Thantophobia 🌸 Chapter 31

15.5K 663 13
                                    

Aku memeluk lengan Rayhan erat. Rasa gementar. "Sayang kenapa ni?"

"Nervous."

"Aik, selama ni abang tengok sayang naik pentas fesyen ternama sampai ke antarabangsa elok je."

"Itu sebab dah berlatih tapi yang ni tak. Abang lah tak bagi buat rehearsal."

"Of course. I want to surprise you. Tapi, abang beritahu awal-awal. Pelamin kita simple je. Cuma abang fokus pada juadah makan untuk tetamu, susunan meja dan goodies."

"Tak apa. Sayang faham. Lagipun, abang penat hulur hilir ke dewan sekejap ke rumah tengok sayang. Kesian suami sayang."

"Tak apa, nanti abang minta upah."

"Abang jangan nak gatal ya."

"Sayang yang fikir bukan-bukan. Abang nak upah sayang urut abang je."

"Mana ada."

"Dah tu kenapa muka merah macam udang bakar ni?"

"Abang."

"You look so beautiful with this dress."

"Thanks

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Thanks. You too looks so handsome. It makes my heart melt like an ice cream on hot weather."

"Delicious yummy ice cream?"

"Abang, dah. Hana dengan Irfan nampak kata apa pula."

"Ok, kita sambung dekat bilik."

Aku menepuk lembut bahu Rayhan. Dia ni kalau tak sakat aku sehari mesti tak boleh. Tapi, tak apa. Aku suka. Rasa bahagia.

"Hana mana, Irfan?"

"Dia tunggu dekat luar. Tak nak masuk sekali."

"Tak selesai lagi ke masalah kau dengan Hana?"

"Tak, bro. Sorry."

"Take your time."

"Jom. Kesian pula Hana dekat luar seorang."

Aku jalan seiring dengan Rayhan keluar dari bilik persiapan. Tidak tahu bilangan tetamu. Tapi, kata Rayhan ramai sebab aku ni popular. Padahal, dia pun dua kali lima. Entah-entah tiga kali ganda popular daripada aku.

"Hana."

"Mummy, daddy. Kenalkan, abang Ikram. Senior Hana dekat sekolah."

"Pakcik, makcik. Tahniah."

"Terima kasih. Jemput makan, Ikram."

"Tak apa. Nanti sahaja. Sebab Hana dah janji nak teman saya makan."

"Mana ada Hana janji nak teman abang Ikram makan."

"Dah, pergi jalankan tugas sebagai pengapit. Abang tunggu dekat dalam." Ikram mengenyitkan mata kepada puteri aku.

"Kawan? Atau lebih daripada kawan?"

"Senior, mummy. Senior."

"Tapi, dari tengok umur. Mummy tak rasa dia budak sekolah. Maybe budak universiti tak pun sudah bekerjaya."

"Ok, ok. Abang Ikram, umur 21, sedang belajar. Ijazah untuk jadi pengarah filem. Hana kenal waktu dia datang sekolah. Cikgu suruh Hana refer dia berkaitan dengan kelab fotografi di sekolah."

"Wow, maklumat yang tepat dan padat."

"Mummy..." Aku mengusap kepala Hana.

"Mummy gurau je. Tak sangka anak mummy tahun depan dah 16, kemudian 17. 17 pun dah boleh kahwin."

"No, mummy. Masih muda lagi. Banyak benda Hana nak capai."

"Alright. Anything daddy dan mummy support."

Aku masuk ke dalam dewan. Memang ramai tetamu yang hadi memeriahkan lagi majlis kami. Papa, papa dan mama Rayhan berada di satu meja berdekatan pentas. Daffa dan Daffi bertegas untuk jadi goodies boy. Kira mereka bertanggungjawab dalam memastikan semua tetamu dari budak kecil hinggalah warga emas tidak lupa diberikan hadiah atau buah tangan kerana sudi hadir.

Aku terkaku. Memang betul kata Rayhan. Pelamin simple. Tapi, bagi aku simple yang gah dan menarik.

 Tapi, bagi aku simple yang gah dan menarik

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Abang, cantik sangat pelamin."

"Are you sure?"

"Very sure."

"Jom, jumpa tetamu dulu. Baru kita naik pelamin untuk bergambar." Ya, kami tidak buat adat seperti tepung tawar, tabur beras, renjis air mawar dan sebagainya. Hal ini kerana, Rayhan lebih mengamalkan konsep biar penganti meraikan tetamu sekali bukan hanya tetamu meraikan hari kami.

Aku dapat berjumpa dan mengenali kawan-kawan, sahabat-sahabat, rakan kerja, klie, pekerja-pekerja serta anak-anak buah Rayhan. Alhamdulilah, semuanya peramah-peramah belaka. Siap ada yang sakat kenapa Rayhan menyorokkan isteri secantik aku. Waktu itu aku gelak sahaja kerana terhibur.

🌸🌸🌸

"Auch, apa ni uncle?"

"Siapa budak tu?"

"Kawan."

"Kawan? Ingat uncle ni bodoh ke?"

"Uncle tak nak percaya. Uncle punya pasal. Lepas. Hana nak makan."

"Makan dengan uncle."

"Tapi, Hana dah janji dengan abang Ikram."

"Stop calling him abang."

"Biarlah yang uncle nak kecoh pasal panggilan Hana kepada abang Ikram kenapa?"

"Makan dengan uncle."

"Habis kalau uncle makan dengan Hana. Siapa yang nak teman kekasih hati uncle?"

"Kekasih?"

"Itu." Hana muncungkan mulut kearah pintu masuk dewan. Lenggang lenggok cikgu Sabrina dengan kebaya hijau daun pisang. Macam nak menyertai pertandingan ratu kebaya pula apabila tengok kekasih uncle Irfan seorang ni.

Irfan tidak sempat tahan Hana dari berlalu pergi. Bagaimana pula si Sabrina ni boleh hadir ke majlis hari bahagia Rayhan dan Nilofar? Sepatutnya hari ni, dia nak selesaikan masalah dengan Hana dan habiskan masa gembira bersama gadis manis itu. Tapi malangnya, kehadiran jejaka yang entah datang dari mana ditambah pula Sabrina. Irfan tersepit.

🌸End - Chapter 31🌸

Ok, selamat malam. Dah mengantuk sangat dah ni.

Night, readers.

Jangan lupa vote dan komen.

Love, CKK.

Thantophobia 🌸Where stories live. Discover now