Min Ho tak ada kecuali buku sekolah lah.” Kata Tae Min .

“Ish, kau ni kan .Takkanlah masa kau tidur tak dengar apa apa bunyi ke ha?”

“Tak de lah Sulli.Lagipun buat apa aku nak tipu kau. Kan ni kan gf dia”

“Aku risaulah Tae Min”

“Semalam dia tak cakap apa apa ke? Mungkin perangai dia pelik ke”

“Entahlah . Biasa je.Hm” Sulli tertanya tanya tentang keberadaan Min Ho.

Semasa training olahraga, Sulli menunggu kehadiran Min Ho namun dia tidak datang. Keesokannya ketika perhimpunan pagi , Min Ho tidak datang. Sulli cuba berhubung dengan keluarganya namun keluarganya tidak dapat dihubungi. Rumahnya pula berpagar dan pengawal keselamatan pulak tidak tahu ke mana Min Ho pergi manakala ibu bapanya memang tidak pulang ke rumah kecuali pada akhir tahun atau sebab tertentu.

Semenjak itu, Sulli kesepian. Dia sudah berubah menjadi Sulli yang lain . Bersikap pendiam dan suka bersendiri.

“Sulli, jom pergi prep.Sulli?” Kata Yoona .

Sulli terjaga dari tidurnya.Sulli menggosokkan matanya yang terpisat pisat.

“Kau tidur ekh? Sorrylah aku kejutkan.Kita kena pergi prep malam ni. Jomlah” Kata Yoona lalu dia menolong menyusun buku untuk prep malam di meja belajar Sulli .

Tiba tiba, Sulli menangis . Yoona mendekatinya.

“Huahhhhhh*menangis dengan kuat seperti budak kecil*,,, aku mimpikan Min Ho.Aku terlalu rindukan Min Ho.Dia kat mana ni.Huaaaahh” Sulli menangis dengan kuat kerana dia tidak dapat menahan rasa sakit yang dipendam sejak dua bulan lepas.

Yoona memeluk Sulli “Janganlah sedih sampai macam ni Sulli.Kau kena tabah. Takkan kau nak jatuhkan gred kau sebagai pelajar terbaik form 3. Jangan nangis lah Sulli” Kata Yoona memujuk Sulli.

Jamuan akhir tahun telah pun diadakan bagi menyambut pencapaian terbaik mereka semasa di sekolah untuk tahun ini. Semua pelajar kelihatan amat gembira dan berpuas hati dengan pencapaian mereka. Kecuali Sulli yang sedang kesedihan kerana tidak dapat meraikannya bersama Min Ho. Sulli menaiki tangga menuju ke balkoni atas dewan tersebut. Tiba tiba, Sulli bertembung dengan Tae Min semasa ingin menaiki anak tangga yang pertama .

“Sulli , aku nak bagi kau kad ni.” Kata Tae Min sambil menghulurkan kad kepada Sulli .

“Mana kau jumpa kad ni?” Kata Sulli tanpa sedikit pun merubah riak wajahnya.

“Aku jumpa waktu nak letak komik yang aku pinjam dari Min Ho kat atas meja dia.Rasanya ini untuk kau.”

“Kamsamhanida” Sulli menundukkan kepalanya sedikit lalu terus menaiki anak tangga.

Tae Min berasa simpati melihat Sulli yang kesedihan sejak kehilangan Min Ho.Tae Min juga sedih kerana dia ketiadaan rakan sebiliknya.

Sulli sampai di balkoni.Suasana di luar sangat sejuk kerana dalam dua atau tiga minggu salji akan turun.Sulli mengamati kad tersebut.Dia meletakkannya di dalam poket .Dia menghela nafas.Langit pada malam itu cukup indah.Sulli melakar nama (hangul) Min Ho dengan bintang bintang terang malam itu. Tanpa disedari, memang betul bintang itu seakan akan melakar nama Min Ho.Sulli menekup mukanya.Dia sedih kerana ketiadaan Min Ho .Terlalu sedih.Tiba tiba, pintu dari balkoni tersebut terbuka. Kris mendekati Sulli lalu berdiri di sebelahnya.

“Cukup lah Sulli.Aku penat tengok kau macam ni.” Kata Kris.

“Seandainya kau cakap macam tu mampu kembalikan Min Ho ke pangkuan aku”

“Aku cakap macam ni sebab aku care pasal kau. Aku sayangkan kau”

“Tapi tak seteguh sayang Min Ho pada aku”

“Kau tak faham..”

“Tolong fahamkan aku.Kalau betul kau dah penat tengok aku macam ni” Kata Sulli sambil memegang pipinya seketika kerana air matanya agak kering.

“Aku ,,, haih.Aku sebenarnya dah lama sukakan kau lebih dari kau tau.Kalau kau nak tau aku sayangkan kau lebih dari Min Ho sayangkan kau”

Sulli terus memandang Kris lalu memegang lengan Kris dengan kencang.Sulli memandang Kris dengan pandangan yang tajam.Seketika kemudian,Sulli menghela nafas. Perlahan lahan,Sulli melepaskan genggamannya.Air mata Sulli jatuh membasahi pipinya.

Kris menghadapkan Sulli kepadanya dengan memegang bahu Sulli.

“Kenapa kau tak pernah sedar yang aku ni lebih bagus dari Min Ho tu? Aku mampu bahagiakan kau lebih dari dia.Kalau aku jadi dia, aku takkan biarkan kau kesepian macam ni”

Sulli menolak Kris. “Kau yang tak faham Kris.Kau tak fahami”

Kris menendang dinding balkoni sebagai melepaskan geram “Sulli.Aku maafkan kau .Tapi sangat susah untuk aku maafkan lelaki tu. Aku akan sentiasa ada untuk kau. Kerana,, (air mata Kris mula mengalir. Kris menutup matanya) ,,, aku sahabat kau” Kata Kris lalu melangkah keluar . Tanpa disangka, ...

Miracle In DecemberWhere stories live. Discover now