Masuk je Aqil ke dalam bilik pengetua, seribu satu soalan menerjah fikirannya. Mana tak nya, dia melihat kekasihnya a.k.a cinta monyetnya Sarah dan ayahnya ada sekali dengan pengetua.
Sebaik sahaja dia melangkah masuk ke dalam bilik tu, tiba-tiba Encik Shahrul terlebih dahulu bersuara.
“Oh.. Kau lah budaknya? ”terjah Encik Shahrul sambil bangun dari kerusi.
“Maaf encik, ada apa ya? ”tanya Aqil keliru.
“Sabar Encik, Encik mohon duduk dulu ya, kita bincang”pujuk Cikgu Ahmad selaku pengetua mencuba untuk meredakan kebingitan.
“Macam mana boleh sabar Cikgu, anak saya perempuan. Budak ni dah buat anak saya hamil. Apa ingat anak saya tak ada maruah ke”marah Encik Shahrul.
“Macam ni Encik Shahrul, kita dengar dulu dari pihak yang lagi satu. Saya takut berita yang kita bincangkan tadi tak sahih”jelas Cikgu Ahmad.
“Cikgu.. Anak saya tak menipu tau. Berdasarkan apa yang kita dah bincang tadi, budak ni memang bermasalah kan. Tah tah bukan anak saya ja yang dia dah rosakkan”terang Encik Shahrul sambil nada suaranya direndahkan kembali dan mula duduk seakan terima apa yang dicadangkan oleh pengetua.
Mendengar kata-kata yang amat perit tu membuatkan Aqil mula marah. Sikap sopan yang diamalkan bila bercakap hadapan guru mula hilang.
Yelah mengikut fakta memang die pernah terlanjur dengan Sarah. Bukan sekali tetapi beberapa kali. Tapi tuduhan bahawa dia merosakkan maruah gadis-gadis lain yang mula membuatkan dia besuara.
“Pak Cik.. Saya tak tahu apa masalah Pak Cik, suka-suka tuduh saya rosakkan anak orang lain”keras Aqil bersuara.
“Jadi kau mengaku lah kau dah hamilkan anak aku”tengking Encik Shahrul. Dia kembali berdiri dan badannya dirapatkan ke badan Aqil yang kelihatan lebih sasa daripadanya.
“Memang saya ada tidur dengan dia, tapi saya tak tau pulak dia mengandung”akuan Aqil membangkitkan lagi kemarahan Encik Shahrul.
Pakkk..
Tangan Encik Shahrul laju menghinggap ke pipi Aqil. Berdesup sehingga bibir Aqil terpaksa mengeluarkan darah.
“Aku tau kenapa kau sanggup buat macam ni. Tah tah kau pun lahir secara haram”emosi Encik Shahrul kini menguasai kata-katanya.
Bokk..
Muka Encik Shahrul dihinggapi penumbuk Aqil. Bagi Aqil menumbuk muka orang dah menjadi suatu kebiasaan baginya. Iya lah mewarisi kekerasan ayahnya yang merupakan bekas anggota tentera.
Tapi inilah pertama kalinya dia menumbuk muka orang yang dah separuh abad umurnya.
"Pak Cik tak ada hak nak sebut hal peribadi saya, By the way Pak Cik jangan asyik nak nampak salah orang je. Kalau saya saja yang bersalah benda ni tak jadi lah”bentak Aqil
Aqil berkata dengan penuh kegeraman lalu meninggalkan Encik Shahrul yang terbaring akibat tak dapat menampung kekerasan buku lima Aqil.
Cikgu Ahmad dan Sarah hanya diam terpaku. Mungkin sebab terkejut dengan drama yang berlaku depan mata sebentar tadi.
******************************************
YOU ARE READING
Hijrah Aqil
RandomAqil seorang anak muda yang berumur 17 tahun menghadapi dua sisi kehidupan yang berbeza. Dididik supaya berpegang teguh dengan agama sejak kecil oleh kedua orang tuanya. Dihantar ke pondok tahfiz dan ke sekolah agama. Tetapi itu bukan alasan dia bo...