CHAPTER 6

18 1 0
                                    

"Jadi?Apa betul berita ni?"tanya Hyemi seraya meletakkan telefon pintarnya di hadapan Bts yang sedang duduk berehat di sofa.

Sudah seminggu berlalu dan dalam masa itu jugalah ahli Bts genap seminggu berada di rumah Hyemi.Mereka melalui hidup sebagai patung dan tetap berkelakuan biasa.Hyemi juga tetap dingin seperti biasa seperti sekarang ini..wajahnya tetap tidak menampilkan sebarang senyuman sedikitpun.Ahli Bts hanya melihat paparan berita yang terpampang di laman skrin telefon pintar milik Hyemi.Di sana terpampanglah berita tentang kehilangan Bts yang telah mengejutkan seluruh dunia.

"Woah~nampaknya manager-nim dah sedar akan kehilangan kita!"sorak Jimin dengan teruja.

"Tapi..kenapa kita dikatakan kemungkinan diculik oleh sasaeng?"fikir Suga.

"Hah~tentu sahaja mereka akan lakukan macam tu..Biasanya kalau artis tu hilang..memang puncanya adalah sasaeng!Dan ada juga atas dasar yang lain.."ujar Rapmon.

"Hah~army semua sedih akan kehilangan kita.."desah Taehyung yang begitu risau akan keadaan peminat mereka.

"Tenang jelah!Kita kena atasi semua ini dalam masa sebulan!"ujar Jin.

Ahli Bts duduk sambil berfikir akan nasib mereka.Pada masa yang sama mereka mengeluh akan nasib yang diterima.Hyemi hanya duduk di atas lantai sambil dagunya diletakkan di atas sofa, tempat Bts sedang duduk.Dia meneliti satu-persatu reaksi patung-patung Bts yang tampak suram tersebut.Sedikit rasa kasihan,serba salah,dan kurang percaya akan apa yang dah jadi sebenarnya pada masa ini.Namun,apabila melihat kesedihan ahli Bts dan berita tentang kehilangan ahli Bts telah meyakinkan dirinya bahawa apa yang dikatakan oleh mereka adalah benar belaka.

"Siapa nak keluar?"tanya Hyemi.

"Mwo?"ucap Bts dengan wajah bingung.

Dan entah mengapa wajah itu terlihat sangat comel di mata Hyemi.Pada hakikatnya,Bts dalam versi anak patung terlihat sangat manis dan Hyemi juga seorang gadis.Tentu sahaja dia dengan mudah jatuh hati pada sesuatu yang comel dan manis,terutama anak patung.Maka,tanpa berlengah lagi,Hyemi membawa mereka di dalam dakapannya lalu lalu masuk ke dalam bilik.

"Hey,kamu buat apa ni?"tanya Jungkook dengan nada bingung.

"Hn!Nak bersiaplah!"jawab Hyemi dengan nada acuh tak acuh.

"Nak ke mana?"tanya Rapmon.

"Tak nak keluar ke?Lagipun,saya tak suka tengok wajah menyedihkan korang!"ujar Hyemi seraya masuk ke dalam bilik air dan meninggalkan ahli Bts yang nampak tercengang di atas katil.

"....."

"....."

"Hu-um..pfftt..Aaaa~kyeo-wo.."ucap Jin seraya menahan tawanya.

"Tengoklah tu..walaupun dirinya macam tu..tetapi Hyemi tu tetap ambil berat akan perasaan orang lain..Macam sekarang ni!Dia tahu kalau kita sedih..dia terus nak bawa kita keluar!"ujar Suga.

"Nae..dia memang baik!Taehyung suka dengan Hyemi!Semenjak dia menangis masa tu..entah kenapa Taetae nak lindungi dia macam seorang oppa kepada Hyemi.."luah Taehyung.

"Bukan kamu saja Taetae-ahh~Kami semua pun macam tu juga.."sampuk J-hope.

"Baiklah!Kalau macam tu..mulai hari ni..Hyemi akan menjadi dongsaeng kepada Bts secara rasminya!Kita akan lindungi dia bersama-sama..sehinggalah kita berubah menjadi manusia kembali atau kekal menjadi anak patung sekalipun..kita tak akan tinggalkan dia!"ujar Rapmon dengan semangat.

"Hooray~Bts ada adik perempuan secara rasmi!!!"sorak Taehyung dengan sangat gembira.

"Hmm..saya pun setuju!"sampuk Jungkook.

Seven Doll is BTSWhere stories live. Discover now