Task 4 (a) - Prolog

7 1 0
                                    

Prolog

"Abang..." Arubimo melabuhkan duduk disebelah Lairida. Dipandang isterinya yang sedang sarat mengandung.

"Ye sayang?" Diletakkan sebelah tangan di atas perut bulat isterinya. Dia teruja menunggu bakal anaknya yang akan lahir tidak lama lagi dan dalam masa yang sama dia sedih mengingatkan kata-kata seseorang yang dia langsung tidak kenal.

"Anak kamu akan selamat setelah isterimu melahirkannya namun isterimu... dia akan meninggalkan kamu bersama anakmu kerana dia telah mengikat janji dengan roh penjaga hutan sebelum ini." Lelaki tua bertongkat itu tersenyum nipis melihat muka tegang Arubimo.

"Kenapa aku tidak mengetahui tentang perjanjian itu?" Arubimo memandang lelaki tua yang berada di hadapannya itu.

"Isterimu tidak mahu kau merisaukan dirinya. Dia rela mengorbankan dirinya kerana mahu memberimu zuriat." Arubimo menunduk kepala. Saat dia mengangkat kepala semula, lelaki tua itu tidak ada di hadapannya. Matanya meliar mencari lelaki tua namun hanya sia-sia. Lelaki tua itu hilang tanpa jejak.

"Abang, apa nama anak kita ye?" Soal Lairida sambil memegang bahu suaminya. Arubimo tersenyum lalu digenggam tangan Lairida.

"Kasih ... tanda kasih saya pada awak, Rida." Lairida tersenyum mendengar nama yang disebut Arubimo.

"Cantik nama tu." Arubimo tersengih lalu dicium pipi kemerah-merahan isterinya itu.

"Sayang nak tambah nama belakang baby ke?" Makin lebar senyuman Lairida.

"Boleh ke?" Arubimo menggosok lembut rambut Lairida sebelum mengangguk kepala.

"Kasih... Kaira... Kasih Kaira. Boleh bang?" Dipandang wajah suaminya.

"Boleh sayang. Cantik nama tu. Kasih Kaira. Kita panggil Kaira. Okay tak?"

"Okay." Dipeluk badan isterinya. Dikemam bibir sambil menahan air mata dari mengalir. Dia tidak mahu isterinya tahu dia sedang sedih mengenangkan itu.

'Ada lagi berapa bulan je sebelum Rida tinggalkan aku. Tinggalkan aku buat selamanya.' Bisik Arubimo didalam hati. Kepala disandarkan diatas kepala Lairida.

*****

"Sayang... mulai hari ini kamu kena berhati-hati. Dia sedang memburumu." Ucap Lairida sambil mengusap pipi Kaira. Lairida bangun perlahan-lahan sebelum berjalan meninggalkan Kaira.

"Ibu! Ibu! Jangan tinggalkan Kaira! Ibu! Ibu!" Kabur mata Kaira kerana menangis. Dalam tangis dia melihat ibunya langsung tidak menoleh. Berjalan dan terus berjalan. Dia mahu mengejar ibunya namun kakinya terlalu berat untuk diangkat.

"Ibu!" Terjerit Kaira memanggil Lairida. Tercungap-cungap Kaira mengambil nafas. Badannya habis berpeluh.

"Mimpi tu... kenapa aku sering bermimpikan kejadian itu?" Soal Kaira perlahan.

"Kaira?" Kaira mengangkat muka apabila seseorang memanggil namanya. Arubimo dimuka pintu tersenyum dan Kaira membalas senyuman ayahnya. Arubimo mendekati Kaira lalu diusap lembut rambut anaknya.

"Mimpi lagi?" Soal Arubimo. Kaira mengangguk lemah.

"Tidurlah. Ayah teman Kaira." Kaira berbaring semula apabila ayahnya mengatakan mahu menemannya. Dan bermula hari itu, satu persatu masalah datang menimpa.

TunIndah

G2C- GIVE. GUIDE. CHALLENGEWhere stories live. Discover now