Thantophobia 🌸 Chapter 4

21.5K 1K 29
                                    

Berjalan di atas pentas bukanlah sesuatu perkara yang baru untuk aku. Tapi, malam ni gementar dia lain macam. Sempat aku intai  di bahagian depan. Barisan tetamu dari golongan ternama, artis-artis dan peminat koleksi butik Escandra memang memberi impak tinggi pada collection mama Dian kali ni.

"Are you ready?"

"Cuak do. Boleh tak ganti dengan siapa-siapa."

"Sejak bila model meletop Malaysia ni takut nak naik pentas."

"Buat pentas tu macam bapak kau punya. Be yourself, dear. Macam biasa, kalau Hana tak sampai depan kau escort dia. Supaya tak kekok."

"Ok, bos. No sure."

Muzik yang sedang dimainkan tanda giliran aku dan Hana naik pentas. "Hana, mummy dekat belakang. You can do it."

Hana menunjuk thumbs up. Aduhai, comelnya. Saat Hana pusing untuk patah balik ke belakang pentas, aku pula keluar meragakan salah satu pakaian koleksi terbaru.

Terkejut aku melihat Rayhan ada di dalam majlis dan dia duduk di meja VVIP bersama Irfan. Wajah cuba aku maniskan dengan melemparkan senyuman paling manis dan memikat buat tetamu yang hadir.

Terus aku ke belakang menukar pakaian yang lain. Sekali lagi untuk kali terakhir malam ni, aku memperagakan sendiri baju rekaan aku. Malangnya, semua ni atas nama Puan Sri Melissa.

Rayhan yang duduk di depan tadi sudah hilang bersama Irfan. Tidak tahu entah kemana. Tapi, aku bersyukur kerana sekurang-kurangnya aku tak perlu menghadap lagi dia. Lain tak lain, pasti Irfan yang merancang semua ni. Dasar lelaki tak makan saman dua orang tu.

Terkejut aku sekali lagi apabila Rayhan berdiri di depan aku saat turun dari tangga. Tangan yang dihulurnya aku gapai juga. Itu pun setelah lima minit aku memandang sahaja. "I don't like your smile."

Aku melemparkan senyuman yang lebih lebar dan memikat. "Look like I care? I don't even care."

"Look, who's here? Rayhan, bila balik Malaysia?"

"Aunty Melissa. How are you? Rayhan baru sampai, terus Irfan bawa datang sini dari KLIA."

"Irfan, kenapa paksa Rayhan? Tapi apa-apa pun, thanks sebab sudi datang majlis aunty."

"No problem. By the way, I love your collection. Very much. Lain dari yang lain."

"Thanks. Auw, Rayhan suka puji lebih-lebih. Far, come ikut mama sekejap."

"Tapi, Far nak bagi Hana makan sekejap."

"Now." Tegas mama Dian.

"Dian, tolong tengokkan Hana jap. Sayang, nanti mummy jumpa Hana balik yea." Kata aku kepada Dian dan Hana dalam masa yang sama. Tidak lupa untuk aku mengucup dahi Hana sebelum pergi.

🌸🌸🌸

"Kenalkan ni Amanda, anak Datin Nora."

Baguslah, aku jumpa balik perempuan yang mandikan aku dengan jus oren. Aku senyum. Walaupun, Amanda dah jeling aku macam nak telan.

"Mama cakap kau ni kawan Dian. Kau terhegeh-hegeh nak dekat Irfan. Betul ke?"

"Cik Amanda dah salah faham. Saya dengan Irfan tak ada apa-apa hubungan."

"Amanda akan dikenalkan sebagai pereka koleksi untuk malam ni."

"What? Wait. Mama tak boleh buat Nilofar macam ni. I don't mind kalau mama yang nak credit pada butik mama. Tapi, untuk Amanda. Orang luar. No way."

"Nilofar, aku sabar je selama ni. Kau tahu tak yang aku ni dah sakit telinga dengar kau panggil aku mama. Ini sebabkan anak aku, Dian yang suruh. Kalau ikutkan aku, nak je aku cili-cilikan mulut kau. Aku ni Puan Sri. You should call me Puan Sri not mama." Inilah sebenarnya belang Puan Sri Melissa yang orang luar tak tahu. Depan Dian, aku akan dianggap dan dilayan seperti anak sendiri. Tapi, dibelakang. Inilah hakikatnya.

"Tapi, Puan Sri. Rekaan ni, rekaan saya."

Aku terduduk di lantai. Puan Sri Melissa bersama Amanda terus berlalu pergi meninggalkan aku. Rayuan aku lansung diendahkannya.

🌸🌸🌸

"Nilofar, kau pergi mana? Mama dengan Amanda dari tadi dekat sini. Siap announce lagi. Kau tahu pasal ni?"

Aku angguk.

"Dan kau setuju?"

Aku geleng.

"Far, kau menangis ke?" Rayhan menarik lengan aku sebelum aku sempat menjawab soalan Dian.

"Hey, dear. Look at my eyes."

"Rayhan, stop it. Go away."

"Nilofar, listen carefully. Kali ni I balik Malaysia untuk tebus semua. Give me a chance."

"Kenapa semua nak peluang dari Far? Tapi, kenapa orang tak berikan Far peluang?"

"What do you mean by that, Nilofar?"

"Dian, aku nak balik dulu. Cakap dengan Puan Sri. I mean, you mum yang aku balik dulu."

"Hana, sayang. Anak mummy dah makan?"

"Belum? Why? Dian, kenapa Hana tak makan lagi?" Tanya aku kepada Dian apabila Hana menggeleng tanda masih belum makan.

"She waits for her mummy."

"Sorry, sayang. Let's go. Mummy belanja mashed potato KFC malam ni." Aku terus menolak tangan Rayhan. Lalu, Hana didukung dan dibawa keluar dari auditorium.

🌸🌸🌸

"Dian, we need explaination."

"I need explaination too."

"Of what?"

"Who is he?" Tanya Dian kepada abangnya. Jari ditunding kearah Rayhan.

"Rayhan."

"Adik tak akan beritahu apa-apa. Selagi apa yang abang cakap tadi tergantung. Adik bukan budak kecil yang senang diperbodohkan."

"Nama aku Rayhan. Kawan baik abang kau. Aku daddy Hana dan aku sayangkan Nilofar."

"Daddy? Means kau yang." Dia menekup mulutnya terkejut. Tidak sangka dia akan jumpa dengan bapa kandung Hana.

"Ok, now tell me. Kenapa Nilofar tadi?"

Dian memberitahu kepada Rayhan dan Irfan segala-galanya. Tentang rekaan Nilofar dan rancangan mama dia. Malah, berkaitan dengan pengumuman nama Amanda atas koleksi rekaan Nilofar tadi

🌸End - Chapter 4🌸

Selamat malam semua.

Jangan lupa vote dan komen tau.

Cerita ni tak best ke?

Love, CKK.

Thantophobia 🌸Where stories live. Discover now