Thantophobia 🌸 Chapter 11

17.7K 780 21
                                    

"Assalammualaikum dan selamat pagi semua. Rasa kekok pula first time nak buat video dekat Youtube. First of all, Far akan mengucapkam terima kasih kepada HaNNil kerana mensponsorkan channel Youtube Far sendiri. Jangan lupa subscribe. Far akan cuba kongsikan informasi-informasi yang berguna untuk korang.

Today topic ialah 'Nilofar is Back'.

Kenapa Far ambil topik ni sebab hari tu Far buat poll dekat insta dan ramai yang suruh Far beritahu kenapa Far kembali di dunia model ini semua. Jadi, Far dan Dian, my lovely PA dah kumpulkam soalan dari korang untuk jawab. So, wait and see.

First, 'Kak Far mencemburi bidang model dari umur berapa?'

Far jadi model masa umur 21 tahun. Selepas sahaja habis pantangkan Hana. So, kak Far dah lebih 5 tahun dah mencemburi bidang ni. Cuma hari tu senyap sekejap sebab mengandungkan Daffa dan Daffi.

Second question, 'Apa yang menyebabkan Nilofar masih mencemburi bidang ini walaupun dah berhijab?'

Bagi, Far tak salah untuk kita menjadikan model sebagai kerjaya. Cuma, kini Far dah berhijab. Ramai dah lahirnya model-model hijabista di Malaysia ni, cuma Far baru sahaja masuk dalam dunia hijabista lah. Tapi, bagi Far. Sama sahaja, tujuan model adalah untuk memperagakan rekaan dan karya tangan seseorang. Plus, minat.

Ok, soalan ketiga ni interesting. 'Tak takut ke kena kecam bila buat keputusan untuk kembali semula?'

Takut tu tak. Cuma risau tu ada. Risau apa apa pandangan dan penerimaan orang. Tapi, Far cuma doa kalau betul ada rezeki Far dekat dunia model ni, in sya Allah ada. Kalau tiada, Far redha dan Far akan cuba buat benda lain sebagai income. Kira Far punya comeback ni try market jelah dulu.

Soalan keempat, 'Kenapa youtube? Rancangan TV dah tak berminat ke untuk menemu bual Nilofar?'

Ini first time Far muncul di Youtube. Selalunya tengok orang je buat video dan share idea and thoughs diaorang. Benda yang baru, banyak Far kena belajar. Rancangan TV just jemput Far untuk menemu bual. Youtube tempat Far share my story and sedikit pasal dunia model bawah agensi HaNNil."

Habis sahaja sesi rakaman video untuk youtube. Aku berehat sekejap. Daffa dan Daffi sudah lena di dalam stroller.

"Far, manager HaNNil cakap kau memang kebabom. Suara sedap macam pembaca berita, rileks macam selalu buat video. Tapi..."

"Tapi, apa?"

"Tapi sayang..."

"Ish, kau ni. Bernyanyi pula."

"Tak adalah. Manager HaNNil suka sangat. Untuk lepas-lepas ni, HaNNil akan hantar topik yang kau akan share seminggu sebelum rakaman. Senang kalau kau ada nak buat research ke. Sebab lagi seronok kalau content tu dari kau sendiri, kira kau faham dan kau share pun orang faham."

"Baik, PA. Sis menurut perintah."

"Good. Jomlah, balik. Singgah makan dan rehat. Malam ni aku tidur rumah kau."

"Tapi, Dian seriuslah kau nak jual dekat aku rumah tu?"

"Aku dah cakap dengan papa. Papa setuju. Siap papa dah beli baru, ganti yang rumah kau duduk tu."

"Mak oi, kayanya."

"Papa lah, aku dah cakap tak payah. Dia cakap bagus juga kau beli rumah tu. Sebab dia nak bagi rumah bawah atas tanah je dekat aku. Senang kalau kahwin nanti. Anak ramai tak sempit duduk dalam kondo."

"Ada calon dah ke merisik?"

"Hell no. Papa bukan kaki rancang belakang-belakang. Lainlah, mama aku tu."

"Thanks, Dian. Aku terhutang banyak sangat dengan kau."

"Kau memang hutang dengan aku lagi. Duit rumah nak beli tu tak sampai dekat tangan mulus lembut aku ni." Kata Dian dengan lagak mengelus-ngelus tangannya.

"Menyampah. Jom." Ketawa kami berdua. Terhibur.

🌸🌸🌸

"Boss, cik Nilofar dah balik. Baru sahaja selesai rakaman untuk Youtube tu."

"Tak apa. Saya di Malaysia sekejap je. Petang ni nak balik semula ke Dubai."

"Ok. Ni rakamannya yang belum edit. Nanti dah edit saya akan inform boss. Oh ya, ini dokumen yang perlu boss tandatangan."

"Terima kasih, Amanda. Lepas ni, if saya lambat untuk datang ke Malaysia dan dokumen urgent sangat untuk saya tandatangan just email. Nanti, saya akan email balik yang saya dah sign."

"Baik, boss. Cik Nilofar minta pihak kita untuk menilai rekaan dia."

"Awak email pada saya rekaan dia. Nanti, saya akan hantar pada pereka-pereka yang saya kenal. If, rekaan dia lulus buat kontrak untuk kita lancarkan."

"Kira gandingan antara HaNNil dan Nilofar?"

"Yes, saya suggest. HaNNilofar Creations."

"Wow, baguslah boss. Bijak."

"Tengoklah boss siapa. Cadang je dulu dekat dia. Kalau dia cakap ok, just do it."

"Ok. Ni ada buah tangan dari Nilofar untuk semua. Alang-alang ada lebih rezeki boss."

"Apa ni?"

"Pudding diraja dengan kuih sagu."

"Dia buat sendiri?"

"Haah. Hebat sangat. Cantik, lawa, manis, sopan, baik, ibu-ibu dan paling penting. Masakan dia. MELETOP!"

"Amboi berbakul-bakul pujian. Saya gerak dulu. Assalammualaikum."

"Waalaikumussalam, boss. Nanti lain kali datang, bawa ole-ole dari Dubai." Rayhan geleng kepala keluar dari pejabatnya. Mulut peramah setiausahanya di HaNNil memang 'thumbs up'. Kadang sampai dia sendiri tak terlayan. Tapi, yang bagus Amanda ni. Dia bukan kaki gosip pejabat. Bukan makcik-makcik bawang yang bawa berita dari satu floor ke satu floor. Kalau berita yang sampai telinga dia, mesti dia pergi siasat juga perkara sebenar. Itu yang bagus sekali.

🌸End - Chapter 11🌸

Good night.

Aisy nak say thanks pada CKK Tiqa, one of CKK Kingdom's member and one of my readers. Sebab sudi designkan satu cover untuk Thantophobia. I love it. Simple and nice.

Please enjoy read this chapter.

Jangan lupa vote dan komen.

Love, CKK.

Love, CKK

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Thantophobia 🌸Where stories live. Discover now