CHAPTER 7

6 0 0
                                    

Setibanya di rumah, Hyemi langsung merebahkan diri di atas sofa setelah meletakkan beg berisikan Bts di atas meja makan. Dirinya berasa sangat lelah pada masa ini. Sudah agak lama dia tidak keluar bersiar-siar setelah kematian sang adik. Bts juga agak kelelahan kerana tidak berhenti menyanyi semasa di karaoke tadi.

"Fiuh~ dah lama tak berseronok macam ni.." desah Jungkook dengan sangat senang.

"Betul tu Jungjung sayang~" usik Taehyung.

"A'ah~ gemane-yo hyung!" bentak Jungkook dengan sangat marah.

"Uri Jungjung kyeopta~" puji  Taehyung seraya mencubit kedua belah pipi Jungkook yang terbuat daripada kain patung itu.

"Hahahahaha.. nae, uri Jungjung jeongmal kyeopta!" sahut Jin.

"Gemane!!!" rengek Jungkook.

"Apa kata kita minta pendapat Hyemi! Dia mesti setuju kalau Jungjung kita ni.. comel!" cadang Jimin.

"Setuju!" sahut J-hope.

Ketujuh-tujuh ahli Bts langsung melompat turun daripada meja makan lalu berlari ke arah Hyemi yang masih lagi terlungkup di atas sofa. Taehyung adalah yang pertama sampai ke sana. Dia langsung memanjat sofa lalu berbisik di telinga Hyemi.

"Hyemi-chan!" seru Taehyung.

"Hn?" gumam Hyemi lalu melirik ke arah patung chibi Taehyung.

"Hyemi-chan setuju tak kalau Jungjung kami ni.. comel?" tanya Taehyung.

Hyemi langsung bangun daripada acara meniarapnya kepada duduk bersila. Hyemi memandang ketujuh anak patung Bts dengan alis kening yang terangkat. Dia langsung bersedekap dada seraya meneliti satu-persatu daripada mereka semua.

"Hn... oppa semua comel!" jawab Hyemi.

"Bukan kami Hyemi-ahh! Tetapi, hanya Jungjung kami ni.." ujar Suga.

"Gemane!" gertak Jungkook.

"Ani.. maksud saya.. oppa semua adalah comel!" tegas Hyemi.

Blush~

Serta merta mereka semua merona merah apabila mendengar kata-kata pujian daripada Hyemi itu. Mereka tidak menyangka bahawa perkara itu akan keluar daripada mulut sang gadis sehingga menyebabkan mereka menjadi tersipu begini. Sungguh tidak disangka bahawa mereka juga berasa sangat senang akan pujian tersebut walaupun sebenarnya mereka berasa malu juga apabila dikatakan sebagai comel kerana mereka adalah lelaki.

"Urrrmm.. kami tak comellah Hyemi-ahh!" nafi Rapmon seraya menyembunyikan wajah patungnya yang sungguh manis itu.

"Ani! Oppa semua memang comel! Lagipun oppa semuakan adalah anak patung!" ujar Hyemi dengan sangat santai.

"Jadi kamu anggap kami comel sebab kami ni hanya anak patung jelah, yer~" ucap Taehyung dengan wajah yang kecewa.

"Takdelah! Patung ke.. manusia ker.. oppa semua memang comel!" ucap Hyemi dengan tenang.

"Sudahlah tu.. sebaiknya Hyemi-chan pergi bersihkan diri! Lepas tu.. tidur! Lagipun hari dah agak lewat ni.." ujar Jin.

"Dae~" sahut Hyemi tanpa membantah sedikitpun.

Hyemi langsung bergerak masuk ke dalam bilik untuk mandi dan bersedia untuk tidur. Bts pula langsung duduk bersantai di atas sofa seraya menonton televisyen. Selang tiga puluh minit, Hyemi keluar daripada biliknya dengan baju tidur putih bercorak bunga-bunga. Gadis itu langsung menuju ke arah sofa lalu merebahkan diri di samping ahli Bts yang sedang menonton drama.

"Hyemi-chan dah mandi?" tanya Taehyung.

"Dah!" jawab Hyemi dengan sangat ringkas dan padat.

"Patutlah wangi!" ucap Jin seraya tersenyum.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Feb 18, 2020 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Seven Doll is BTSWhere stories live. Discover now