Surau Taman Amalina memang meriah dengan jemaahnya. Terutama waktu maghrib dan isya'. Sekali-kali diadakan pengajian berkitab di antara waktu itu.
Selesai saja solat isya', jemaah pun saling bersalaman dan berbalas salam. Inilah waktu yang sesuai nak eratkan tali ukhuwah sesama penduduk taman.
Seperti biasa Azrul yang menjadi jemaah setia surau itu akan berjumpa dengan ustaz Firdaus. Baginya Ustaz Firdaus dag macam abangnya.
Iyalah tempat kerja pun sama. Cuma Ustaz Firdaus lebih senior darinya. Perwatakan wara' Ustaz Firdaus sudah tentu membuat orang hormat padanya.
“Assalamualaikum abang. Sihat? ”sapa Azrul.
“Waalaikumsalam. Alhamdulillah kheir”
“wa anta? ”balas Ustaz Firdaus.
“Alhamdulillah, sihat bang”jawab Azrul.
“Eh.. Ana nak tanya ni. Kawan adik kamu tu duduk mana? Semalam tak sempat nak tanya? ”tanya Ustaz Firdaus.
“Kawan Aisyah ke? Yang mana ye? ”tanya Azrul.
“Ye kawan Aisyah lah. Aqil tak silap ana lh”jelas Ustaz Firdaus.
“Kalau kawan lelaki saya tak tau pun. Dia tak cerita apa-apa pun”balas Azrul.
***********************************
“Assalamualaikum”Azrul.
“Walaikumsalam. Lambat angah balik hari ni. Ada program ke kat surau?”tanya Aisyah.
“Tak ada pun. Abang borak dengan Ustaz Firdaus tadi”
“Abi ngan ummi mana?”tanya Azrul.
“Abi ngan Ummi dah tidur dah. Adik pun dah ngantuk tapi nak siap kan kerja sekolah ni dulu. Tak nak tangguh”balas Aisyah.
“Oh..”
“Adik, angah nak tanya ni”kata Azrul.
“Tanya apa? Mengada lah angah ni. Nak tanya pun kena tanya. Hi hi..”Aisyah tergelak kecil.
“Erm.. Angah tak tau pun pasal Aqil. Adik tak cerita pun”
“Adik rapat ke dengan dia”soal Azrul.
Aisyah terkejut. Sememangnya dia jarang berahsia dengan abangnya itu. Tetapi tidak tentang Aqil.
Soalan tu menyebabkan dia terdiam sementara.
“Ustaz Firdaus ada cerita. Dia kata Adik nak tolong Aqil”
“Abang tak marah. Niat tu betul. Tapi boleh abang tau kenapa Adik nak tolong dia ye?”sambung Azrul.
“Adik kesian dengan nasib dia je. Tak ada sebab lain pun”jawab Aisyah.
Sebenarnya tanpa sedar Aisyah ada simpan perasaan dekat Aqil. Sebelum ini di maahad tempat Aisyah semua perempuan.
Tapi bila masuk sekolah yang bercampur lelaki dan perempuan dia terkena kejutan budaya. Lagi-lagi Aqil je yang berani bercakap dengan dia.
Inilah dikatakan fitrah. Tetapi Aisyah masih meletakkan fitrah itu setempat yang betul. Dia takut fitrah itulah yang akan merosakkan nilai agama yang dipelajari selama ini.
“Oh.. Bagus lah tu”
“Angah harap tak lebih lah daripada tu”kata Azrul.
“Maksud angah? ”soal Aisyah.
“Maksud angah, jangan lah disebabkan Adik ada apa-apa hati dekat dia ke. Bukan dia tak baik. Tapi Aduk kena ingat, adik tu kan masih belajar”lembut Azrul menasihati adiknya itu.
“Eh.. Tak ada lah angah. Adik tak terfikir pun semua tu. Adik masih menjaga batas lagi. Adik pun takut dilalaikan oleh cinta bukan dari Allah”balas Aisyah menyembunyikan isi hatinya.
Rasanya inilah sebabnya Aisyah merahsiakan perkara ni. Baginya susah seorang abang nak memahami isi hatinya itu.
Lebih baik dirahsiakan saja. Biarlah Allah saja yang mendengar luahan hati hambanya. Kerana Allah lah yang maha mengetahui baik dab buruk perjalanan hambanya.
***********************************
YOU ARE READING
Hijrah Aqil
RandomAqil seorang anak muda yang berumur 17 tahun menghadapi dua sisi kehidupan yang berbeza. Dididik supaya berpegang teguh dengan agama sejak kecil oleh kedua orang tuanya. Dihantar ke pondok tahfiz dan ke sekolah agama. Tetapi itu bukan alasan dia bo...