Task 2 - Blurb

10 7 3
                                    

Tajuk : Dua Dunia
Genre : Fantasy

Kaira mempunyai kuasa yang jarang sekali dimiliki oleh mana-mana keturunan iaitu berkomunikasi dengan hutan dan mampu menyubarkan pokok yang hampir mati. Puri adalah penjaga kaira setelah ibu dan bapa kaira meninggal dunia. Puri mempunyai niat jahat dan bertekad untuk membunuh kaira dengan caranya sendiri.

Arga adalah manusia serigala yang disumpah kerana ibunya manusia serigala berkahwin dengan bapanya manusia harimau. Jika arga bertukar dalam bentuk manusia biasa pasti mata birunya dan telinga serigalanya tidak hilang. Seolah dia memakai kanta lekap dan cekak telinga serigala.

Arga dan kaira tidak boleh berkahwin kerana jika mereka berdua berkahwin, mereka akan mati setelah genap 100 hari menjadi suami isteri. Itu adalah sumpahan yang dibuat oleh datuk moyang arga untuk manusia serigala yang ingin berkahwin dengan keturunan manusia biasa.

Adakah puri yang jahat itu mampu membunuh kaira? Bagaimanakah cara untuk menghilangkan sumpahan yang terjadi ke atas arga? Adakah arga dan kaira tetap akan berkahwin sedangkan mereka berdua tahu mereka bakal mati setelah genap 100 hari menjadi suami isteri?

Siap pun task 1 & 2. TunIndah

G2C- GIVE. GUIDE. CHALLENGEWhere stories live. Discover now