Aqil akhirnya lulus mata pelajaran tambahan yang dia ambil dan cemerlang dalam bahasa Arab.
Maka bermulalah perjuangan Aqil. Walaupun dosa lamanya masih meninggalkan parut, dia masih tabah menghadapi.
Dia diizikan untuk sambung kelas aliran agama. Dia berusaha bersungguh-sungguh supaya result SPM nanti melayakkan dia untuk menyambung pengajian di Al-Azhar.
Aisyah juga berhasrat ke sana, tetapi dia memilih untuk sambung di salam negara atas nasihat keluarganya. Keluarga Aisyah berat hati untuk melepaskan anaknya itu untuk ke luar negara. Lagi-lagi perempuan.
Walaupun wasilah mereka berbeza tetapi niat dan perjuangan mereka sama. Begitulah perjuangan orang yang mendokong agama.
Ke mana saja mereka pergi, yang penting adalah menyambung legasi dakwan nabi walaupun satu ayat.
Dan bagi kita, janganlah mudah menghukum seseorang dan merendahkan mereka. Kerana Allah lebih dekat dengan orang berdosa berbanding orang yang sombong.
Semoga kisag Aqil memberi pengajaran kepada kita. Bab perasaan, simpan dulu baik-baik sebab masih jauh lagi perjalanan seseorang tu.
Sekian.
***********************************
YOU ARE READING
Hijrah Aqil
RandomAqil seorang anak muda yang berumur 17 tahun menghadapi dua sisi kehidupan yang berbeza. Dididik supaya berpegang teguh dengan agama sejak kecil oleh kedua orang tuanya. Dihantar ke pondok tahfiz dan ke sekolah agama. Tetapi itu bukan alasan dia bo...