Pagi yg sungguh indah,daun-daun disirami dengan embun pagi.Kokokan ayam berlagu,burung-burung berkicauan.Maka bermula lah sesi persekolahan bagi Sekolah Menengah Kebangsaan Kenangan.
"Eh kau tak boleh senyap ke? Asyik bercakap je,memekak tahu tak" ujar Rasya kepada Nick.
"Ish kau ni datang bulan ke apa yang nak badmood semacam ni?Aku nak bercakap sikit pun tak boleh
?Dah lah kita lama cuti sekolah,kau tak rindu ke dengar suara aku yang merdu ni?.
"Hurm,maaf lah kawan,aku sebenarnya sakit hati la dengan budak lelaki yang tiba je langgar aku tadi.Dia ingat aku ni tunggul ke suka hati je nak rempuh macam tu.Tak de nak mintak maaf ke apa,pergi blah macam tu je.Sakit pulak hati aku,bengang betul.Nanti aku jumpa dia lagi,siap la aku kerja kan".Adeena Adalia Rasya Binti Zamri seorang gadis yang garang dan tegas .Meskipun dia dari golongn kaya,dia seorang yang sangat merendah diri dan tidak berlagak diva. Sifat itu yang membuatkan semua guru menghormati dan menyayanginya.
Didalam kelas
" korang boleh diam tak? Memekak je kerja,aku nak membaca buku pun tak senang" ujar Rasya sambil menguatkan suaranya.
"Suka hati mak bapak lah nak bising ke ,nak melalak ke,kalau kau nak membaca sangat pergi je perpustakaan.Tak payah nak berlagak kaki buku sangat la,kan kawan-kawan?" Salah sorang murid kelas nya menyahut sambil mempamerkan pandangan sinis.Rasya bingkas dari tempat duduk nya dan berjalan ke arah budak yang membuat hati nya panas.
"Muhammad Wafi Bin Haris,tak kena dengan nama tuan kau ni.Mak bapak kau bagi nama cantik-cantik tapi perangai kurang ajar."kata Rasya dengan sinis.
" Eh perempuan,kau siapa hah nak pertikaikan perangai aku macam mana.Mak bapak aku tak pernah nk tegur aku,kau pulak yang lebih " balas Wafi
"Sebab mak bapak kau tak ajar la,anak jadi kurang ajar macam kau ni." Laung Rasya dengan berani.
"Mulut kau ni perempuan aku lempang jugak kang" kata Wafi.Tak sempat Wafi ingin menampar Rasya ,satu tangan menahan.
"Dengan perempuan pun kau nak ajak bertumbuk ke? Tak gentle la kau ni." Kata lelaki yang menyelamatkan Rasya dari ditampar tadi lalu mengenyitkan mata ke arah Rasya.
"Kau tak payah nak masuk campur hal aku dengan budak perempuan ni la.Datang tak diundang ,tak payah berlagak nak jadi hero lah kat sini.Kang tak pasal-pasal kau yang aku tumbuk kang."marah Wafi
" Kalau kau anak lelaki ,mari la."diacuh penumbuk ke muka Wafi untuk membakar lagi api kemarahan yang sedang sedia ada nya bara.Maka berlaku lah pergaduhan antara dua teruna itu. "Weh korang,dah la tu jangan bergaduh sampai bertumbuk bagai" kata Rasya.Apabila Rasya melihat darah mengalir mulut lelaki yg menjadi 'hero' nya sebentar tadi,dia terus menghalang Wafi dari memukul lelaki itu lagi .Namun,tindakan nya mengundang bala bagi nya apabila dengan tidak tersengaja Wafi tertumbuk kuat ke muka Rasya lalu kepala Rasya terhantuk ke arah cermin tingkap dinding kelas.Bukan cermin sahaja yang pecah,kepala Rasya berlumuran dengan darah dan Rasya terdorong ke luar tingkap jendela kelas nya itu.Dengan pantasnya,lelaki yang menjadi 'hero'nya tadi ,sempat bertaut pada lengan Rasya dan dengan keupayaan yang ada dia cuba menarik Rasya masuk ke dalam kelas semula.
"Awak nak mati ke hah?nasib baik saya sempat pegang tangan awak"kata 'hero'itu pada Rasya.
Gadis itu mula tidak sedarkan diri dan kepala nya semakin banyak mengeluarkan cecair darah,terus lelaki itu mengecepung tubuh Rasya dan membawa Rasya keluar dari kelas menuju ke keretanya.mujur lah kelas Rasya itu dekat dengan tempat parking kereta.Mudah bagi nya untuk membawa Rasya ke hospital yang terdekat.Bilik pengetua
" Wafi ,kamu dibuang sekolah dan akan dihantar ke sekolah juvana".
" Tapi Cikgu, saya tak bersalah pun ,Rasya yang mulakan dulu "kata Wafi yg belum sempat membela diri.
"Keputusan muktamad!keluar dari bilik ni dan kemas barang-barang kamu sekarang juga." Lantang Cikgu Leha berkata.Sebagai pengetua ,dia hanya melakukan tindakan yang sewajarnya.Wafi telah melakukan kesalahan yang besar dan harus dibuang sekolah.Kesalahan nya juga sepatutnya didakwa kerana melibatkan nyawa.Tapi atas ehsan Encik Zamri ,ayah kepada Rasya.Encik Zamri telah memaafkan Wafi dan tidak mengenakan tindakan undang-undang ke atas Wafi.Dia keluar dengan hampa dan dendam.
"Kau tengok lah nanti Rasya,disebabkan kau ,aku dibuang sekolah dan ibubapa aku dah buang aku sebab mereka malu dengan orang-orang kampung.Aku akan buat kau menyesal seumur hidup kau,kau tunggu la" satu dendam telah pun dicipta oleh Wafi.D
i hospital
"Aku kat mana ni?aduh sakit nya kepala aku." Kata Rasya sambil memegang kepala nya yang berbalut.
"Alhamdulillah Rasya,kamu dah sedar.Syukur lah." Ujar Puan Siti sambil memeluk anak nya daranya itu.
Rasya yang baru tersedar dari lena,hanya membiarkan sahaja Puan Siti memeluknya.Terimbas kembali kejadian yang nyaris-nyaris meragut nyawanya.Wajah lelaki yang telah menyelamatkan nya terbayang diwayar ingatan.Pintu diketuk dari luar menyedarkan dia dari lamunan.Rasya memandang keadaan sekeliling nya.
" Mama,kenapa Rasya mata Rasya tak nampak dengan jelas ni?Rasya buta ke mama?"Airmata nya mula bergelinangan.
"Sayang Mama jangan nangis ye,Rasya tak buta,mata Rasya akan pulih nanti". Sayu suara Puan Siti mengutarakan jawapan yang satu itu.
"Awak jangan risau lah Rasya,itu hanya kesan akibat kepala awak terhantuk kuat hari tu.Sementara je tu ,mata awak akan okay nanti.
" Betul kata Rayyan tu,kamu akan sembuh nanti"kata Encik Zamri sambil mengusap kepala anak perempuannya.
Lega hati Rasya mendengar penjelasan dari ibubapa nya.
'Oh nama dia Rayyan rupanya' Rasya bermonolog dalam hati.
" Rayyan, Untie dengan Uncle nk ucap terima kasih sangat dekat kamu sebab sanggup tolong selamatkan nyawa anak Untie ni Kalau bukan sebab kamu,kami tak kan jumpa lagi dah dengan satu- satu nya anak kami ni .Tak terbalas jasa kamu"ujar Puan Siti.
"Alah perkara kecik je tu Untie,tak ada apalah.Dah tanggungjawab saya untuk tolong Rasya masa tu"kata Rayyan.
" Thanks,sebab awak tolong saya,ucap Rasya.
"Tak de hal lah" kata Rayyan sambil senyum.
"Mama papa,bila Rasya buleh balik?Tak best la duduk lama-lama dalam hospital ni,macam duduk dalam penjara pulak"kata Rasya.
Tergelak mereka mendengar Rasya berleter seorang diri padahal bilik nya itu bilik khas untuknya,semuanya lengkap.Ada ke patut samakan dengan penjara?
YOU ARE READING
Hanya Kamu
JugendliteraturSynopsis?? Ngak perlu susah bce..baik kita straight to the point an? Annn.. Okay hakikat cheq ngak reti buat yitu sinopsis ye ank²... Asila la baca karya kecil tuan hamba yg tk seberapa yini.. Support kit! Jgn lupa vote n comment! Klau slh pape..as...