throwback

614 17 2
                                    

Alyana menyental dengan kasar badannya,sabun dettol yang baru dibeli itu habis separuh digunakan.. Dari kepala sehingga ke hujung jari kaki dia menyental badannya seperti penuh dengan daki

"jantan tak guna!! "jerit alyana dan terduduk di dalam tub mandian, penat menyental badannya dari tadi lagi

Alyana melihat jari manisnya, kelihatan lagi bekas cincin yang dipakai. Nampak sangat tak pernah sekali pun cabut cincin itu. Alyana mengeluh. Kesan cincin di jarinya itu mengingatkan kembali bahawa dia sudah bergelar seorang isteri kepada seorang lelaki yang bernama tengku qaryl irfan.

Jika orang lain mengetahui perbuatannya tadi terhadap suaminya sudah pasti dia dituduh menderhakai suami.

Tapi hanya dia seorang sahaja yang mengetahui kisah sebernannya. Alyana telah kehilangan ingatan selama 2 tahun akibat kemalangan di jalan raya. Tengku yang pada waktu itu tergilakannya, mengambil kesempatan dan menipu semua ahli keluarga dan termasuk dirinya dengan mengatakan bahawa dirinya ialah kekasihnya dan telah berjanji untuk berkhawin.  Dengan sedikit drama air mata dan ayat manis, semua tertipu dan berasa kesian terhadapnya dan terus melangsungkan perkahwinan antara mereka berdua. Sungguh bijak!!

BAAM! Alyana menumbuk dinding. hatinya sungguh sakit hatinya.  Mentang2 dia hilang ingatan, dia tak tahu apa2 pada waktu itu ..bagai lembu dicucuk hidung, dia mempercayai bulat2 bahawa dia dan tengku merupakan kekasih dan berjanji untuk berkahwin. Argh!!!!!!

"Kenapalah aku bodoh sangat!" alyana marah pada dirinya.  Disebabkan kebodohan diri sendiri, mamat tak guna berjaya mengikat dirinya selama dua tahun. Dua tahun dia hidup di bawah dunia yang dicipta oleh tengku. Dua tahun duduk serumah, dua tahun duduk makan berasama, dua tahun berkongsi katil.. JIJIK!!!
Cepat2 alyana menyambung menyental badannya,terasa badannya di sentuh oleh tengku.
Alyana mahu muntah apabila teringat saat dia menyerahkan diri kepada tengku. Ya allah!

Alyana menyesal mengenal tengku.. Menyesal satu sekolah dengannya!!

Alyana mengenali tengku di bangku sekolah, ketika itu, alyana di tingkatan 4 manakala tengku tingakatan 5

Siapa tak kenal tengku qaryl irfan?  Lelaki paling hensem, kaya, pandai dan atlit sekolah. Semua pelajar perempuan tergila-gilakannya.. Nampak saja rambut pacaknya terus berlari kearahnya macam orang gila. Kalah artis korea!

Jangan cakap pelajar, cikgu sekali tersangkut. Ada sekali cikgu perempuan terlihat tengku sedang keluar dari kereta mewahnya, habis masuk kereta cikgu dalam longkang.. Dia punya penangan,uyaii!!

Tapi tidak bagi alyana.  Dia memang jenis yang tidak berperasaan sikit. Setakat tengku tu?  Apa lah sangat..

Jadi alyana seorang jelah yang kekal normal di sekolah itu jika terlihat tengku. Tetapi, itulah orang kata 'yang istimewa tak selalunya menonjol' tengku tertangkap cintan dengan alyana.

Takde orang lain agaknya?  Hari2 hantar surat,hari2 hantar coklat, hari2 suruh budak2 junior wish good morning, take care, good luck, hi..

Rimas!  Itu yang alyana rasa. Tapi takdelah pula tengku ni menunjukkan diri untuk face to face dengan alyana.. Jadi, alyana masih boleh bersabar

Tamatlah tahun itu, lalu tamatlah tahun tengku qaryl irfan.. Alyana lega

Namun, lega itu tidak lama.. Alyana menyambung pelajaran ke sebuah universiti dan nasibnya malang. Tengku  merupakan satu universiti dengannya.

Kali ni dah upgrade sedikit, dia dah makin berani. Dia dah mula tegur alyana, ajak keluar.. Alyana menjadi semakin rimas.. Tapi ini alyana lah!  Sikit pun alyana tidak layan, pandang pun tidak. Dia buat tengku seperti tidak wujud.

Mr n Mrs PhyscoWhere stories live. Discover now