Part 6

258 12 0
                                    

Sulli duduk di anak tangga diikuti Kris . “Aku ,,,dah jadi gf dia” Kata Sulli keriangan sehinggakan tidak mampu menahan muka merah padamnya .

“Hahaha , bapak ahh! Kebetulan aku dah tak sabar nak makan nasi minyak ni , nyum” Kata Kris lalu ketawa besar.

Sulli memukul kepala Kris lembut “Diam lah sakai. Kau ni , malu lah aku dowh”

Min Ho menutup pintu biliknya .Tae Min yang sebilik dengannya menyapa Min Ho .

“Bro, kau pergi mana dari tadi? Dah 4 petang ni. Cuci mata erk?”Kata Tae Min lalu membaling bantal sofa kepada Min Ho .

Min Ho menangkap bantal tersebut . Min Ho duduk di sofa dengan Tae Min .

“Bukan setakat cuci mata, tapi lebih tau” Min Ho memeluk bantal tersebut sambil bersandar ke sofa.

Tae Min mendekatkan dirinya dengan Min Ho “maksud kau …?”

Min Ho menggangguk sambil tersenyum.

“Siapa beb? Siapa ? Citer lah kat aku . Weyh ?” Pujuk Tae Min .

Min Ho menggelengkan kepalanya . Dia tersenyum “adalah”

Min Ho membaling bantal sofa tersebut ke arah Tae Min sambil berjalan pergi ke katilnya . Min Ho duduk di katlinya . Dia membayangkan Sulli sambil tersenyum sendiri . Min Ho membisikkan di hatinya

“dia mengajar aku cinta . Aku harap tiada apa yang akan memisahkan kita . lol . Sejak bila aku jadi mat jiwang ni . Haha . Dialah cinta pertama aku . Dan aku takkan lepaskan dia .”

Sementara itu , Sulli mengemas buku mengikut jadual . Tiba tiba , sekeping gambar terbang keluar dari sebuah buku . Sulli mengambil gambar tersebut lalu senyum sendiri.

“Nampaknya dia bukan lah hanya seorang lelaki yang menjadi putera dalam mimpiku . Aku selalu berharap yang dia akan mencintai aku . and now , its proven . Min Ho , aku sayangkan kau .”

*Dalam kelas*

“Esok ada latihan menari bermula jam 2 petang sampai 4 petang…” Ms. Hara

“Alooo…” Kata pelajar kelas tarian tersebut.

“Diam! Saya belum habis cakap lagi ni ,,, Baiklah . 10 Jun kita akan buat persembahan sempena sambutan hari kanak kanak . Jadi , saya nak kamu semua konsisten dan fokus terhadap latihan kamu . Kita tak ada banyak masa lagi .” Kata Ms.Hara dengan tegas.

Sulli mengeluh . Yoona menyiku Sulli yang sedang kebosanan .Sulli meletakkan jari di bibirnya .

“Untuk bulan ni , giliran siapa yang akan ketuai tarian kita?” Soal Ms.Hara.

“Victoria , cikgu” Pelajar kelas tersebut berkata serentak.

“Tak boleh , sebab Victoria kena jadi pengacara majlis . Urm , bulan seterusnya sape ?”

“Sulli cikgu!” Kata Yoona dengan kuat . Sulli kelam kabut .

“Sa..saya?” kata Sulli teragak agak .

“Yup , kamu lah . Pastikan dah ada step yang menarik untuk sambutan tersebut . Jangan yg ganas , sebab ni untuk sambutan hari kanak kanak ekh . Baik lah class , saya pergi dulu .” Ms Hara pun keluar kelas .

Sulli menghela nafas . “Yang kau sebut nama aku apasal?”

“Betul lah kan , tak baik menipu . Kau dah ada step ke belum?” Soal Yoona .

“Erm , ada lah jugak . Tapi , takkan kita nak buat satu persembahan serentak dengan budak lelaki ni”

Yoona memandang arah pandangan Sulli . Kris memberikan senyuman menggoda lalu memutarkan badannya menunjukkan ala ala lelaki macho . Kris duduk di hadapan Yoona dan Sulli . Yoona dan Sulli menekupkan muka mereka ke meja .

“Eh , apasal dengan korang berdua ni ? Macam tak de semangat je. Aku dah tunjukkan skill aku tadi .Aku nak jadi main male dancer boleh ?” Kris mengangkat keningnya .

Sulli mengangkat mukanya lalu membuka mulut namun dipotong oleh Kris .

“Eh , shut . Aku tau , kau akan jadikan punya kan ? Well , aku kan macho . you know” Kris membetulkan rambutnya .

Yoona menolak perlahan kepala Sulli ke meja . Sulli menghela nafas . 

Miracle In DecemberWhere stories live. Discover now