29 ↺ 🔫

632 103 5
                                        


"Kau ni gila ke apa!? Lepaskan aku !" Yooji meronta ronta walaupun pipinya terasa amat sakit. "Aku- aku tak boleh" balas guanlin. "Tak boleh? APA YANG TAK BOLEH NYA ? BUKAK GARI NI LEPAS KAN AKU. APA KAU NAK" lagi sekali yooji menjerit dihadapan muka guanlin

"KAU DAH LA MENGHILANG LEPASTU KAU BUAT AKU MACAM NI WTF"

"weh tolong diam-"

"TAK TAK AKU TAK NAK DIAM SELAGI KAU TAK LEPASKAN AKU. CENNI KAWAN. LEPASTU KAU TAMPAR AKU KAU DAH KENAPA GIL-"

Guanlin mencium bibir yooji. Yooji kehilangan kata-kata. Makin lama dia menjadi keliru, resah dan pelbagai lagi perasaan yang dia rasa

"Aku nak kau duduk dalam bilik ni diam diam. Kalau kau lari , lagi teruk kau dapat" guanlin memandang tepat anak mata yooji. Yooji hanya mengangguk perlahan. Peluh mula membasahi tubuhnya

Betul ke ni guanlin ?

Guanlin turun dari katil dan keluar daripada bilik tersebut sambil merengus geram.

"Apa aku nak buat ni? Kenapa dia macam tu? Tu bukan dia yang aku kenal" yooji melihat disekelilingnya. Fikir apa yang perlu dia lakukan

"Jihoon tolong aku , eommaaa"

yooji merintih didalam hati.

"Sesiapa tolonglah aku"

Bam !

Bunyi pintu dihempas mengejutkan yooji. Kalini yooji mula menangis. Tak mampu dia menanggung semua ni. Keliru keliru keliru

___

Bam !

Jihoon memandang kearah pintu tidak jauh dari tempatnya. "Kau kenapa?" Soal woojin. "T-tak ah, aku ingat pintu tu tertutup tadi sebab bunyi macam pintu kena tutup kuat" balas jihoon. "Kau ni still demam ke? Angin pun takde takkan tetiba tutup" woojin memandang jihoon yang sedang mengerutkan dahinya

"Aku tahu. Tu lah masalahnya. Kuat gila kot dekat telinga ni" jihoon menggaru kepalanya.

"Hm apa apa jelah"

"Weh balik ni teman aku gi rumah yooji eh? Rindu dia ah  , nak lawat dia" ajak jihoon. Woojin hanya mengangguk setuju. Mereka berdua meneruskan pelajaran seperti biasa.

____

"Hyujin ada nampak anak saya tak?" Puan kim menyoal jirannya. Makcik hyujin atau dikenali makcik karipap hanya menggelengkan kepala. "Kenapa? Tak balik rumah ke?" Soal makcik hyujin. Puan kim hanya mengangguk

"Sebenarnya masa pukul 4pagi tadi saya terbangun , ingat nak ambil air sebab rasa dahaga. Lepastu terdetik hati nak tengok yooji dalam bilik. Tapi tengok tengok je dia dah tak ada" jelas puan kim. Matanya mula berkaca. Jelas sekali dia mahu menangis

"Tak pe, nanti saya tolong bagitahu dekat yang lain. Sabar ya" ujar makcik hyujin. "Terima kasih banyak banyak"

"Pulanglah yooji sayang. Takkan lah kamu nak pergi sekolah pagi pagi buta kan"

_____

Akhirnya waktu persekolahan sudah tamat. Jihoon tanpa berlengah terus mengemas barang dan meluru keluar kelas. "weh tunggu aku jihoon!" Woojin menggalas begnya lalu mengejar jihoon yang jauh kehadapan

"Sabarlah weh , rumah dia tak lari pun" woojin mula letih. "Memang lah rumah dia tak lari, tapi rindu aku nanti makin lama makin bertambah" balas jihoon. Woojin hanya menggulingkan mata

"Gedik"

10 minit kemudian mereka sampai dihadapan rumah yooji. Tanpa kata apa apa jihoon terus masuk kerumah dan berdiri dihadapan pintu masuk. "HOTAK DIA MAMAT NI TAK RETI TUNGGU KAT GATE LUAR KE SIA" woojin merungut. Dia yakin jihoon kini terkena angau yooji

"Makcik makcikk , yooji ada kat rumah tak ?" Jihoon mengetuk ngetuk pintu.

"Weh seloo lah dulu aduhh"

Pintu dibuka. Baru sahaja jihoon hendak bertanya lagi sekali , puan kim sudah memotong percakapannya "ada nampak yooji tak? Mana tahu dia ada dekat rumah jihoon ke?" Jihoon dan woojin saling berpandangan

"Sebenarnya dekat sekolah pun dia tak datang makcik . Tu yang kami datang sini, ingatkan dia demam" jelas woojin. "Yooji dia-dia hilang" puan kim terduduk. Lagi sekali dia hendak menangis. Jihoon dan woojin segera mendapatkan puan kim

"Sabar makcik, kitaorang akan cari dia" ujar woojin. "Baik report polis je" balas jihoon. "Sekarang polis buat tindakan lembab gila, baik kita cari je dia dulu" woojin seolah olah tahu segalanya

Puan kim dan jihoon hanya mengangguk. Berharap yooji tidak cedera atau apa apa berlaku kepadanya

____

HAPPY 2K READING HAWAU HM HM TERIMA KASEH AH KAT SILENT READERS TUUU harap anda rajin menekan butang bintang tu ha tak susah pun ceh wah sepak ila gais

bantuin gue road to 1k vote ♡♡ even fanfic ni makin lama makin banyak plot twist makin banyak hambar maklumla tak reti weh buat readers CURIOUS + NERVOUS LELELELEL

AHA CHAW LU MUAH

manito ➴ jihoon.Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang