Boboiboy dan kawan - kawannya diheret kasar oleh pengawal istana.. Setibanya di istana Planet Okawa atau dikenali sebagai Hofano kingdom
Istana itu berwarna biru dan merah jambu. Boleh tahan cantik juga. Dayang - dayang juga sibuk melakukan kerja di sana dan di sini..
"Tuanku Putera Rono ka, tuan hamba sudah dapat perisik yang datang ke sini.
"Tuan hamba boleh keluar"
"Baik , tuanku"
Dua pengawal istana yang bertubuh sasa itu keluar dari bilik itu. Seorang putera yang hampir sebaya keluar dari bilik tersebut.
"Apa tujuan korang ke sini?" tanya Putera tersebut. Mereka berpandangan sesama sendiri. 'Korang' ? Bukan mereka perlu panggil dalam bahasa istana ke?
"Hehehe.. Janganlah pelik. Saya sebaya ngan korang. Saya tak suka orang panggil saya tuan Putera.. Hmm..awak nak cari adik awak ke?" Boboiboy tergamam. Macam mana tuan putera tu tahu yang dia mahu mencari adiknya.
"Hehehe.. Nama saya Putera Ronoka. Tapi nama itu nama saya dalam bahasa Melayu. Nama saya yang asal ialah Ako nor... " kata Putera Ronoka sebelum memandang ke arah Boboiboy bersahabat , " Kerabat diraja mempunyai kuasa mereka sendiri. Contoh , saya mempunyai kuasa membaca fikiran dan ayahanda saya kuasa magnet,"
Yaya mengangguk faham. Ying hanya mengerling tuan putera itu manakala Fang dan Gopal semakin bersemangat dengan cerita ini.. Hanya Boboiboy bersuara , "Jadi tuan putera mahu bantu kami jaga adik saya?"
"Hmm.. Itu .. Saya tak pasti lagi.. Lagipun sejak ibonda dan ayahanda saya meninggal dunia pada tahu 2007 di bumi , saya yang pegang jawatan raja ni padahal saya masih umur 13 tahun...Adik saya Ara ki pun dah hilang.. Kalau bukan saya yang ambil alih , abang saya Ro noko"
Putera itu kembali bersedih. Telinga kucingnya sudah bergerak - gerak. Memang berat tanggungjawabnya sekarang..
"Jangan risau , abang boleh bantu kamu" kata Putera Ronoko tiba - tiba menepuk bahu adiknya. Muka Putera Ronoka bercahaya," Boleh ke abang? Terima kasih!"
"Hmm... Kami tak da tempat tinggal yang ada pun kapal angkasa si landak," kata Gopal sambil menunjukkan ke arah Fang. Fang sudah berasap telinga apabila Gopal memanggilnya ' landak ' .Nasiblah berada di hadapan kerabat diraja , Gopal!!!
"Kalian boleh tidur di istana beta.. Lagipun banyak bilik tetamu yang kosong, " kata - kata Putera Ronoko berjaya membuat Boboiboy terlopong. Fang menggosok telinga , supaya tidak tersalah dengar. Gopal menampar - nampar pipi supaya pastikan dia tidak bermimpi sebelum dicubit oleh Ying.
"Betul ke tuanku?" Tanya Yaya , meminta kepastian. Takut - takut putera - putera itu hanya mahu bergurau mesra.
"Betullah .. Takkan abang saya ... Eh beta nak tipu pula," kata Putera Ronoka . Sememangnya dia diajar oleh abangnya untuk berbahasa kan 'beta ' dengan rakyat . Argh! Dia lebih suka memanggil saya!
"Boboiboy boleh tidur dengan sa.. Eh beta , boleh? Beta nak tanya sikit, " kata Putera Ronoka. Boboiboy terkejut tetapi dia hanya bersetuju..
"Bestnya Boboiboy tidur dengan kerabat diraja.." kata Gopal. Fang hanya menjelimg Gopal. Nampaknya masih tidak puas hati dipanggil ' landak '...
"Tapi tuanku.. Kapal saya..." Fang masih risau dengan kapalnya yang ditinggalkan berhampiran pasar ... Habislah , kalau tercalar sedikit , mesti abang nya yang terlajak kacak dan ganas tu mengamuk tak tentu pasal...
"Jangan risau.. Beta akan ambil kapal angkasa tersebut," kata Putera Ronoko. Fang mengusap dadanya. Nasiblah , kalau tak mesti singa tu marah... Yaya dan Ying tergelak kecil.. Masih teringat sewaktu Fang ingin memimjam kapal angkasa dari Kapten Kaizo.
*Imbasan kembali*
Fang : Bolehlah abang...
K.Kaizo : TAK BOLEHLAH , BANGANG!
Fang : Bolehlah abang ku yang terlajak ganas ~ *buat muka landak comel*
K.Kaizo : MUKA KAU MACAM BERUK ADA HATI BUAT MUKA COMEL! DAH , KALAU AKU PIMJAMKAN MESTI TERCALARLAH , ACCIDENTLAH, KALAU YANG MAMPUS TU KAU OKAY JUGA NI TAK YANG MAMPUS TU KAPAL ANGKASA AKU!
Fang : Huhuhu~ Sampai hati... I want relationship with Boboiboylah.. Boboiboy kan hensem..
K.Kaizo : YALAH , YALAH ! ASALKAN KAU TAK GAY ! PIMJAMLAH! JANGAN KASI CALAR! KALAU TAK AKU HERET KAU KE GUNUNG BERAPI!
Fang : Ok , abangku yang terlajak hemsem~ .. Fang dah beli teh hijau tu, pakai kad kredit abang..
K.Kaizo : ¥¢£¥¢ !
*Imbasan kembali tamat*
"Dayang Senandung , bawa mereka ke bilik tetamu.." titah Putera Ronoko sebelum ke kolam untuk bersiram..
"Baiklah , patik yang Senandung lagikan hitam macam bangla Angeline Jolie... Menurut titah, " kata Dayang Senadung sebelum membawa Yaya, Ying , Gopal , Fang dan Boboiboy ke bilik tetamu.. Tiba - tiba Putera Ronoka bersuara , " Boboiboy , tunggu dulu.. Saya nak cakap sebentar.."
Boboiboy tergamam.. Langkahnya terhenti. Apa yan Putera Ronoka mahu?
🍫🍫🍫
BIODATA PUTERA RONOKANAMA : Putera Ronoka ( malay ) Putera Ako Nor ( nama sebenar)
UMUR : 13 tahun
KUASA : Membaca fikiran
PEMAKAIAN DIRAJA : Baju formal berwarna kuning, seluar formal berwarna putih , sarung tangan tidak formal. Di sarung tangannya ada lambang kucing berwarna biru muda.
PEMAKAIAN BIASA : Tuskedo berwarna biru tua, memakai topi lip lap berwarna biru ungu, seluar berzip berwarna indigo berbelang putih. Kasut lip lap berwarna merah..
SIFAT : Nakal , bijak dalam menyelesaikan masalah, menyanyangi abangnya , suka menganggap dirinya rakyat biasa , tidak suka berpakaian biasa, peramah , banyak cakap, prihatin dan kadang - kadang selalu masuk air..
HOBI : Mendengar lagu , berchat dengan rakannya yang dari planet - planet lain , suka membantu dayang secara senyap - senyal dan suka membaca buku
TARIKH LAHIR : 15 April 2005
WARNA MATA : Biru muda
YOU ARE READING
Adik Misteri?
FanfictionSemua orang ketahui bahawa Boboiboy anak tunggal ... Tetapi macam mana kalau Boboiboy ada adik perempuan? 14 haribulan April merupakan kehilangan adik perempuan Boboiboy..14 haribulan juga merupakan peristiwa hitam bagi parents Boboiboy.. Jadi , m...