Ani menunggu dengan penuh sabar. Dikerling juga jam di tangan
Krikk.. Tiba2 pintu terbuka
Tersembul muka alyana
"hah.. Doktor cakap apa? "tanya ani sejurus sahaja nampak muka alyana
"doktor cakap aku kena banyak rehat, jangan stress.. Sebab tak elok untuk tumbesaran baby.. "kata alyana lalu memegang perutnya
"haih.. Tu lah kau! Banyak sangat kerja.. Sampai boleh lupa kau pregnant!! Apalah kau ni.. Nasib baik aku ingatkan.. "
Alyana tersengih
"ha ah.. Aku boleh lupa pasal baby.. Dok pikir pasal kerja sangat.. "
"hmm.. Ni kau dengan tengku macam mana? Apa perkembangan? "tanya ani sambil berjalan keluar daripada hospital
"hmm.. Aku ok je.. Cuma tulah.. Khabar angin yang tengku tengah nak mengurat aku tersebar lah.. "
"eh, ok lah tu!! "
"masalahnya, ryan cakap dia tu dah ada isteri.. Lepastu isteri dia hilang pula.. Tiba2 je nak cari perempuan lain.. Tak menjatuhkan reputasi ke tu"
"haih.. Itulah! Hidup kau ni complicated lah! Dari hilang ingatan, dapat balik lepastu boleh pulak yang sorang lagi hilang ingatan.. Tiba2 kau kena cerai, baby kau mati.. Lepastu boleh pula patah balik ke masa silam.. Nak bunuh diri pula tapi tal jadi.. Ayoyoyo.. Kalah drama citer kau ni.. "bebel ani
Alyana tergelak.
"nak buat macam mana.. Aku percaya semua ni ada hikmah.. "
"qhayla punya kes apa cerita? "ani membuka kan pintu untuk alyana
"hm.. Nampaknya dia dah tak ganggu laki aku.. Tapi tulah dia ada banyak gila hutang.. "
"oh baguslah tu!! Biarlah dia berhutang sekalipun"
"masalahnya sebab hutang tu lah, dia akan cari laki aku balik.. Sebab nak duit.. So aku nak settelkan hutang dia.. "
Ani memandang alyana
"kau ni, lepas macam2 dia buat..kau nak tolong dia pulak.. "
"ani.. Tak salah tolong dia walaupun dia dah buat aku...semua orang berhak dimaafkan.. "
Ani mengangguk
"kau sejak dah berubah ni makin tenang dan happy kan kau.. "
"hmm.. Alhamdulillah...hidup aku rasa tenang sangat walaupun masalah belum selesai.. "
Ani tersenyum
Baguslah..
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
"encik ryan.. "tegur fasha
Ryan masih mengelamun
"encik ryan.. "suara dikuatkan sikit sambil dilambai-lambaikan tangannya
Ryan masih tiada respon
"encik ryan!! "jerit fasha sambil mengetuk meja dengan fail
"oh, my honey sugar plum!!! "ryan melatah
Fasha mengerutkan dahinya
"eh, fasha ni terkejut saya tau!! "marah ryan lalu menyambung membuat kerjanya
"eh fasha pula.. Dari tadi fasha dok panggil nama encik ryan, encik ryan buat bodoh je.. Mengelamun pikir kekasih lah tu! "
"eh suka hati je!! Nak apa ni?? "
"ni.. Sign dokumen ni.. "fasha menghulur dokumen
Ryan mengambil dan menurunkan tanda tangan nya
YOU ARE READING
Mr n Mrs Physco
Romance"she loves me, she loves me not, she loves me, she loves me not.. She will loves me untill i die" Alyana stress!! Kenapa dalam banyak perempuan, dia jugak yang dia pilih!!! Tengku tak nak sesiapa kecuali alyana, cinta hatinya "stop ganggu aku pliss...