Nakal

6 1 0
                                    

"Lapar gila ni weh,cepat la sikit jalan tu,korang ni tak dengar ke ?korang dengar tak makanan kat kantin tu dah seru nama aku dah tu" kata Nick. "Eh kau ni sabar lah,macam nak putus dh tangan aku ni,kau tarik.Sakit tau"ujar Rasya.
Suasana dikantin sangat riuh-rendah.Ada yang sedang makan,ada yg sedang membeli makan dan minuman.Berebut-rebut memilih makanan masing-masing.Rasya tidak ada selera untuk makan hanya membeli roti dan air sirap,sama lah juga dengan Era memilih makanan untuk mengalas perut sahaja.Tidak pula si kecik molek Nick ,makan banyak mana pun tetap tak gemuk-gemuk,untung kan,tak perlu lah nak berdiet bagai.Selesai menemani Nick makan mie sup,yang menjadi kegemarannya,Rasya baru sahaja hendak bangun meninggalkan meja,datang manusia yang entah dari mana,merempuh Rasya dari belakang.Tertumpah air sirap dibaju sekolahnya yang putih itu.

"Aku ni yang rabun ke,kau yang letak mata dilutut?tak nampak ke aku yang sebesar ni?kau tengok ni ,habis baju aku merah tertumpah air sirap ni!"kata Rasya sambil mencengkam kolar baju lelaki yang melanggarnya itu.
" Eh,jangan macam ni awak, tak manis orang perempuan pegang-pegang lelaki macam ni.Saya tak sengaja tadi ,awak jgn marah ea" pujuk lelaki itu .
"Eh,bukan ke kau kan yang pernah langgar aku dulu sekali?tak salah lagi kau lah?kenapa hah kau suka sangat langgar aku? Dah la blah macam tu je,tak ada hati pun nk mintak maaf pulak tu." kata Rasya sambil menguatkn lagi cengkamannya.
"Err awk,saya ada wuduk ni.Batal la wuduk saya,lambat pulak nanti nk kena ambik wuduk pulak,kesian kat Ustaz tunggu saya tu" Nipu lelaki itu sambil menunjuk ke arah surau sekolah.
"Kau tak  payah nak kelentong aku la,semua Cikgu ada di bilik mesyuarat sekarang ni." cantas Rasya.
"Rasya,dah la tu jangan lah gaduh lagi ,malu tau orang tengok" kata Era
"Ish kau ni,aku tengah asyik tengok drama depan mata ni,kacau daun pulak kau ni.Teruskan Rasya,kasi siku sikit sama dia." hasut Nick sambil mengunyah snek.Dah macam tengok wayang pulak si Nick ni.
"Yang kau ni makin kusut kan keadaan tu kenapa?kata Era sambil mencubit lengan Nick.Berkerut muka Nick beraduh menahan sakit.Rasya yang ralik melihat gelagat kawan-kawan baik nya itu hanya mampu mengeleng kepala.Tangan nya masih tidak melepaskn mangsanya.Kesempatan itu diambil oleh lelaki itu.
" Arghh ada lipas besar terbang kat baju kau lah"teriak lelaki itu sambil membuat muka terkejut dan takut.
Apalagi,berteriak lah anak-anak dara disitu.Nama lagi perempuan,mesti lah  alah dengan lipas,walaupun benda tu kecik tp mengelikan.
Lintang-pukang lari lelaki itu sambil tergelak berdekeh-dekeh.Alahai perempuan.Terkena pun diorang.


Loceng di dinding berbunyi nyaring menandakan masa untuk semua pelajar pulang.Sedang Rasya menunggu ibu nya datang untuk mengambilnya pulang,dia ternampak sekumpulan pelajar sedang melepak dan membuat bising di wakaf berhampiran dengan nya.Sambil mengecilkan matanya untuk mengecam susuk tubuh, salah satu dari diorang itu Rasya teringat akan lelaki yang melanggarnya. Disebabkan ingin kepastian dia menghampiri lelaki itu.Itu pasti dia!
" weh kau ,kau ikut aku kejap."sambil memegang kolar baju lelaki itu dan menarik dari belakang.
"Apa ni tarik orang macam ni ,sakit la bodoh.Nak ajak gaduh pun bagi lah tahu dlu,ni tak serang  dari belakang ,mana aci wey." kata lelaki itu tanpa melihat siapa yang menariknya begitu.
Rasya membuat muka garang.Lelaki itu ternyata terkejut melihat empunya badan hanya mampu tersengih sambil mengangkat kedua-kedua tangan tanda mengalah.Tidak sempat Rasya berkata ,ada yang saja mencelah perbualannya.
"Woi Adam,baru datang dua minggu kat sekolah ni dah ada awek cantik.Cun tapi garang macam singa la" celah Faris sambil ketawa berdekeh-dekeh bersama kawan-kawannya yang lain.
"Mulut kau tu jaga sikit ea,aku dengan dia tak ada apa-apa pun.Dari aku couple dengan dia.Lebih baik aku couple dengan pokok ke tiang ke lagi bagus" kata Rasya.
"Kalau tak ada apa-apa ,tak akan lah macam bermesra beginikan? " perli Faris sambil menunjuk tangan Rasya yang memegang baju teman baik nya itu. Faris dan Akib membuat lagak sama seperti Rasya tadi dengan versi manja."Apa ni sayang tarik-tarik saya,sakit la".
"Ala sayang nak bermanja pun tak boleh ke?berdrama pulak mamat dua orang ni.Adam tersenyum sumbing melihat karenah teman sepermainannya.Kawan-kawan nya yang lain ketawa terbahak -bahak melihat gelagak gila  Faris dan Akib.Merah muka Rasya dipermalukan begitu.Rasya melepaskan baju Adam.Namun bukan mudah untuk memperbodohkan Rasya.
"Korang jangan nk berdrama dan menyibuk boleh tak?Ini urusan aku dengan 'mamat sewel'ni.Yang kau ni bila nk mintak maaf kat aku hah?"kata Rasya." Dh dia kawan aku ,mestilah aku dengan sukarela menyibukkn diri."cantas Faris.
"Dah-dah lah korang ,aku tahu la korang sayang kat aku,jangan la gaduh-gaduh lagi ye,aku sayang korang sama rata je ni.Nak gaduh pulak madu-madu aku ni" Melawak pulak si Adam  ni.Semua yang disitu tergelak terbahak -bahak mendengar lawak hambar Adam.Rasya menahan marah.
"Okay2,aku mintak maaf sebab langgar kau....tapi aku tak janji tak langgar lagi." tutur Adam sambil mengenyitkn mata kepada Rasya lalu lari bersama kawan-kawan nya meninggalkn Rasya sambil melambai-lambai  tangan dan menjelir lidah.Dasar 'mamat sewel'!.

Hanya KamuWhere stories live. Discover now