Hilang

22 2 0
                                    

Maaf ku pinta,
Salam ku bawa.

Aku hilang setahun lamanya,
Berdiam diri dari hidupmu,
Bukannya aku sengaja,
Hanya itu pilihan yang perlu.

Ku tahan dan terus bertahan,
Melawan rasa dan juga luka,
Kau bahagia bila aku hilang,
Aku terseksa jiwa dan raga.

Saat hidupku dibadai duka,
Aku menghilang kerana dikau,
Ku tak mampu melihatmu derita,
Di saat aku meninggalkan dunia.

Takdir Tuhan yang Maha Esa,
Diberinya aku peluang kedua,
Tak mahu ku sia-siakannya,
Tapi 'kita' sudah tiada.

Entah ingat atau lupa,
Diri ini yang hilang tanpa berita,
Entah sedih atau gembira,
Di saat aku pergi tanpa bicara.

Adakah?
Bolehkah?
Mahukah?
Kau berikan aku,
Sahabat lamamu,
Ikatan persahabatan yang baru,
Antara kau dan aku?

Salam maaf, kasih dan rindu.
Buat si dia, peneman aku.

060318
Una

Sisa KehidupanWhere stories live. Discover now