Task 4 (b) - Bab 1

9 1 0
                                    

Bab 1

Pada suatu malam seorang bayi perempuan selamat dilahirkan namun ibu kepada bayi perempuan itu tidak dapat diselamatkan.

"Lairida.. abang janji, selagi abang bernyawa abang akan sentiasa melindungi anak kita. Terima kasih sayang. Semoga sayang tenang disana." Ujar Arubimo sambil menidurkan seorang bayi perempuan yang berada ditangannya.

*****

"Kaira! Lari dari sini cepat!" Jerit Arubimo.

"Tapi ayah.." Kaira yang ketika itu berusia 7 tahun menggigil ketakutan melihat manusia bertaring seperti singa dan bermata merah bertarung dengan ayahnya.

"Lari ayah cakap!! Jika ayah selamat, ayah akan cari kamu semula." Mendengar kata-kata ayahnya, Kaira berlari sekuat hati meninggalkan kawasan pertarungan itu dengan hati yang gelisah.

'Ya Allah. Selamatkanlah ayah.' Doa Kaira didalam hati.

"Makcik! Makcik!" Kaira berlari mendapatkan Puri yang kebetulan datang kerumah.

"Kaira? Kenapa lari? Ayah mana?" Soal Puri pelik. Kenapa Kaira berlari dan dimana Arubimo berada?

"A-ayah bertarung dengan manusia bermata merah." Terbuntang mata Puri.

"Kamu masuk rumah dan kunci pintu. Makcik pergi tolong ayah kamu." Kaira akur dan terus masuk kedalam rumah lalu mengunci pintu. Puri berlari masuk kedalam hutan mencari Arubimo. Puri memperlahankan larian apabila ternampak sekujur tubuh terbaring diatas tanah lalu mendekatinya.

"Bimo! Bangun Bimo!" Puri mengoncang tubuh lelaki yang mengalami cedera parah itu.

"Pu-puri." Arubimo membuka mata walaupun sedikit payah. Dia mengerut dahi menahan sakit yang dia alami sekarang ini.

"Bimo, bertahan. Aku akan bawa kau ke hospital sekarang." Puri yang baru ingin memapah Arubimo terhenti apabila Arubimo menahan.

"T-tak perlu Puri. A-aku tahu ini masanya a-aku ikut jejak Rida."

"Tak Bimo. Kau tak boleh pergi!" Air mata Puri mengalir selepas mendengar apa yang dikatakan Arubimo.

"Puri... jaga Kaira. A-aku titipkan dia dekat kau. A-aku tahu kau mampu menjaga dia. K-katakan pada Kaira yang aku sangat sayangkan dia. T-terima kasih Puri." Tangan Arubimo yang memegang pipi Puri terkulai layu setelah Arubimo menghembus nafas terakhir dipangkuan Puri.

"Tidak!!!!" Puri menjerit dan menangis hiba dengan pemergian Arubimo. Satu persatu kenangan dia bersama Arubimo terlayar didalam kepala.

*****

Sejak kejadian Arubimo meninggal dunia dipangkuan Puri, sikap Puri terhadap Kaira sudah berubah. Tiada lagi sikap lemah lembut, Puri menjadi seorang yang kasar dan tegas mendidik Kaira. Sering kali dia memukul Kaira jika Kaira membuat kesilapan kecil atau besar sekalipun.

Kini Kaira berusia 15 tahun dan dia memandang lengannya yang berbirat dirotan oleh Puri kerana kesalahan yang kecil iaitu dia terlupa untuk membuat minuman untuk Puri. Dia menangis dibawah pokok yang rendang dan banyak daun gugur seolah mengerti kesedihan Kaira. Kaira mendongak apabila sehelai sapu tangan dihulurkan. Walaupun teragak-agak, Kaira tetap menyambut huluran sapu tangan itu.

"T-terima kasih." Kaira mengesat air mata yang mengalir dipipi. Orang yang menghulurkan sapu tangan itu duduk dihadapan Kaira dengan jarak yang sedikit jauh. Hud yang menutup kepala orang itu membuatkan Kaira sukar melihat wajahnya dan cuma mata biru yang dapat dilihatnya.

'Angin, bisakah aku melihat wajah orang dihadapanku ini?' Selepas menyoal didalam hati, angin kuat berlaku dan membuatkan hud orang dihadapan Kaira tersingkap ke belakang dan terserlah wajah kacak seorang lelaki yang mempunyai telinga serigala dan bermata biru. Kaira terkejut dan terus menjauh dari lelaki itu.

"Ja-jangan dekat. Ja-jangan bunuh saya." Kaira mengigil ketakutan. Lelaki itu berhenti melangkah untuk mendekati Kaira. Dia tidak pernah ada kawan dan dia masih ingat pesanan arwah ayahnya supaya dia menjauhi manusia jadian.

"Aku Arga. Maaf membuat kau takut denganku. Aku tiada niat untuk membunuh kamu. Aku cuma mahu berkawan denganmu." Suara lelaki bergema didalam kepala dan membuatkan Kaira menoleh kekiri dan kanan untuk mencari lelaki itu. Disini cuma ada dia dan lelaki bermata biru itu. Tak mungkin..

"Aku dihadapan kamu." Bulat mana Kaira mendengar suara itu lagi didalam kepalanya.

"Kenapa suara awak ada didalam kepala saya? Awak ini siapa hah?" Selangkah Kaira menapak kebelakang.

"Maaf kerana menakutkan kau. Aku cuma bisa menggunakan telepati dengan manusia biasa. Aku keturunan serigala dan harimau. Nama aku arga. Selamat berkenalan." Arga menghulurkan tangan sambil tersenyum dan dengan teragak-agak Kaira menyambut huluran salam itu.

"Nama saya Kaira."

"Aku tahu. Aku sering mendengar Puri memanggilmu dengan nama itu." Kaira tersenyum kekok.

"Kau sangat cantik, ratu rimba." Kata-kata Arga membuatkan Kaira mengerut dahi.

"Apa maksud awak dengan memanggil saya ratu rimba?" Arga cuma tersenyum tanpa membalas.

"Kaira!! Kau kemana hah?! Bila nak siapkan makan malam?!" Tersentak Kaira lalu menoleh ke belakang dan ketika itu mata Puri meliar mencari Kaira. Saat Kaira memandang kehadapan semula, Arga lelaki bertelinga serigala itu sudah hilang dan itu membuatkan Kaira kebingungan.

"Makcik! Kaira disini." Terus Kaira mendekati Puri. Arga yang berada diatas pokok hanya memandang  gelagat mereka berdua.

Mami TunIndah, task 4 dah siap 😂.

G2C- GIVE. GUIDE. CHALLENGEWhere stories live. Discover now