Aku Sulli . Pelajar perempuan Kirin Art School . Baru umur 15 tahun . Aku tinggal di asrama . Aku memang suka menari sejak kecil lagi . Dan , aku antara pelajar yang dapat biasiswa di sekolah tu sebab aku juara pertandingan menari peringkat kebangsaan dua kali . Tak lekang juga , pelajaran aku semakin membaik sejak aku sekolah sini . Kecuali ..
“Sulli ! Apa yang kamu buat ni ? Orang suruh buat karangan tentang ‘Ciri Ciri Pelajar Cemerlang’ kamu pergi buat karangan pasal ‘Ciri Ciri Anak Solehah’ pulak dah kenapa ?” bising Ms.Hara .
“Erm , erm . ekh ? Tapi , tu lebih kurang je cikgu . Saya punya lagi kompleks isi isi karangan ni cikgu . ngee” Kata aku sambil memberikan senyuman kelat pada Ms.Hara .
“Cikgu tak kesah , siapkan dan hantar karangan ni sebelum balik . Kalau tak , cikgu akan contact parents kamu !” Ms.Hara meninggikan lagi suaranya .
“Baik cikgu , saya akan siapkan secepat mungkin” sergah aku mengambil buku latihan tersebut .
*Bunyi loceng sekolah menandakan waktu rehat*
Aku duduk di pondok bacaaan sendirian sambil menyiapkan karangan tadi tu .Bukannya senang . Haih
“Ishh , dari tadi tak dapat satu isi yang berkaitan pun . Hm , macam mana ni” rungutku seorang diri .
Tiba tiba , seseorang mencuit pinggang aku dari belakang . Aku hampir termelatah . Segera aku memandang hamba Allah tersebut .
“Hurm . Kau rupanya Yoona . Nak apa ?” Tanyaku dengan nada geram .
“Kau ni , sikit sikit marah . Apasal ? Tersalah buat karangan lagi ?” Tanya Yoona sambil ketawa kecil .
“Gelak pulak ekh ? Weyh ? Daripada kau gelakkan aku , baik tolong aku siapkan karangan ni . Dapat pahala . Aku untung kau pun untung . Ini namanya mutualisme” kataku sambil merenyukkan kertas tersebut .
“Tak susah pun nak buat karangan ni . Tu lah kau , terlebih belajar sains . Bahasa ibunda sendiri pun kau tak dapat nak kuasai . Budak budak zaman sekarang ..” Kata Yoona sambil mengambil pen dan buku latihan daripada aku . Yoona pun menulis isi isi karangan yang berkaitan .
“weyh , aku pergi kantin jap ekh . Kejap lagi , aku datang balik . Hehe” Aku mempercepatkan langkah aku ke kantin . Kesian Yoona buatkan kerja aku . Hehe . Tapi , lama lama pun tak pe jugak . Biar dia siapkan sampai habis . wakawaka .
*Sesampainya di kantin*
“Erm , aku nak beli apa ekh . Banyak makanan dah habis dijual . Hm” kataku dengan nada sedih . Tiba tiba seseorang menyapaku dari belakang . Aku memandang ke belakang .
“ Kris . Kau tak bertugas ke ?” tanyaku kepada Kris , salah satu kawan lelaki yang aku paling rapat kat sekolah .
“ani . aku laparlah . ni pun baru turun sebab lambat siapkan kerja” katanya dengan suara comel . Eisyh , mentang mentanglah dia ramai peminat senior . kerek je .
“Hm. Makanan macam tak best je.” Aku terus merungut nada kesedihan.
“ Aku dengar citer kelas 5S ada buat jamuan sempena kemenangan kelas diaorang dalam acara portable cooker . Jom lah datang . Ramai orang pergi kat sana .” Kata Kris sambil menarik tangan Sulli.
“Haa? Aku seganlah . Kita bukannya dijemput pun . Kau tak malu ke hah?” Sulli cuba melepaskan lengannya dari Kris .
Kris terus menarik lengan Sulli sambil berjalan menuju ke kelas tersebut . Sesampainya di sana ,
“ Pergh . Tak sangka aku semeriah ni . cikgu pun ramai datang .” Kata Sulli memandang sekeliling .
“Ha! Kan aku dah cakap , kau tak nak dengar . Jomlah masuk .” Kata Kris dengan selamba lalu menarik tangan Sulli .
“Eh, kau ni tak tau malu ke . Kita tak dijemput lah” Kata Sulli sambil berpatah balik .
“Sulli” Panggil Min Ho , pelajar terbaik ‘tahun lepas’
Sulli menghentikan langkahnya . Jantungnya berdegup kencang . Badannya berpeluh peluh .Sulli memandang ke belakang . Min Ho lah.
“Hyung . Annyeong” Kata Sulli sambil mengesat titisan lembap di dahinya .
“Mari lah masuk . Seronok tau majlis kami ni” Kata Min Ho dengan nada kelelakian .
“Erm . Aku segan lah . Aku bukannya dijemput pun” Kata Sulli dengan .segan .
Seketika kemudian , perutnya berkeroncang sehingga didengari Min Ho dan Kris . Kris tergelak melihat Sulli . Min Ho hanya tersenyum melihat Sulli .Sulli amat malu . Entah mengapa perutnya membuat masalah pada waktu dia sedang berkomunikasi dengan Min Ho .
“Perut kau dah berkeroncang dah tu . Mari lah masuk . Tak pe , aku ambilkan makanan untuk kau . Marilah Kris” Min Ho menolak perlahan badan Sulli dan Kris ke dalam . Kris memandang ke arah Sulli sambil menunjukkan ibu jarinya .
“ Hai Kris . Marilah makan dengan kami” Kata kakak senior sambil menarik Kris ke dalam kelompok mereka . Muka Kris tak lain macam beruk sedang merungut . Haha .
“Kau duduk sini sekejap aku ambilkan makanan” Kata Min Ho sambil ambilkan makanan untuk Sulli .
Min Ho kembali dengan membawa makanan . Min Ho duduk di sebelah Sulli.
“Kamsamhanida Min Ho . Kau tau tau je aku tengah lapar . Dah la perut aku berkeroncang tadi . Maaf menyusahkan.” Kata Sulli lalu memasukkan cupcake ke dalam mulutnya .
“Petang ni kau datang latihan tak ? Aku rasa aku tak boleh datang lah” Tanya Min Ho sambil membetulkan kedudukan jam di tangannya .
“Apasal kau tak datang ?” Tanya Sulli dengan hatinya yang berkobar kobar.
“Aku ada hal . Kau bagitau cikgu tau yg aku tak datang petang ni” Kata Min Ho.
Sulli menundukkan kepalanya .“Cupcake ni sedap lah . Kau tak makan ke ?”
“Aku yang bake cupcake ni , buat apa aku nak makan. Haha”
“Haa ? Biar betik! Aku baru tau kau pandai buat cupcake. Mana kau belajar?”
“Benda ni simple je. Cara kau cakap ni macam kau tak pernah pergi dapur je” Perli Min Ho .
“Erk. Aku pandai masak lah. Kau ni tak baik tau memperlekehkan aku” Sulli menafikan kenyataan Min Ho . Padahal memang Sulli tak pernah pegang sudip apatahlagi pergi ke dapur . Haha.
Sulli menghabiskan makanannya. Sulli berdiri serentak dengan Min Ho berdiri .
“Aku masuk kelas dulu . Terima kasih sebab pelawa aku makan kat sini . Lain kali ,ajaklah lagi ekh . Hihi . Bye” Kata Sulli lalu berjalan keluar dari kelas tersebut .
“Ye lah , bye” Kata Min Ho lalu memberikan senyuman manis kepada Sulli .
YOU ARE READING
Miracle In December
FanfictionSebuah kisah yang memerihalkan Sulli menanti Min Ho dalam jangka masa yang panjang. Sulli amat mengharapkan Min Ho mempunyai maksud lain di atas sifatnya yang baik dan prihatin. Kehilangan Min Ho pada musim salji di bulan disember menimbulkan seribu...