CHAPTER 3

23 0 0
                                    

Pada keesokan paginya,sinar mentari mengintip malu-malu melalui celah-celah kain langsir dorm BTS.Suasana terlihat sangat tenang.Kelihatan anak-anak patung BTS berselerakan di atas lantai.Semuanya sunyi dan tenang..sehinggalah..

"UWAAAA..."

..suara teriakan mengema ruang utama dorm BTS.Ahli-ahli lain yang sedang tertidur,langsung terjaga apabila mendengar teriakan tersebut.Jin yang mula-mula terbangun lalu memandang sekeliling.Jejaka itu mendapati bahawa dia tertidur di atas lantai berhampiran bawah meja makan.Sedikit bingung,jejaka itu langsung bangun daripada tidurnya.Kepalanya terasa sangat berat apabila dia cuba menegakkan badannya.

"Arrgghh..apa yang dah terjadi ni?Apa semalam aku mabuk?"fikir Jin seraya memegang kepalanya agak sakit pada masa itu.

Tanpa berfikir panjang,Jin langsung bangun dan melangkah ke arah suara ahli yang diyakini oleh Jin adalah Taehyung sendiri.Walaupun kepalanya masih agak sakit,namun dia perlu melihat apa yang sedang terjadi terhadap Taehyung terlebih dahulu tanpa menghiraukan sakit di kepalanya.

"Taehyung-ahh!Wae,geu.."ucap Jin terhenti apabila melihat suasana di hadapannya ini.

Mata hitam milik Jin langsung terbelalak apabila melihat apa yang terjadi di hadapannya. Taehyung yang terkejut beserta ahli-ahlinya yang lain juga turut menampilkan wajah yang sama sepertinya.Lalu?Apa yang membuatkan ia dan yang lain terkejut!Tentulah kerana..

"APA YANG DAH JADI NI!!!KENAPA KITA SEMUA BERWUJUD PATUNG!!!"teriak Jungkook.

...mereka bukanlah manusia lagi!Mereka kini adalah sebuah PATUNG!Ya,patung yang mereka peluk semalam dan juga yang telah menakutkan mereka.Kini,merekalah yang menjelma menjadi patung-patung tersebut.Dibenak pemikiran mereka pada masa ini hanyalah kenapa semua ini berlaku kepada mereka?

"Hyung~kenapa kita semua jadi patung?"tanya Taehyung seraya merengek.

"Jadi..yang semalam itu bukan mimpi ke?"tanya Suga.

"Jika,yang semalam tu bukan mimpi..bermakna kita akan menjadi patung buat selama-lamanya ke?"tanya Jimin.

"Aniya,aniya!Kata patung-patung yang semalam tu..kita perlu pulihkan seseorang yang sedang berduka.."ujar Rapmon.

"Tapi~siapa orang yang patut kita bantu tu?"tanya J-hope dengan wajah yang hampir berputus asa.

"Entahlah!Kita kena lihat dan tunggu saja!"ujar Rapmon.

"Tapi~sampai bila hyung!Kenapa kita yang perlu jalani hidup sebagai patung ni!!!!"amuk Jimin yang tidak terima akan hal tersebut.

"Sabar Jimin!Hyung pun tak tahu akan benda ni..Kita kenalah tenang untuk hadapi semua ni.. Pasti ia ada sesuatu disebalik kejadian ni.."pujuk Suga.

Cklek!

Sedang seronok mereka bercakap,tiba-tiba pintu dorm mereka dibuka.Di sana,tampaklah sang Pengurus kepada BTS yang datang ingin menjemput mereka.Oleh kerana terkejut,BTS langsung bersembunyi.Mereka tidak akan mahu sekiranya orang lain termasuklah pengurus mereka tahu akan hal ini.Boleh jadi mereka akan menjadi buruan kerana mendapati bahawa ada anak patung yang hidup.Ataupun mereka pasti akan dimusnahkan kerana dianggap sebagai patung berhantu seperti annabelle!

"Kamu semua?"seru sang Pengurus.

"...."

"Eh?Mana pulak budak-budak ni dah pergi?Takpelah..kalau mereka takde!Mungkin keluar bersenam atau makan diluar..Sebaiknya,aku mengambil sampel anak patung semalam.."ujar sang Pengurus seraya mencari keberadaan anak-anak patung tersebut.

BTS mula berasa cuak apabila sang pengurus ternyata mencari anak-anak patung yang semalam.Apa yang mereka patut lakukan sekarang ni?Apa mereka patut tunjukkan diri dan membiarkan diri mereka dibawa untuk pemasaran dan dijual kepada seseorang yang tidak tahu siapa identitinya ataupun memilih untuk bersembunyi sahaja.Oh,lebih baik mereka bersembunyi daripada dijual ke orang-orang asing.Mereka masih perlu mencari cara untuk lepas daripada masalah ini..bukannya merelakan diri daripada dijual ke orang asing.

Seven Doll is BTSWhere stories live. Discover now