Happiness is not something ready-made, bare it in your mind honey.
⁺ ˚
. * ✦ . ⁺ .⁺ ˚
. * ✦ . ⁺ .
. ⁺ ⁺
"Selamat pagi Adni!"
"Selamat pagi!"
"Morning Adni!"
"Morning!"
Okay, dah kenapa dengan semua orang hari ni?Adni Syakura tidak tahu kenapa ramai yang menegurnya pagi ini. Nak kata dia tiba-tiba jadi 'instafamous', tak mungkin. Followers dia masih kekal 15 orang bila dia buka aplikasi Instagram petang kelmarin.
Apabila dia tiba berada di dalam kelas, semua pelajar didalam kelas itu memandangnya dengan pelbagai jenis pandangan. Ada yang memandang dia seperti dia ini seorang selebriti terkenal, ada juga yang memandang dia dengan pandangan cemburu. Dia ada buat apa-apa yang pelik ke?
"Mornin' guys!" sapa Adni Syakura yang cuba untuk tidak mengendahkan pandangan pelik kawan sekelasnya. Semua orang hari ni mungkin tersalah makan ubat agaknya.
"Morning Adni! Adni kau nak tahu tak! Kau dah jadi terkenal wehh!!" kata Natalia Rose teruja. Gila tak teruja, kawan kita dah famous!
"Terkenal?" tanya Adni Syakura sambil berkerut. Bila masa dia jadi terkenal! Aku ada buat benda yang pelik-pelik ke? Ya Allah apa yang aku buat semalam?
"Iye kauu, terkenal!" kata Aira Qhalishah pula sambil mengoncang bahu Adni Syakura dengan kuat.
"Jap, aku tak fahamlah! Apa dia yang terkenal, dekat mana wujudnya perkataan terkenal tu dekat diri aku ni?" soal Adni Syakura lagi sambil menunjuk-nunjuk dirinya dengan pandangan keliru, sumpah dia tak faham langsung!
"Ya Allah Adni! Kau tak buka IG ke semalam?" soal Nur Sumayyah pula. Nampak sangat budak tu tahu apa yang terjadi. Tengok drama korealah tu, itu yang tak tahu isu-isu semasa sekarang.
"No, aku busy semalam!" jawab Adni Syakura sambil cuba mengawal riak mukanya.
Busy? Ye busy sangat! Noah tu tak habis-habis nak borak dengan dia melalui telefon semalam. Sampai dia tak tahu apa yang terjadi sekarang! Itulah, bergayut je kerja semalam.
"OMG! Okay Adni, kau serious ni tak tahu?" soal Ain Anisah yang sedari tadi yang memerhati mula memegang tangan Natalia Rose dengan mata yang terbeliak sambil mulutnya mengumat kamit perkataan yang tidak diketahui bahasanya.
"Iye betul! Takkan aku nak tipu! Ya Allah, korang ni karang ada yang aku benam kepala korang ni dekat kolah surau sekolah tu nanti." kata Adni Syakura sambil mengurut kepalanya. Sakit pula otak dia ni melayan 4 ekor budak ni. Dah bagitahu tak tahu tu, tak tahulah!
"Okay, biar aku yang cerita. Disebabkan antara kami ni, yang paling rasionalnya aku seorang sahaja jadi biar akulah tukang menyampaikan. " kata Nur Sumayyah serious.
YOU ARE READING
F A T E
Teen FictionF A T E [On Hold] ༺♡༻ Dia seorang gadis yang pemalu dan tidak tahu cara untuk bergaya dan bersosial. Sekali pandang nampak macam nerd, dua kali pandang eh! Nampak comel pula budak ni. Kehidup...