Gurauan manja

5 1 0
                                    

"Kau memang kurang ajarkan mamat sewel,geram betul aku.Diorang memang sengaja buat aku macam tu" kata Rasya sambil berjalan laju ke lokel miliknya.Teman-teman baiknya turut menuruti Rasya."Eh jap,kat mana baju aku?Nick kau jangan nk bergurau dengan aku. Era kau kan yang sorokkan baju aku?"tanya Rasya risau bercampur marah."Kau gila ke?tak kan aku sanggup nk buat macam tu kat kau ,lagipun tak sampai bulan empat lagi aku nk kenakan kau."sempat lagi Nick berseloroh.Aina datang meluru ke arah Rasya sambil termengah-mengah ingin memyampaikan sesuatu berita.

30 minit sebelum

"Bagus kerja korang,nah duit kau bagi lah sama rata dengan yang lain" Adam menghulurkan wang lima puluh ringgit kepada Johan dan mengambil baju dari tangan Johan."Alah benda kecik je, thanks bro,tapi kan aku terpikir juga kenapa kau nak kacau si Rasya tu?tanya Johan.Adam hanya senyum sinis tanda dia ada sebab-sebab tertentu.

Di padang sekolah

Kelihatan Adam berbaju berhoodie hitam berlapis baju sekolah duduk mencangkung sambil menconteng baju sekolah milik Rasya dengan cat dinding yang entah dari mana diambilnya bersama teman sepermainannya. Rasya dan rakan-rakanya pergi ke padang setelah diberitahu Aina ,dia ternampak seseorang lelaki membuka loker mengambil baju Rasya dan lelaki berlari ke padang sekolah."Memang sah dah mesti si mamat sewel yang ambil baju aku,jom korang !"kata Rasya berlalu bersama kawan-kawannya.

"Korang ni dah buang tabiat ke curi baju Rasya?eh korang buat apa tu..kau tengok tu Rasya ,diorg siap conteng pulak baju kau,korang memang nak kena ni." kata Nick.Johan mendepakan tangan tanda menghalang Nick.Dengan muka bengang.Nick mengajak Johan bertumbuk tapi sempat disekat oleh Era.Bergaduh bukan jalan penyelesaiannya.Benda boleh bincang ,buat ape nak gaduh. Rasya yang merah muka menahan marah merampas baju sekolah nya dari Adam."Kau tak puas hati apa dengan aku sampai kau conteng baju ni,tak cukup kau conteng kau lumur dengan tanah basah ni.?"tanya Rasya sambil mengangkat bajunya yang berada dalam gemgaman tangannya lalu membuang ke tanah,tanda protes.

Adam hanya mempamerkan senyuman mengejek."Takkan nak bergurau manja sikit pun tak boleh" ejek Adam."Setakat baju kotor macam ni tak setanding dengan apa kau dah buat pada orang yang tak bersalah Rasya"bisik Adam.Rasya terkaku mendengar.

Tiada amaran guruh,hujan turun tiba-tiba

Semua berlari berkeliaran mencari tempat berteduh.Hanya Rasya yang tidak berganjak dari padang.Mungin masih binggung dengan kata-kata Adam sebentar tadi.Nick dan Era pergi ke tempat berteduh, di block bangunan sekolah.Adam ke bilik sukan berhampiran padang,melihat Rasya tidak berganjak dari padang ,terus masuk ke bilik sukan mencari payung dan berlari lalu memayungi Rasya. Tanpa berfikir lama dia menarik tangan Rasya ke bilik sukan.Rasya menuruti sahaja bila tersedar dirinya dalam hujan dan takut akan bunyi guruh.Adam membuka baju hoodienya itu dan menghulurkannya kepada Rasya."Nah ambik ni.Kau dah basah lecun tu.pegi tukar baju kau dalam bilik tu.Aku tunggu kat luar,cepat sikit "arah Adam.Rasya masuk dan menukar baju sambil mata meliar melihat ke pintu." Weh lama nya kau ,aku kat sini nak basah dah ni"kata Adam.Hujan makin lebat membasahi bumi.

Setelah pintu dibuka, Adam meluru masuk ke dalam,Rasya pula keluar dari bilik itu.Tidak manis berduaan di bilik tertutup brsama lelaki yang baru saja mengenakannya sebentar tadi.Bukan muhrim woi,kena tangkap basah kang.Adam pelik dengan kelakuan Rasya."Kau nak basah lagi ke? Baju aku tu,ingat senang-senang ke aku nak bagi kat orang pakai ,hargai lah sikit."Aku rela berhujan dari duduk kat kau,entah apa yang kau nak dajalkan aku lagi."tegas Rasya ."Tak ada maknanya aku nak kenakan kau time macam ni.Okay aku janji,aku tak buat apa-apa,masuk lah nanti kau demam.Rasya memandang sekilas.Adam mengeluh perhalan,tak percaya kat aku la tu.Hujan semakin galak mencurahkan isi ,kilat sambar-menyambar membuatkan Rasya masuk dan duduk di dibucu dinding sambil memegang lututnya.Adam mendekati "kau tahu kau takutkan kilat, kau takyah takut aku ada ni kat sebelah kau"cuba memujuk Rasya yang mengigil.Kilat sambung-menyambung diluar sana."Nah ambik ni.Maybe kau akan okay sikit lepas makan coklat ni"ujar Adam memberi Rasya coklat cloud9. Thanks.

"Rasya kau ok tak ni?kitorang mintak maaf sebab tinggal kan kau kat padang tadi.Kitorang ingatkan kau ikut kitorang kat belakang tadi.Tapi sumpah wey,kitorang cari kau balik kat padang lepas cari payung.Tapi kau tak ada.Kau pergi mane ?Balik pulak siap musuh yang hantar.Eh kejap,dia ada apa-apa kau ke Rasya,Aku tak puas hati betul dengan dia tu.Geram betul aku."terang Nick panjang lebar sambil bercekak pinggang teringat peristiwa pagi tadi.Eira mengiakan aje kata-kata Nick."Kau orang takyah la risau,aku okey je lah.Dia tak ada buat apa-apa pun lah.Dia teman kan aku je."kata Rasya tenang."Temankan yang macam mane tu?Ke ada apa-apa ni?"kata Eira."Tak ade makne nya,malas nak layan."ujar Rasya berlalu ke bilik air.

Kau ada buat apa kat dia sampaikan dia selalu usik kau macam tu,siap bagi coklat pulak tu.Macam tahu-tahu pulak dia kau suka coklat cloud9.Eh tu bukan nya baju si Adam ke tu? "tanya Era sambil menunjuk baju yang dah dibasuh itu.Nick menyampuk."Entah-entah dia ada hati kat Rasya kot".Rasya mengelamun dibirai katil,hanya menjadi pendengar. Mereka bermalam di rumah Nick kerana mereka perlu hadir awal ke sekolah untuk membuat persiapan untuk hari sukan disekolah.

Era tidak berkedip mendengar kata-kata Nick.Sah minah ni pun sama sewel dengan si mamat sewel."Kenapa kau tengok aku macam tu? betul apa aku cakap?,lagipun aku pernah terbaca tau satu artikel ni,pasal lelaki kalau dah minat kat perempuan dia akan buat macam-macam untuk ambik perhatian perempuan yang dia suka tu"kata Nick lalu membetulkan kaca matanya.Lagak macam pelajar skema je minah ni."Aku sebenarnye sokong kau Nick ,tapi aku rasa tak patut si mamat sewel tu usik Rasya sampai macam tu sekali mesti ada agenda lain ni,betul tak Rasya?"Era mencelah.Rasya masih diam tanpa kata.Walau ada benar kata-kata temannya,tapi ada salahnya juga kerana jika benar ada lelaki meminati atau menyukainya,bukankah seharusnya melindungi bukannya menganggu dan mengenakan Rasya?.Apa niat sebenar lelaki itu?Balas dendam untuk apa ?Teringat akan kata-katanya tempoh hari membuatkan Rasya keliru..apakah kesalahan Rasya sebenarnya???

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jun 02, 2019 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Hanya KamuWhere stories live. Discover now