Part 7

255 11 0
                                    

------------------part 7------------------------

*Tiga hari kemudian*

“Sulli , dah tiga hari kita berlatih . Tarian tak de lah susah mana . Kau nak buat lagu apa ni sebenarnya?” Soal Kris mewakili kelas tersebut yang sedang duduk dalam barisan masing masing .

“Erm, aku nak buat lagu Who Says . Korang tau kan?” Soal Sulli .

“Lupa lah , kau nyanyi sikit sambil menari lah” Kata Yoona .

Sulli pun menari lagu tersebut sambil membuka lagu Who Says . Kebetulan , Ms . Hara datang dengan Min Ho dan Tae Min .

Tae Min berbisik dengan Min Ho “bagus jugak ekh Sulli ni . Cantik pulak tu”

Min Ho tersenyum sambil menyiku Tae Min lalu membisikkan kembali kepada Tae Min

“kau jaga jaga sikit ekh , haha” Min Ho  ketawa kecil .

Lagu tersebut pun habis dimainkan berdurasi 2 minit selepas dieditkan oleh Sulli sendiri . Ms. Hara , Tae Min dan Min Ho bertepuk tangan dari belakang . Mereka semua memandang ke belakang . Sulli agak terkejut dan segan kerana tidak menyangka yang Min Ho ada di belakang .

“Good job Sulli . Inilah yang saya mahukan .Tapi lepas ni karangan pun kena mantap macam tarian ni jugak ekh” Kata Ms.Hara memerli .

Mereka yang lain semua ketawa kecil .

“Class , sekarang semua pergi ke dewan , kita akan berlatih kat sana” Arah Ms.Hara

“Tapi cikgu , kat sana ramai orang lah , saya agak segan sebab dah lama tak menari depan umum” Kata Yoona.

“Kamu buat persembahan ni pun depan umum jugak akhirnya . Dah , semua gerak sekarang”

Sulli mengambil begnya di sudut bilik tersebut. Pelajar lain termasuk Ms.Hara sudah pun pergi . Hanya Min Ho dan Sulli di dalam bilik latihan tersebut . Sulli berjalan ke pintu .

“Kenapa tak pergi dewan lagi?” Soal Sulli .

“Tunggu kesayangan saya lah . Mana boleh tinggalkan dia seorang2 kat sini kan” Kata Min Ho .

Sulli senyum keriangan lalu keluar dari bilik tersebut .Sulli dan Min Ho berjalan seiring.

“Tadi kau menari hebat lah . Tak sangka pulak kesayangan aku ni hebat menari” Min Ho memuji Sulli.

“Haha , kau kalau nak pandai menari macam tadi pun boleh”

“Patutlah tak pergi training sejak hari isnin . ada latihan menari rupanya”

“Kau bukan ke ada latihan lompat tinggi?” Tanya Sulli .

“Sekarang masa rehat lah .”

Mereka semua telah pun sampai di dewan . Kebetulan , waktu itu kelab olahraga mengadakan latihan lompat tinggi di dewan kerana bilik sukan dibersihkan dan lantainya agak licin . Kumpulan penari pun beratur mengikut barisan yang telah ditetapkan kecuali Sulli yang berada di tengah antara mereka . Ms.Hara memberikan taklimat tentang tarian mereka yang akan disertai kejutan oleh Tae Min dan Min Ho .Semua penari pun bersedia berada di posisi masing masing lalu memulakan tarian mereka . Sememangnya raptai tarian mereka mendapat perhatian daripada ramai pelajar yang lalu di sekitar dewan tersebut .Jam menunjukkan jam 5 petang . Mereka semua pun telah bersurai .

*!0 Jun 2011*

Mereka semua bergerak mengikut bas yang telah disediakan . kebetulan , kelab olahraga sekolah dan kelab tarian sekolah menyertai program tersebut . Sulli adalah orang yang terakhir menaiki bas tersebut kerana dia memastikan seluruh ahli kelasnya cukup . Sulli pun berjalan di dalam bas tersebut sambil mencari tempat kosong . Tiba tiba , Min Ho memanggilnya dari belakang . Sulli pun datang mendekatinya .

“Sulli , duduk lah di sebelah aku . Ataupun kau nak duduk di sebelah tingkap?” Soal Min Ho .

“Tepi tingkap lah”  Kata Sulli lalu Min Ho memberikan laluan untuk Sulli .

“Sulli , kau rasa sejuk tak ? Nak aku tutup aircond ni?” Soal Min Ho sekali lagi.

“Min Ho , aku tak kesahlah . Aku yang patutnya tanya kau sebab kau tak pakai sweater”

“Sulli , aku tak sejuk lah . Kan gf aku kat sebelah”

“Ish , tak de kaitan lah” Kata Sulli lalu minum air .

Min Ho mengeluarkan tuppeware dari beg nya . Min Ho pun membuka tuppewarenya .

“Tadi pagi aku sempat masak wedges .Khas untuk gf aku .Rasalah”

Sulli mengambil kentang dari tuppeware tersebut . Sulli tersenyum.Dia tidak menyuap ke dalam mulutnya . lalu menyuapkan kentang tersebut ke dalam mulut Min Ho .

“Sedap ?” Tanya Sulli .

“Mestilah sedap, aku yang masak kan . haha” Kata Min Ho memuji diri sendiri .

“Kau pun mesti sarapan supaya tak sakit perut” Kata Sulli .

“Sayang, jom selfie?” Kata Min Ho lalu merapatkan dirinya dengan Sulli.

Sesampainya di destinasi yang ditujukan , mereka turun lalu bergerak ke belakang pentas dan mendengar taklimat terakhir sebelum memulakan persembahan .Selepas ucapan dari pihak atasan , persembahan pun diadakan . Kini , giliran persembahan tarian daripada Sulli dan rakan sekelasnya . Sulli berjalan di akhir barisan kerana dia akan muncul beberapa saat selepas rakannya yang lain menari .Tiba tiba , Min Ho menahan tangan Sulli .Sulli memandang Min Ho .

Min Ho kata "....

Miracle In DecemberWhere stories live. Discover now