Epilog
Kaira bersama Arga membersihkan sekitar kubur yang tertera nama Lairida, Arubimo dan Puri. Tiga orang yang sangat bermakna dalam hidup Kaira. Walaupun Puri sangat jahat dengannya, dia tetap menyayangi Puri kerana baginya Puri adalah ibu kedua selepas ibu kandungnya.
Sebelum ayahnya meninggal, Puri sangat menyayanginya. Dia sering meluangkan masa bersama Puri namun setelah ayah meninggal, semuanya berubah. Dia sangat kecewa dengan perubahan puri.
"Sayang? Mari balik, sudah hampir senja." Kaira mendongak memandang suaminya yang sudah berdiri. Dia tersenyum dan turut berdiri.
"Ibu, ayah, makcik... Kaira dengan Arga minta diri dulu. Nanti Kaira dengan Arga datang lagi." Arga tersenyum mendengar kata-kata Kaira. Dia beruntung mempunyai isteri yang pemaaf. Dia mencapai tangan isterinya lalu digenggam.
Mereka berdua beriringan meninggalkan kubur yang khas untuk tiga orang yang bermakna dalam hidup Kaira. Kubur itu tidak jauh dari rumah mereka. Dulunya hidupnya tidak sebahagia sekarang.
Dengan adanya Arga, hidupnya penuh dengan rasa gembira. Arga yang sering mengusiknya membuatkan dia bahagia. Walaupun Arga hanya berkomunikasi dengannya menggunakan telepati. Dia sering berdoa supaya hubungan mereka kekal hingga ke akhir hayat dan dia juga akan cuba dan terus mencuba untuk membahagiakan suaminya itu.
*****
4 tahun kemudian...
"Kasih Aria! Reno Irfan! Mari sini sayang!" Jerit Arga dari jauh. Ye, Kasih Aria dan Reno Irfan adalah anaknya bersama Kaira. Sebut pasal Kaira... Kaira dah pun meninggal dunia setelah melahirkan Kasih Aria. Ratu rimba yang baru.
Kaira membuat perjanjian dengan roh sebelumnya. Dimana nyawanya akan diambil jika anak perempuannya lahir. Reno Irfan adalah anak sulung bagi mereka berdua.
Walaupun sudah setahun berlalu, Arga tetap merindui Kaira. Dia membuang pandang kearah Reno yang berusia 3 tahun berjalan mendekatinya manakala Kasih Aria merangkak. Maklumlah belum pandai berjalan.
"Yah..." panggil Reno. Arga tersenyum lalu ditarik Reno untuk duduk diatas ribanya. Reno tersengih-sengih melihat Aria yang masih merangkak mendekati mereka berdua.
"Ria lambat. Hehe." Tergelak kecil si Reno manakala Arga hanya senyum. Membesarkan dua anak tanpa kehadiran seorang ibu bukanlah kerja senang. Jadi ibu dan ayah dalam satu masa? Pening! Sudahlah Reno makin nakal dan Aria baru mahu belajar berjalan.
Tapi dia bersyukur kerana kehadiran dua cahaya mata itu membuatkan hari-harinya makin ceria. Kalau ikut kepala dia, dia hanya mahu terperap dalam bilik dan menangisi Kaira yang sudah meninggalkan dia buat selamanya. Dia sedar yang dia mempunyai tugas yang perlu digalas setelah isterinya meninggal dunia. Tugas mendidik, membesarkan dua orang anak.
Arga ketawa melihat Aria yang baru tiba dihadapannya. Bukan main lama lagi merangkak. Aria tersebik-sebik melihat Arga mentertawakannya. Reno sudah turun dari riba Arga lalu ditarik adiknya kedalam pelukan. Makin lebar sengihan Arga. Pandai pula si Reno ni pujuk Aria.
"Reno, Aria basuh tangan dalam bekas tu lepas tu kita makan. Ok?" Reno yang mendengar terus melepaskan pelukan lalu mendekati bekas membasuh tangan. Aria yang melihat kelakuan Reno turut mengikut abangnya.
Arga menyuap bubur ke mulut Aria manakala Reno makan sendiri walaupun makan bersepah. Dia mahu mengajar Reno berdikari kerana selepas ini Reno yang bakal menjaga Aria dan bukan dirinya lagi.
*****
10 tahun kemudian...
"Aria cepat!" Ditarik lengan adiknya lalu berlari.
"Abang! Ria penat!" Termengah-mengah Aria mencari nafas. Reno memandang sekeliling kawasan.
"Kita tak boleh berhenti dekat sini. Nanti orang tu jumpa kita. Kita kena menyorok." Aria memandang kearah pokok yang tinggi itu sebelum mengeluh.
'Andai saja boleh panjat pokok yang tinggi ini, pasti tidak perlu berlari lagi.' Habis saja Aria berbisik didalam hati, dua akar bersaiz besar mengangkat mereka berdua keatas pokok. Aria sudah menjerit ketakutan.
"Ria! Jangan menjerit!" Walaupun Reno terkejut namun dia tahu akar pokok itu tidak akan bergerak jika bukan Aria yang menggerakkan. Aria menggigil ketakutan apabila memandang kebawah. Tinggi gila!
Aria dan Reno melihat orang-orang yang mengejar mereka melintasi kawasan persembunyian mereka. Mereka berdua menarik nafas lega. Aria memandang Reno dan Reno memandang Aria.
"Macam mana nak turun bang?" Soal Aria sambil tersengih. Reno sudah menggeleng kepala melihat tingkah adiknya.
"Niat dalam hati Ria. Turunkan kita dalam keadaan selamat. Nanti akar ni turunkan kita. Faham?" Arah Reno. Aria terkebil-kebil.
"Boleh percaya ke ni bang?" Reno mengeluh. Aria masih tidak tahu yang dia tu ratu rimba.
"Buat sajalah! Banyak bunyi pula budak ni! Ria tu ratu rimba! Mestilah hutan ni dengar cakap Ria!" Aria terkejut. Reno menelan air liur.
'Ah sudah! Aku terlepas cakap!' Reno hanya menayang sengih.
"Ratu rimba? Ratu rimba tu apa bang?" Reno sudah menepuk dahi mendengar soalan Aria.
"Eee budak kecik ni... cepatlah suruh akar ni turunkan kita. Abang lapar ni! Kalau Ria yang masak kejap lagi tak apa juga." Aria hanya tersengih sebelum berbisik di dalam hati. Aria teruja melihat akar pokok bergerak menurunkan mereka berdua.
Mami TunIndah . Siap juga akhirnya 😂. Maaf kalau tidak menepati cita rasa mami 😅