Mamat Sewel

9 1 0
                                    

Bunyi kipas sahaja memecah kesunyian di dalam kelas 5 Extra.Semua pelajar tekun menjawab kertas peperiksaan khas untuk pelajar yang tidak lulus mata pelajaran Bahasa Melayu.Rasya ditugaskan untuk menjadi pengawas mengantikan guru untuk menjaga murid-murid kelas itu kerana semua guru perlu menghadiri mesyuarat.Adam yang baru saja melalui kelas itu tersenyum melihat Rasya.Ada saja idea ingin menyakat gadis itu.

"Assalamualaikum Cikgu, maafkan saya lambat masuk kelas.Saya tercirit- birit tadi dlm tandas ,tu yang lambat sikit.Lagipun,jalan kat block bawah jem sebab ramai pelajar 'bergelimpangan' diberanda." usik Adam tanpa segan silu.Buat Lawak pulak si Adam ni.Semua pelajar menoleh ke arah Adam sambil menahan gelak.Waktu peperiksaan mana boleh buat bising.Rasya yang ralik menulis sesuatu di buku catatannya,berjeling sekilas ke arah pintu utama kelas.Jelas riak wajah Rasya bertukar merah tanda geram tapi ditahan agar tidak menimbulkan perbalahan  dengan 'si sewel'.

"Duduk dimeja ni dan jawab kertas periksa tu.Dah setengah jam masa berlalu.Buat cepat,Jangan nak buang masa" kata Rasya kuat bernada  tegas .Muka boleh tahan tapi tak berapa cerdik jugak rupanya mamat sewel ni.

"Tak boleh cakap perlahan sikit ke awk oi?saya depan awk je pun,boleh dengar dengan baik dan jelas lagi .Suruh orang buat cepat-cepat,yang dia tak kasi kite kertas tu kenapa?takkan nak tulis atas meja ni kot." Sindir Adam,bengang Rasya.

"Nah ,ambik ni" kertas dihempas ats meja sambil memalingkan mukanya tanda menyampah.
Kalau ikot hati nak je lempar kat muka tu.Tak cari pasal dengan aku tak sah mamat sewel ni.

Adam tersenyum menang.Suka hati nya mengusik gadis itu.Lagi marah lagi comel pulak 'minah singa' ni.Dengan pelajar lain tidak pula dia mengusik begitu,tapi dengan Rasya macam ada benda yang menarik perhatiannya.

Rasya termenung sambil menongkat dagu melihat tasik dihadapanya itu.Air pancutan yang berselang-seli dgn lampu berwarna-warni tidak lagi menarik perhatian nya.Hmm..bila la mata ni nak elok,kejap nampak,kejap tidak.Maybe aku akn macam ni selamanya kot.

"Kenape ni Rasya? Termenung panjang nampak.Fikir kat boyfriend ea?" tanya Rayyan yang baru saja datang menghampiri Rasya.
"Uish,choii laa mana Rasya ada boyfriend okay.Tak kuasa lah nk couple.Lagipun lelaki mane  la nk minat dekat Rasya ni,diorang takut dengan Rasya lagi ada la." Garang macam singa, mana ada yang berani nk dekat.
"Abang Rayyan kan ada." bisik nya perlahan.
"Apa abang cakap tadi? Rasya  tak dengar."
"Tak de apa-apalah.Dah tu apa yang Rasya menungkan tadi,Berkerut-kerut dahi.Mcm nk telan  tasik tu je abang tengok".
" Oh,tak ade la,ni Rasya tengah fikir pasal mata Rasya ni bila la nak baik semula,kabur je tak nampak jelas,kadang-kadang tu rasa pening tau".katanya sambil melihat sekeliling taman itu.Ramai pulak orang hari minggu ni.Hari minggukan ,mesti la ramai.
" Kabur? Kalau macam tu Rasya pakai cermin mata lah."
"Cermin mata?Ha,a la kan,kenapa la Rasya tak fikir pasal tu,"asal bengab sangat otak ni gumamnya sendiri. "Hadoii mujur abang bagitahu."
" Jom,abang belanja."
"Seriously? Abang nk belanja Rasya?Menyusahkan abang je nanti.Rasya suruh mama Asya bank-in kan duit jela".
" Tak payah nak mengada,abang cakap nk belanja kan..so ,ikot je la jangan banyak bunyi".Rasya mengiakan sahaja sambil menuruti Abang Rayyan a.k.a 'hero'nya yang kini menjadi abang angkat nya itu ke kereta untuk ke kedai cermin mata.Untunglah ada abang angkat pemurah hati.

Memang dasar 'mamat sewel' kalau tak mendajjalkan Rasya tak sah hidup si Adam.Minggu sukan telah bermula,Rasya menjadi ahli  sukan bola jaring sedang berlatih dipadang bersama ahli-ahli pemain yang lain termasuk lah Nick dan Era.Mereka akan mewakili sekolah untuk ke perlawanan bola jaring Peringkat Daerah.Adam dan teman-teman nya tidak mewakili apa-apa permainan hanya menjadi penonton sahaja.Nama lagi lelaki ,mesti la menjadi penonton perlawanan antara kaum hawa sahaja.'Menyelam sambil cuci mata',sambil mereka tersenyum melerek ,punah peribahasa orang.

Adam baru saja melihat kelibat Rasya  bermain digelanggang ,dia memikirkn cara untuk mengena Rasya. Idea datang bertalu-talu,ligat sahaja otak si teruna itu. Adam memanggil Johan iaitu teman sepermainanya dan mengarahkan sesuatu lalu Johan dengan rela hati melaksanakan perintah Adam.

Di bilik loker,Johan mencuri masuk dan ke loker Rasya.Lagaknya seperti seorang pencuri ,dia mengeluarkan satu dawai besi dan membengkoknya lalu memasukkn ke kunci lokel itu.Nasib bagai menyebelahi mereka,pintu loker terbuka lalu dia mengambil sesuatu di dalam dan menutup semula loker terus berlari keluar dari situ.

"Siap bos,nah ni benda yang kau nak tadi.So,ape rancangan kau?" kata Johan.Adam membisikkan sesuatu di telinga Johan.Sambil mengangguk faham ,Johan mengajak kawannya yang lain ke gelanggang.

"Hai korang,kitorang nah join jugak boleh tak?macam best je main lompat-lompat macam monyet ni"usik Johan sambil merampas bola jaring dari Anila,rakan sekelas Rasya.
" Oi,kau dah apahal nak ambik bola kami ,bak balik sini.Kitorang nak berlatih ni ." laung Rasya dengan marah.
"Cik adik comel,Kalau nak bola tangkap la " Johan melontar bola itu ke arah Muiz lalu mengenyitkan mata ,memberi isyarat rancangan jahat diorang bermula.Joni mengatur langkah menangkap bola dan mengacuh bola ke arah Rasya, kemudian lontar  tinggi kepada Muiz.Dengan senyuman sinis dia mengalih tumpuan Rasya untuk mengikuti langkah permainannya.Seperti tidak ingin mengalah ,Rasya menuruti Muiz untuk mengambil bola.Belum sempat Haira menangkap bola ditangan Muiz ,Johan menyambar bola dan berlari anak ke tepi gelanggang lalu acah ingin menyua ke arah Rasya yang dari tadi mengikutinya.Rasya yang tidak sempat berhenti berlari tergelincir jatuh ke lumpur tanah "Opps,tak sengaja"kata Nizam membuat  memimik muka terkejut kerana disebabkan kulit pisang yang dia buang itu ,Rasya tergelincir.'Sudah jatuh,ditimpa tangga' malang betul nasib Rasya.Habis muka dan baju nya kotor terkena lumpur.Johan dan kawan- kawannya meloloskn diri dari gelanggang sambil ketawa terbahak -bahak.Rasya menjeling tajam ke arah mereka.Rasya terkedu melihat salah sorang dari mereka ialah 'musuh' ketatnya."Ni mesti kerja kau kan  si 'mamat sewel'!!!???",laung Rasya dengan kuat.Makin menjadi pulak mereka ketawa mengilai.

Hanya KamuWhere stories live. Discover now