Thantophobia 🌸 Chapter 44

18.7K 681 10
                                    

"DAFFA! DAFFI!" Hana menjerit. Irfan yang sedang mendukung isterinya menahan gelak. Apa lagi, Hana menepuk-nepuk dada Irfan kuat. Geram.

"Baby patut say thanks to them decor kan katil kita."

"Boleh lah kita rasmikan katil ni

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Boleh lah kita rasmikan katil ni." Tambah Irfan lagi. Hana hanya menjeling tajam suaminya. Mentang dia tak boleh bergerak banyak makin kuat Irfan menyakat.

"Pakcik tua jangan nak gatal sangat boleh tak?"

"Baby yang fikir jauh. Honey cuma kata nak rasmikan dengan baring. Hah, my wife fikir apa?" Irfan melagakan hidung dia dengan hidung Hana. Setiap kali Irfan bersikap romantik, Hana pasti akan membeku.

"You look so cute, baby." Irfan gelak besar.

"Stop teasing me, Irfan."

"Honey nak juga sakat baby." Irfan mencubit manja hidung Hana.

"Irfan, nak air." Pinta Hana.

"Sekejap. Honey turun ambil air. Nak apa-apa lagi?"

"Keropok? Potato chips ke?"

"Budak tak sihat tak boleh makan junk food. Honey bawa naik air je."

"Dah tu tanya tadkeieieieieii kenapa?"

"Manalah tahu incase ada barang baby tertinggal dekat bawah. Boleh honey tolong bawa kan naik atas."

"Tak ada." Dingin jawapan Hana. Protes sebab tak dapat apa yang dia nak. Irfan mencium dahi Hana sebelum turun ke bawah.

🌸🌸🌸

Tok! Tok!

"Masuk." Kata Hana apabila melihat dua kepala terjengul macam kura-kura.

"Nak apa?"

"Kak Hana cantik."

"Kak Hana comel."

"Kak Hana baik."

"Kak Hana manis."

"Kak Hana lawa."

"Kak Hana pandai."

"Dah, ni puji-puji nak apa?" Tanya Hana mematikan pujian dari mulut si kembar.

"Nak ambil hati kak Hana."

"Eh, mana boleh." Suara Irfan mencelah. Jejaka itu masuk dengan sedulang yang berisi jug air dan gelas.

"Kenapa pula?"

"Sebab hati kak Hana, abang Irfan yang punya."

"Tapi, kak Hana. Kakak Daffa dan Daffi."

"Mengaku pula kakak. Lepas tu, terima juga rasuah abang Irfan. Mana Xbox nya, seronok?" Kelat muka Daffa dan Daffi tak mampu disorok.

"Kami pulangkan balik kepada abang Irfan kalau itu yang boleh buat kak Hana happy." Daffi menunduk. Hana rasa nak pelankung je kepala adik kembar dia. Tak buat drama, tak sah. Ingat buat ayat simpati macam tu dia boleh telan ke.

"Meh sini." Hana memanggil Daffa dan Daffi supaya rapat. Irfan meletakkan dulang di meja lampu sisi katil. Punggungnya berlabuh di birai katil sambil memerhati Hana dan adik-adik iparnya.

"Kak Hana dah maafkan." Hana memeluk tubuh Daffa dan Daffi. Irfan tahu, semarah-marah Hana kepada kembar hanya kerana sayang seorang kakak kepada adik. "Abang Irfan sayang kak Hana. Berikan abang Irfan peluang." Bisik Daffi di telinga Hana. Manakala, Daffa. "Cepat-cepat bagi kami anak buah." Hana memukul bahu Daffa. Kebelakang adiknya yang seorang itu menggosok bahu. Pedih berbisa pukulan Hana.

"Padan muka."

"Get well soon. Rest. Kalau nak apa-apa minta dekat abang Irfan. Tak pun, panggil je Daffa atau Daffi. Kami ada dekat bilik main Xbox." Kata Daffi sebelum menutup pintu meninggalkan pasangan pengantin baru.

"Nah, air." Irfan menghulurkan segelas air.

"Terima kasih." Ucap Hana. Sedang Hana meneguk air dari gelas. Irfan menyelak baju Hana sedikit. Tersembur air dari mulut Hana. Basah wajah Irfan.

"Honey nak buat apa?" Tanya Hana tanpa sedar panggilan dia kepada Irfan berubah.

"Honey nak tengok luka baby. Nurse pesan, kena check selalu. Takut luka tu koyak."

"Beritahu dulu boleh kot. Ni ikut pakai dan je selak."

"Tengok sedikit pun kedekut." Irfan sepertinya merajuk. Hana terkebil-kebil mata melihat suami dia bangun tanpa menoleh masuk ke dalam bilik mandi. Irfan pula menyembunyikan senyum mendengar isteri dia memanggil nama dia dengan nada lembut "Irfan..."

Sebaik sahaja Irfan keluar dari bilik mandi, lelaki itu keluar dari bilik Hana. Hana tak sempat menahan langkah lelaki itu. Gadis itu merasa serba salah. Bukan salah dia pun. Kalau Irfan tak cakap mana dia tahu. Siapa je tak cuak bila lelaki selak baju kita walaupun sedikit. "Tapi, dia tu suami kau, Hana." Hana bercakap sendiri.

"Argh, serabutnya." Hana terus baring menarik selimut menutup kepalanya. Pergerakan dia agak kasar membuatkan tempat luka rasa pedih. Dia cuba pejam mata. 10 minit masih tidak boleh tidur. Gebar selimut dibuka sedikit.

"Daffa..." panggil Hana.

"Ya, kak Hana." Terjengul kepala Daffa di muka pintu sambil tersengih.

"Panggilkan abang Irfan boleh?"

"Dia tengah sibuk."

"Sibuk sangat ke?"

"Tak juga. Tengah lawan FIFA dengan Daffi dekat depan ni." Patutlah Daffa cepat je datang. Rupanya mereka main PS4 di depan bilik. Aras satu rumah daddy dan mummy dia mempunyai ruang besar apabila naik sahaja tangga. Bincang punya bincang, mereka menjadikan sudut tu untuk kami bermain permainan video.

"Tak apalah." Daffa mengangguk sebelum menutup pintu bilik kakaknya.

Tiba-tiba, pintu dibuka dari luar. Irfan naik atas tilam tanpa berkata apa-apa. Kepala Hana dibawa ke dadanya. Kemudian, tangan Hana pula dia tarik merangkul pinggangnya. Tidak sampai dua minit, Hana rasa matanya berat. Akhirnya dia terlelap berbantalkan dada seorang suami. Irfan menarik selimut menutupi tubuh kecil milik isterinya. "Gaduh-gaduh dengan honey pun, bila tidur cari kita. Manja." Kata Irfan. Hana tidak pernah lelah untuk buat dia tersenyum dan gelak. Dalam kata lain, dia menjadi dirinya yang sebenar apabila disisi gadis itu.

🌸End ~ Chapter 44🌸

Love terok dengan couple ni. Ke aisy je? Hehehe.

Jangan lupa vote dan komen.

Love, CKK.

Thantophobia 🌸Where stories live. Discover now