Task 3 - Puisi

28 7 11
                                    

1) Puisi elegi (pilihan dari leader)

Hati yang remuk

Dulu kita bersayang-sayang,
Namun kini tidak lagi begitu,
Dulu kau datang memberi bahagia,
Kini kau pergi meninggalkan derita.

Kalau dulu kita berjumpa,
Pasti salah seorang memberi senyuman,
Namun kini jika kita berjumpa,
Masing-masing seakan tidak mengenali.

Kini aku sendiri berjalan ditepi pantai,
Mengenang hati yang remuk atas perbuatan kamu,
Jika aku tidak mengenali kamu,
Pasti hati aku tidak seremuk ini.

2) Puisi satire (pilihan sendiri)

Kau

Lihat kami!
Kami berusaha dengan titik peluh kami sendiri,
Tidak mengeluh untuk mencari sesuap nasi,
Tapi kau?
Kau bersenang-senang,
tanpa mengenang nasib kami,
Lihat kami!
Kami bersyukur dengan baju diberi orang,
Tapi kau?
Setiap hari membeli baju baru tanpa bersyukur,
Kau menindas kami tanpa ada belas kasihan,
Dimana sikap perikemanusiaan kau?
Dimana sikap rendah diri kau?
Kau berbangga dengan kekayaan kau,
Kau tidak berkongsi kekayaan kau walaupun sedikit,
Terlalu tinggikah pangkat kau?
Kau sudah tidak punya hati?
Kau sudah tidak punya mata?
Berikan kami sedikit keringanan,
Kami memang tidak dapat membalas jasamu,
Tapi Tuhan yang akan membalas jasamu.

3) Puisi balada (pilihan sendiri)

Balada seorang manusia

Aku termenung diatas pangkin,
Mengingatkan jalan hidupku,
Mengapa aku harus begini?
Mengapa aku harus mengikut kata orang?

Mengapa aku memuaskan hati orang?
Aku seolah patung dimata mereka,
Mereka membuat apa mereka suka,
Tanpa memikirkan hati perasaanku.

Aku mahu bebas seperti orang lain,
Aku mahu bergembira seperti orang lain,
Aku mahu hidup dengan caraku sendiri,
Hidup tanpa memikirkan hati orang.

Mami TunIndah, ayz dah siapkan task 🤗. Buat Ezzuwan_, saya tak reti buat puisi dan minta maaf kalau banyak salah dari betul.

(Edit version)

G2C- GIVE. GUIDE. CHALLENGEWhere stories live. Discover now