CHAPTER 5

4 1 0
                                    

Selepas pertemuan dengan Semi,BTS dilanda kekeliruan yang meninggi.Mereka tidak tahu ingin melakukan apa untuk kakak kepada gadis kecil tersebut.Semi juga tidak mengatakan apa-apa lagi.Gadis itu langsung menghilangkan diri daripada hadapan mereka begitu sahaja.Maka, tinggallah Bts versi patung itu duduk berbincang sesama mereka di atas meja makan.

"Hurrmm..jadi apa yang perlu kita lakukan sekarang ni hyung?"tanya Jungkook.

"Chibi Jungjung..hyung juga tengah pening sekarang ni..Kami juga sedang berfikir~"ujar Taehyung seraya mengusap rambut coklat kepunyaan patung Jungkook itu.

"Yah!Kau nak cari mati ke!Jangan panggil aku dengan nama yang menggelikan tulah!!!"marah Jungkook.

"Apa salahnya!Kitakan dah jadi patungkan..So,tak masalah kalau kita penggil dengan nama-nama anak patung kitakan.."ujar Taehyung dengan sangat tidak peduli.

"Setuju!"sahut ahli Bts yang lain dengan serentak.

"Shiro!!!!"raung Jungkook dengan sangat tertekan apabila menghadap ahli-ahlinya yang kuat mengusik ini.

"Hahahahaha..."tawa mereka apabila melihat ahli muda mereka itu merana.

Namun,tawa itu tidak berlangsung lama kerana Suga langsung terdiam.Melihatkan Suga terdiamlah membuatkan yang lain juga berhenti daripada ketawa.Mereka berasa agak pelik dan ingin tahu akan apakah yang telah terjadi kepadaSuga sehingga membuatkan jejaka itu terdiam dengan wajah memucat itu.Langsung sahaja mereka mengalihkan pandangan ke arah pandangan Suga.Langsung sahaja mereka terhenyak..Kenapa mereka jadi begitu?Tentu sahaja puncanya adalah..

"K-Kamu semua..b-boleh bergerak dan bercakap?"ucap Hyemi dengan wajah yang terkejut.

...sang pemilik!Ya,Pemilik mereka iaitu Lee Hyemi sedang berdiri tidak jauh daripada meja makan telah terpaku di tempatnya dengan wajah yang memucat serta terkejut yang amat sangat.Bts juga tidak kalah terkejutnya apabila identiti mereka sebagai patung hidup telah diketahui oleh pemilik mereka sendiri..

"Err..Hai?"sapa Bts dengan sangat gugup.

"Kyaaaaaaaaaaaaaaa.."teriak Hyemi seraya melarikan diri masuk ke dalam bilik.

Sungguh gadis itu berasa sangat takut pada patung-patung itu.Bts yang panik langsung melompat turun daripada meja makan lalu menyusul gadis tersebut ke bilik.Beruntung sahaja Hyemi tidak menutup pintu,maka sennag sahajalah mereka untuk masuk ke sana.Iris patung mereka menelitit setiap sudut bilik itu dan mendapati bahawa sang pemilik sedang meringkuk di tepi katil dengan keadaan takut.

Bts berjalan dengan perlahan ke arah sang pemilik yang dikenali sebagai Lee Hyemi itu.Mereka berniat untuk tidak menakutkan sang gadis.Maka,mereka mendekati gadis itu dengan perlahan-lahan.

"Ehem!"dehem Jin.

"JANGAN DEKAT!!!"teriak Hyemi seraya menghindarkan diri daripada tujuh anak patung Bts tersebut.

"Bawa bertenang dulu..kita boleh berbincang,Hyemi-sshi!"teriak Rapmon seraya mengejar sang gadis.

"Uwaaa..hantu patung~"teriak Hyemi yang tidak kuasa untuk menahan ketakutannya.

Akhirnya,terjadilah acara kejar-mengejar di antara Hyemi dan ketujuh-tujuh patung tersebut. Habis rumah bersepah dibuatnya kerana Hyemi sempat melemparkan beberapa barang ke arah Bts sebagai bentuk perlindungan.Selama hampir satu jam mereka berlari tanpa henti sehingga mereka semua terlantar di ruang tamu kerana kepenatan.Hyemi terbaring di atas sofa, manakala Bts tergeletak di atas lantai yang dilapisi karpet lembut.

"Hah!Hah!Hah!Hah!Hah.."engah mereka semua.

"K-korang ni..hantukan?Korang hantu patung yang nak bunuh akukan!Korang macam annabellekan!"teka Hyemi seraya mendudukkan diri sambil memandang ke arah Bts yang terbaring itu.

Seven Doll is BTSWhere stories live. Discover now