Thanks

172 9 0
                                    

Alyana menghiris bawang merah untuk diblender bersama cili.

"huaaa.. "menguap alyana sambil menutup diri mulutnya yang sememangnya ditutupi purdah

Mengantuknya!!

Semalam selepas rana datang dan terkejut dengan kehadirannya. Habis dikerjakan oleh rana

Rana kejap menangis rindu,kejap marah kerana sakit hati,kejap ketawa.

Pening kepala alyana

Kemudian diheret alyana dan ani sekali untuk tidur bersama. Dipaksa alyana untuk bercerita walaupun dalam keadaan mengantuk.

Sudahnya, mereka tertidur pukul 3 pagi.

Alyana yang sememangnya awal bangun menjadi tersangat letih dan mengantuk.

"haih.. Sejak jadi mummy ni makin cepat letih. Stress aku.. "bebel alyana seorang diri

"bebel apa mak buyung.. "tiba2 ani bersuara yang muncul entah dari mana

"hmm aku letih gila ni.. "kata alyana sambil mematah matahkan tengkuknya.
Lenguh pun ada.

"mana tak letih.. Pukul berapa kita terlelap semalam.. Pastu bangun pagi.. Boleh jadi panda mata aku kalau selalu macam ni"

"tulah pasal"

"hmm tak yah lah buat sarapan. Biar aku buat. "ujar ani sambil merampas pisau di tangan alyana

"eh tak payah lah.. Awak tu pengantin baru.. Dahlah terlepas first night lagi kesian kau.. "ujar alyana serba salah

Dia perasan akan muka zack yang seperti sedih apabila ditinggalkan lagi oleh si isteri. Yelah mereka belum punyai masa untuk bersendirian sejak tamat majlis.. Kesian nya..

Hahaha cakap orang aku pun sama. Walaupun dah bersama tengku kembali. Alyana masih belum sepenuhnya bersama. Dia berasa agak janggal dan dia juga dapat lihat tengku yang agak kekok. Boleh kira dengan jari berapa kali mereka bercakap sepanjang majlis kahwin ini..

Yelah. Banyak yang telah dilalui. Tak semua tengku boleh hadam betul tak? Alyana tidak kisah. Ambil berapa banyak masa janji suaminya sudah kembali.. Hehehe

"apa kau first night.. Tak payah gedik.. Mak buyung kau pergi buat air je.. "ani berkeras dan menghalau alyana

Alyana yang dihalau hanya mencebikkan bibirnya dan berlalu ke kabinet untuk mengambil serbuk kopi dan uncang teh.

Jam baru menunjukkan 7 pagi. Masih awal. Yang lain mungkin akan muncul kan muka pada jangka  7.45

"morning kak aly , kak ani"sapa rana sambil mengucup pipi alyana dan ani

"morning.. "kata alyana dan ani

"what are you cooking? "tanya rana sambil memerhati ani yang lincah memasukkan bahan2 yang dihiris ke dalam blender

"mee goreng ok tak? "

"ok sangat.. Ermm nak rana buatkan telur scrambel tak? "

"ok juga.. "rana mengangguk lalu terus mencari telur di dalam peti ais

Alyana menjerang air panas.

"aly!!! "jerit tengku dari tingkat atas

"eh aly laki kau panggil"kata ani

"ha ah abang panggil tu"kata rana

Alyana mengerutkan dahinya

Apahal panggil orang pulak ni?

Alyana meninggalkan dapur dan bergerak ke tangga

"ye... "jerit alyana juga

Tiba2 tengku muncul dari tingkat atas dan turun ke bawah.

Tengku sudah siap berbaju untuk ke pejabat.

"you are going to the offices? "tanya alyana sambil memerhati tengku yang sedang membetulkan tali lehernya

"yes.. Dah dua hari abang cuti.. So hari ni tak bolehlah.. "kata tengku

Terus alyana menepis tangan tengku yang tak habis2 membetulkan tali leher dan membetulkan untuk tengku

"hmm...Kerja elok2..jangan asyik nak kerja je.. Rehat kena juga.. "ujar alyana sambil tangkas mengemaskan tali leher tengku

Tengku tergamam. Diri alyana yang sangat dekat membuatkan dia terpukau.. Sudah lama dia tidak memandang isterinya dengan dekat sebegini

Bauan alyana menusuk ke hidungnya. Jiwanya bergetar.

Ya allah rindunya aku kepada isteriku.

"dah2 tak payah nak tenung sampai tembus dinding.. Abang taknak makan dulu ke? "

Alyana sedar akan tenungan tengku. Amboi.. Naik segan aku macam ni

Kata2 alyana menyedarkan tengku. Tengku tersengih. Kantoi usha isteri sendiri

"takpelah..abang ada breakfast dengan client pagi ni.. "kata tengku sambil bergerak ke luar rumah. Alyana mengikuti tengku

Saat tengku hendak membuka pintu kereta alyana memegang tangan tengku

Tengku terkejut tapi dia lagi terkejut dengab tindakan alyana menyalamnya

"take care abang. "entah kenapa diri tengku menjadi sebak.

Sepanjang dua tahun perkahwinannya bersama alyana. Ini kali pertama dia terasa bahagia dan tenang.

Ini ke maksudnya kehidupan bersama orang yang kita cintai dan dicintai?

Tengku sedar di hadapannya ialah alyana yang seberna

Dan semuanya akan berubah.

Tengku tersenyum lalu dia menarik muka alyana dan mencium dahi isterinya

Alyana yang tidak tersedia itu tergamam

"take care of yourself too" Kemudian tengku bergerak ke perut besar alyana

Dicium lembut perut itu

"be a good child to mummy ok.. "ujar tengku

Alyana sebak. Air matanya jatuh.

Baby..

Daddy dah kembali..

Did u hear it.. Daddy is talking to you..

Alyana mengusap perutnya..

Tengku memandang alyana

"why are you crying? "kata tengku panik dan menyeka air mata alyana yang turun

Alyana memegang tangan tengku di pipinya dan mencium lembut tangan tengku

"i miss you so much. Thank you for coming back.. "ujar alyana

Terus tengku memeluk alyana

"i never go away ..is it i should be thanking you for coming back " alyana memeluk erat tengku

"i love you alyana" lembut sahaja kata2 itu menyapa telinga alyana. 

Alyana tersenyum bahagia

Ya allah terima kasih.

Terima kasih untuk segalanya

Kerana kau, kami akhirnya bersatu

Sesungguhnya kau maha berkuasa

Terima kasih ya allah

Terima kasih

"i love you too.. Tengku"

Mr n Mrs PhyscoWhere stories live. Discover now