phyco

375 15 0
                                    

Jam sudah menunjukkan pukul 8 pagi, namun alyana masih diulit mimpi.

Tiba2 alyana terasa seperti ada sesuatu yang mencuit hidungnya. Cepat dia tepis benda itu.

Sekali lagi sesuatu mencuitnya.
"ermm.. "alyana merengek.

"sayang, wake up dah pukul 8.."kata seseorang..

Alyana memusingkan badannya menghadap kearah orang itu. Dia membuka matanya dan pemandangan yang indah sekali terhidang.

Tengku sedang tersenyum menampakkan giginya yang putih bersih itu. Cairnya..

Alyana tersenyum. "5 more minutes.. "alyana menutup kembali matanya..

Haihh..

Tiba2 mata alyana terbuntang luas. Terus dia bangun daripada pebaringan. Kepalanya tertoleh kiri dan kanan mencari orang tadi.

Tiada.

Alyana menghembuskan nafas lega. Gila ingat betul2 ada rupanya bayangan je.. Alyana mengurut dadanya perlahan.

Tapi kenapa aku boleh terbayang dia kat situ pulak..

Rindu.

Alyana geleng kepala.. Mana mungkin aku rindu. Benci adalah!

Benci lama2 jadi sayang jugak.

Sekali lagi alyana geleng kepala. Takde maknalah! Dia buat aku macam2. Takkan nak pergi balik kat dia..

Buat apa je? Sepanjang 2 tahun dia bersama kau, ada dia pernah sakitkan kau? Marahkan kau?  Takde.. Dia turut segala perintah kau. Jaga kau macam sesatunya harta dia ada. Masa dia marah kau hari tu kat ofis, itu sebab kau sendiri minta cerai!  Suami mana tak baran beb!

Wahh.. Panjang betul kau ceramah aku ya.. Alyana berperang dengan perasaan nya sendiri..

Mengaku jelah kau sayang dia

Tak aku tak sayang dia!

Sayang

Tak sayang!

Sayang

Tak sayang!

Tak sayang

Sayang!  Eh.. Alyana tutup mulutnya sendiri.

Haa kantoi, sayang.

Ya allah aku dah gila agaknya cakap seorang diri. Cepat2 alyana bangun dan bersihkan diri. Kejap lagi makin gila, cakap dengan dinding pula.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Ani meniliti baju pengantin yang direkanya sendiri itu. Memang kebanyakkan baju pengantin di butik ini ialah dari rekaannya sendiri. Dan alhamdulillah mendapat sambutan dengan rekaan nya.

Dari butik kecil sehinggalah ke butik besar. Ani bersyukur, meskipun cita2 nya untuk melanjutkan pelajaran ke itali terbatal namun cita2 utamanya tercapai,iaitu mempunyai butik sendiri.

"cik ani.. "tegur pekerjanya.. Ani memandang pekerjanya itu.

"ye napa? "

"ada seseorang nak jumpa cik.. "

"sapa?  Kalau aly.. Panggil lah dia masuk.. "

"so.. Alyana memang ada datang sini lah."kata seseorang dari belakang.

Ani dan pekerjanya memusing belakang dan melihat gerangan itu.

Ani terkejut namun cepat2 dia tayangkan muka tenangnya, dia sudah jangka bahawa dia akan datang mencarinya. Bukannya dia tak kenal dengan dia ni. Demi mencari haknya. Sampai kelubang cacing akan dia cari!

Mr n Mrs PhyscoWhere stories live. Discover now