“Okay class, ingat esok saya nak tengok semua siap homework yang saya bagi. Assalamualaikum”kata teacher Zarina menghabiskan sesi persekolahan pada hari ini.
“Waalaikumsalam”jawab pelajar 5 Optimis serentak.
Hari ini Aisyah diminta untuk berjumpa dengan Cikgu Hana selepas tamat sesi persekolahan. Aisyah perlu melengkapkan butiran-butiran dirinya.
“Aisyah, kau kena jumpa Cikgu Hana kan lepas ni? ”tanya Natasha.
“Ha'ah.. Nak lengkapkan maklumat diri. Kenapa? ”Aisyah kembali mengajukan soalan.
“Ehh.. Tak ada apa. Kalau kau nak aku teman boleh je”kata Natasha.
“Boleh jugak. Jom.. ”ajak Aisyah.
Mereka segera bergerak untuk keluar kelas tetapi tiba-tiba dihalang oleh Aqil.
“Assalamualaikum ustazah, sihat? ”usik Aqil.
“Erm.. Kitorang nak jumpa Cikgu Hana lah”jelas Natasha.
“Sibuk jelah dia ni. Aqil tak tanya kau pun”sampuk Zack
“Tulah perasan.. Ha ha.. ”Wan menyambung.
Itulah kawan sejati namanya. Di mana ada Aqil di situ adanya dua hantu ni. Yelah orang kata 'susah sama-sama, senang pun sama-sama'.
“Betul tu.. Haha”
“Jadi ustazah, taknaj jawab salam saya ke? ”tanya Aqil.
“Awak, saya dah lambat ni”ringkas jawapan Aisyah.
Sebenarnya Aisyah malu dan tak selesa bila becakap dengan bukan mahramnya. Lagi-lagi di hadapan orang. Pelajar-pelajar lain hanya melihat, tetapi anggap itu perkara biasa. Yelah Aqil kan.
“Uish.. Sombong”herdik Aqil.
Aisyah terus pergi meninggalkan tiga serangkai itu. Baginya jika terus dilayan, naik lemak nanti.
*******************************************
“Assalamualaikum cikgu”sopan Aisyah menyapa Cikgu Hana.
“Waalaikumsalam. Oh.. Aisyah”
“Ha kamu cepat isi maklumat kamu ni. Lengkapkan yang mana kosong”arah Cikgu Hana.
“Baik cikgu”sambut Aisyah.
Sambil menulis maklumat-maklumat yang perlu diisi, Cikgu Hana sempat bertanya.
“Aisyah, Aqil ada ganggu kamu ke hari ni? ”tanya Cikgu Hana.
“Erm.. Tak ada cikgu. Kenapa ya? ”Aisyah cuba menyembunyikan hal tadi.
“Tak ada lah. Dia tu nakal sikit. Tapi cikgu rasa dia tu baik orangnya”jelas Cikgu Hana.
“Oh.. Tapi saya dengar dia ada banyak buat kes kan cikgu”Aisyah memberanikan diri untuk bertanya.
“Itu lah. Dia kurang perhatian mak ayah dia kot. Sebab dia anak yatim. Lepastu mak dia pula sakit”terang Cikgu Hana.
“Itu saya ada dengar juga. Tapi dia baru tahun lepas pindah sini kan cikgu? ”tanya Aisyah.
“Ha'ah.. Walaupun masuk sekolah ni baru tahun lepas, satu sekolah dah kenal dia. Yelah awal-awal masuk dah buat hal. Tapi cikgu tengok dia dulu sekolah agama juga. Tapi tak tau sebab apa dia pindah”jelas Cikgu Hana.
“Yeke cikgu? ”Aisyah sedikit terkejut.
“Ha'ah.. Kenapa? Tak gaya pelajar sekolah agama ke? ”tanya Cikgu Hana.
“Hi hi.. Sikit lah”balas Aisyah.
“Okaylah cikgu, dah siap dah”
“Saya balik dulu ya”kata Aisyah sambil melontarkan senyuman.
“Oh.. Okay. Cikgu pun dah lambat ni”balas Cikgu Hana.
“Assalamualaikum”
“Waalaikumsalam”
*******************************************
YOU ARE READING
Hijrah Aqil
AcakAqil seorang anak muda yang berumur 17 tahun menghadapi dua sisi kehidupan yang berbeza. Dididik supaya berpegang teguh dengan agama sejak kecil oleh kedua orang tuanya. Dihantar ke pondok tahfiz dan ke sekolah agama. Tetapi itu bukan alasan dia bo...