CHAPTER 1

27 0 0
                                    

Di sebuah acara kemunculan semula sebuah idola yang sangat digilai oleh ramai orang pada masa ini..Sebuah acara yang hanya akan menampilkan idola kesayangan mereka.Konsert yang tiada bandingnya bagi mencipta sebuah memori indah di benak para peminat yang digelar sebagai ARMY..Teriakan menggema memanggil sang idola agar memulakan acara mereka.. Meminta idola kesayangan mereka agar segera memunculkan diri di hadapan mereka..Beribu pasang mata menatap pentas dengan sorot mata yang penuh akan harapan..Senyuman serta sorakan yang memanggil satu persatu ahli idola mereka terdengar penuh dengan keterujaan.

"BTS!BTS!BTS!BTS!"

"KIM NAMJOON,KIM SEOKJIN,MIN YOONGI,JUNG HOSEOK,JUNG JIMIN,KIM TAEHYUNG,JEON JUNGKOOK,BTS.."

"..KIM NAMJOON,KIM SEOKJIN,MIN YOONGI,JUNG HOSEOK,JUNG JIMIN,KIM TAEHYUNG,JEON JUNGKOOK..BTS!!!!WOAHH~"

Sebaik sahaja nama-nama itu dilaungkan oleh para peminat,pentas mula gelap dan diiringi dengan muzik DNA..Maka,bunga api mula menyinari pentas dengan kehadiran ahli idola yang ditunggu-tunggu oleh mereka.Siapa lagi jika bukan idola k-pop yang semaki terkenal pada masa ini..Merekalah BTS!!!Para Army langsung bersorak dan berteriak kegirangan apabila melihat idola mereka telahpun keluar,memenuhi pentas dengan suara merdu dan lenggok tari yang memukau mata mereka.Ketampanan setiap ahli BTS terserlah dihadapan mereka..

Sorakan!Teriakan!Sahutan..semuanya diberikan oleh ARMY semata-mata untuk memberikan sokongan kepada idola mereka yang tercinta..Sesekali mereka menyahut nyanyian yang dinyanyikan oleh anggota BTS..Senyuman tiada henti menghiasi wajah setiap para peminat BTS.Mereka begitu kagum dengan pesona BTS..Terkarang mereka menjerit apabila melihat idola mereka melakukan aksi manis di atas pentas.Sungguh mereka amat menyayangi idola mereka yang satu ini..

Sehabis sahaja konsert,ketujuh-tujuh jejaka tampan BTS sedang duduk berbual di dalam bilik persalinan mereka sambil melepaskan lelah setelah menghibur para peminat kesayangan mereka.Sambil bergurau senda,ketujuh ahli BTS ini tiada henti meluahkan perasaan senang mereka terhadap konsert pada kali ini.Melelahkan memang!Tetapi,itu terbayarkan dengan kehadiran ARMY yang tiada henti menyokong mereka..

"BTS..saatnya untuk bersiap-siap!Kita akan pulang semula ke dorm!Kamu semua perlu berehat dengan baik sebelum persembahan yang seterusnya!"arah Pengurus kepada BTS.

"Dae,manager-nim!"sahut ahli yang paling tua dalam BTS,Kim Seokjin.

"Esok kita akan buat apa pulak,manager-nim?"tanya ketua kepada BTS,Kim Namjoon atau lebih dikenali sebagai Rapmon.

"Besok kamu semua ada sesi pertemuan dengan para peminat di Busan!Jadi,saya harap kamu semua persiapkan diri,esok!"jawab sang Pengurus.

"Dae~"sahut BTS seraya bersiap-siap untuk pulang ke dorm.

Maka,para ahli BTS langsung kembali ke dorm setelah dihantar oleh Pengurus mereka sendiri. Jujur mereka rasakan bahawa mereka agak lelah setelah melakukan konsert kemunculan semula semalam tiga jam bersama peminat di Gangnam.Disebabkan itulah,sebaik sahaja mereka sampai dekat dorm,para ahli BTS langsung mencari katil untuk tidur tanpa berniat membersihkan diri terlebih dahulu.

°°°°

Pada pagi yang indah,disaat matahari mula menunjukkan cahayanya..ahli BTS satu persatu mula bangun daripada tidur.Orang pertama yang mula bangun daripada tidur adalah Jin yang disusuli oleh Rapmon.Jin tanpa mandi dahulu sudahpun ke dapur untuk menyiapkan sarapan pagi untuk ahli BTS yang muda.

"Hyung!"seru Rapmon yang baru ingin masuk bilik air dengan berus gigi di mulutnya.

"Nae?'sahut Jin dengan membawa beberapa bahan keluar daripada peti sejuk.

"Hyung tak nak mandi dulu,ke?"tanya Rapmon dengan mulut yang penuh akan buih ubat giginya.

"Yah!Kalau nak bercakap..pergilah berkumur dulu!Jangan bercakap bila sedang gosok gigi! Kamu buat hyung gelilah!"omel Jin.

"Hehehehehe..mian!"cengir Rapmon.

"Hah~hyung nak masak dulu!Sebaiknya,kamu masuk mandi dulu!"ujar Jin seraya menghela nafas.

"Nae,nae!Hyung cerewet!"sindir Rapmon seraya masuk ke dalam bilik air dengan segera sebelum ahli tertuanya mengamuk.

"Yash!!Kamu memang nak kenakan Namjoon!"marah Jin tatkala diusik begitu sekali oleh sang leader BTS tersebut.

"Apa yang bising-bising ni,hyung?"tanya ahli termuda BTS iaitu Jeon Jungkook seraya menggosok-gosok kelopak mata kanannya dengan gaya kebudak-budakan.

"Aniya!Rapmon sengaja cari pasal pagi-pagi ni.."jelas Jin seraya menyibukkan diri dengan peralatan memasaknya.

"Hoam~hyung tak penat ke masak pagi-pagi ni?"tanya Jungkook dengan mata yang kuyu akibat mengantuk..*bayangkan maknae BTS ni dengan wajah unyu-unyu sebab baru bangun tidur.. uhg~comelnya~readers boleh bayangkan tak?XD*

"Hurrmm..penat jugak!Tetapi,nanti kita ada pertemuan dengan peminatkan..Busan lagi tu!So, kita kenalah makan untuk isi tenaga.."ujar Jin seraya mencubit pipi kanan Jungkook.

"Buatkan Jungkook coklat panas hyung!"pinta Jungkook dengan nada manja.

"Hahahahaha..arrasso,arrasso~Haish..sejak bila pulaklah maknae BTS ni jadi manja ye~"tawa Jin apabila melihat perangai ahli termudanya itu.

"Hmm.."gumam Jungkook seraya menelungkupkan wajahnya di celah-celah lipatan tangannya di atas meja lalu mula tertidur kembali.

Jin hanya tersenyum maklum apabila melihat kelakuan ahli termuda BTS itu.Sungguh dia sedar bahawa sudah seminggu ini jadual BTS benar-benar padat sehingga menyita waktu mereka untuk berehat..bahkan masa makan mereka juga terganggu.Tapi,apalah yang disungutkan lagi.. Itu memang dah kerjaya mereka sebagai artis.Maka,mereka perlu memenuhi segala jadual yang telah ditetapkan.Tambahan pula,merekakan idola yang semakin naik daun pada masa sekarang. Jadi perlulah berusaha dengan lebih extra lagi..

"SELAMAT MAKAN~"ucap ahli BTS yang telah selesai bersiap.

Semuanya berkumpul untuk makan sarapan yang telah dibuatkan oleh abang tertua mereka iaitu Kin Seokjin.Sungguh mereka berasa bertuah apabila dalam kalangan mereka ada yang suka memasak.Jadi,mereka tidak perlu membeli makanan bungkus untuk makan di waktu pagi.

"Hyung!"seru Kim Taehyung atau dikenali sebagai V kepada ahli-ahli tertua di BTS.

"Wae?"sahut Min Yoongi yang lebih dikenali sebagai Suga.

"Apa hyung semua dah tahu kalau patung chibi yang berwajahkan kita semua akan dipasarkan tak lama lagi?"tanya Taehyung.

"Dah!Tak silap hyung..kita akan bersama-sama mempromosikan patung-patung itu di dalam iklan!Dan tak silap hyung juga..malam ni,sampel patung tu akan dihantar ke dorm kita untuk kita lihat-lihat dulu sebelum dipromosikan..Skrip pun akan dihantar bersama patung-patung tu!"jawab Rapmon.

"Woah~tak sabar rasanya nak pasarkan patung-patung tu!"sorak Taehyung.

"Urrmm..kita akan dapat juga ke patung-patung yang berparaskan kita tu hyung?"tanya Jimin.

"Mungkin!"jawab Jung Hoseok atau lebih dikenali sebagai J-hope yang sedang melahap sarapan miliknya.

"Yang penting..patung hyung kenalah pink!"celah Jin seraya tersengih.

"Buuu..."ejek mereka semua ke arah Jin.

"Yah!Asal kamu semua buu dekat hyung hah!"bentak Jin dengan wajah yang memerah tanda kesal.

"Hyung tu..tak habis-habis dengan pink!Karang Taehyung cat hyung jadi pink baru tahu.." sungut Taehyung.

"Khukhukhukhu..idea yang bagus tu,Taehyung-ahh~"kikik Jimin.

"Nanti kita beli cat warna pink..lepas tu simbah dekat Jin hyung!"cadang Suga yang turut serta mengusik abang tertua BTS itu.

"Cih,kamu semua ni..TERUK!!!!"teriak Jin lalu menyerang ahli-ahli termudanya itu.

"HAHAHAHAHAHA.."

Ahli BTS yang langsung berhamburan lari daripada amukan sang abang tertua.Sungguh pagi itu menjadi pagi yang sangat riuh di dorm BTS kerana ahli-ahli termuda BTS begitu seronok untuk mengusik Seokjin.Ya,itulah masa-masa yang mereka ada untuk bergurau senda antara satu sama lain.Bukan sahaja di atas pentas,tetapi,juga di dorm mereka..Maka,selepas keriuhan itu, BTS pun berangkat ke Busan untuk pertemuan sesama peminat..


Seven Doll is BTSWhere stories live. Discover now