BAB 12

184 13 0
                                    

Genap 5 hari kelas 5 Optimis tak nampak kehadiran Aqil. Aqil diberikan cuti sementara oleh pihak sekolah.

Masa terakhir kelas hari ni adalah masa Cikgu Hana mengajar kelas itu. Cikgu Hana mengambil peluang untuk membuat sedikit makluman untuk mengakhiri kelas pada hari itu.

“Baik murid-murid, In Shaa Allah esok cikgu nak pergi melawat Aqil di rumahnya. Jadi cikgu nak ajak lah kamu semua join sekali”kata Cikgu Hana.

“Kita melawat dia buat apa je cikgu? ”tanya salah seorang pelajar.

“Kita melawat lah. Kita datang dan kita bawalah sedikit sumbangan ikhlas masing-masing. Semalam kan ada buat kutiman derma, duit tu kita serah esok juga”terang Cikgu Hana.

“Bagus juga tu”sokong Wan.

“Ha'ah.. Kita kan kawan satu kelas. Kene saling membantu kan cikgu? ”kata Zack pula.

“Saya rasa kita tak payah melawat kot cikgu. Kita hulur bantuan pun dah cukup. Biar dia sedar sikit”luah Aina.

Aina adalah antara pelajar perempuan kelas itu yang sering dibuli oleh Aqil. Disebabkan badannya yang gempal, dia selalu diejek.

Mungkin itu alasan utamanya menolak rasanya.

“Eh Aina.. Tak baik cakap macam tu. Dia susah kita tolong. Mana tau suatu hari Allah letakkan kita di tempat dia, macam mana? ”

“Kita doa je supaya dia insaf”nasihat Cikgu Hana.

Aina hanya tertunduk malu. Dia berharap agar ada orang yang akan menyokong tindakannya itu.

“Tulah.. Tak baik tau. Hi hi.. ”herdik Wan.

“Padan muka”Zack berkata dengan nada yang perlahan.

“Okaylah siapa yang nak join esok boleh tunggu sekejap lepas ni”arah Cikgu Hana.

***********************************

Pagi-pagi lagi 10 orang pelajar dan Cikgu Hana sudah berkumpul di kawasan apartment tempat tinggal Aqil. Seperti yang sudah dirancang, mereka akan berkumpul di kawasan itu seawal jam 8 pagi dan Aqil sudah maklum dengan hal ini.

Aisyah juga tidak terlepas dari melibatkan diri. Baginya itulah peluang untuk dia kenal lagi sahabatnya itu. Selain itu turut hadir Zack, Wan dan Natasya.

Tepat saja jan 8:30 pagi, mereka semua mula bergerak menaiki tangga untuk ke tingkat 3 block itu. Keriuhan mereka menauki tangga didengari oleh Aqil yang sedia menunggu di depan rumahnya untuk menyambut tetamu.

“Assalamualaikum Aqil, sihat”Cikgu Hana mula menyapa.

“Waalaikumsalam, sihat cikgu. Ramainya datang”kata Aqil sambil bibirnya mengukirkan senyuman.

“Alhamdulillah kami sebelas orang semuanya. Ni kami ada bawa sedikit juadah”terang cikgu Hana.

“Jemputlah masuk. Maaf lah rumah kecil sikit”Aqil menjemput masuk tetamu-tetamunya.

Majlis berjalan dengan baik sekali. Walaupun ringkas tapi cukup memberi kesan kepada orang yang yang diziarahi. Bagi mereka itu adalah satu penghargaan buat mereka.

Aqil walaupun nakal tapi pemikirannya sedikit matang. Masih mampu menghormati orang lain. Mungkin bekalan semasa belajar agama dulu masih berbaki.

Aisyah walaupun diam sejak tadi, matanya fokus melihat gerak geri Aqil. Satu kata yang membuatkan dia tertarik adalah bila Aqil kata “Orang kata, cukuplah mati menjadi nasihat. Tapi aku masih perlu masa lagi kut nak bersihkan hati yang dah lama hitam ni”.

Bagi Aisyah, kata-kata tu hanya akan keluar daripada mulut orang yang memahami hakikat dosa yang sebenar.

***********************************

Habis sudah majlis pada hari ini. Sorang-sorang mengucapkan salam takziah dan balik. Aisyah dan Natasha menjadi orang terakhir.

“Aisyah kau balik dulu lah tak yah tunggu aku. Aku ada hal nak bincang dengan Aqil”kata Natasha sambil dia dan Aisyah perlahan berjalan ke arah tangga.

“Oh.. Okaylah kalau macam tu”Aisyah akur.

Perlahan-lahan Aisyah berjalan ke arah tangga dan berdiri di sudut tangga untuk mengintip Natasha. Dia nampak Natasha patah balik dan mengetuk pintu rumah Aqil.

Lama Aisyah menunggu. Dia hanya melihat Natasha ralik berbual dengan Aqil. Tiba-tiba matanya mula kembali fokus kerana melihat Natasha masuk ke dalam rumah Aqil.

‘Ish.. Takutlah tengok lama-lama. Nanti aku tersalah sangka pulak’ bisik hati Aisyah cuba berbaik sangka.

***********************************

Hijrah AqilWhere stories live. Discover now